Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, hari ni saya exam kertas kedua terakhir untuk short sem ni. Hari ni paper SEN atau nama penuh dia subject ni, Understanding Students with Special Educational Needs. Saya suka sangat subjek ni sebab belajar tentang orang kurang upaya. Semestinya sebagai bakal guru, subjek ni penting sebab berkemungkinan nanti bila dah mengajar, kita akan jumpa pelajar yang istemewa macam ni. Kami belajar tentang jenis-jenis kecatatan, macam mana nak kenal setiap kecatatan ni, macam mana nak mengajar, macam mana nak deal ngan ibu bapa yang ada anak kurang upaya, hak-hak mereka, apa keperluan mereka dll. Pensyarah yang mengajar pun best, baik dan sempoi habis. Terima kasih Dr. Kannamah :)
Lepas dah abes belajar ni, saya rasa bersyukur sangat sebab di lahirkan sempurna. Saya rasa kesian sangat kepada mereka yang ada kecatatan ni. Bukan mereka yang pinta tp dah Allah takdirkan macam tu kan. Sebenarnya, mereka juga ada hak untuk teruskan hidup macam orang lain. Tapi, realitinya tak begitu. Mereka di sisihkan, banyak keperluan mereka yg kita tak penuhi. Cuba tengok KTM Komuter. Tak ada kemudahan untuk golongan mcm ni kan. Klu nak pergi stesen KTM, semua kena naik tangga, tak ada lif, kena seberang naik jejantas segala. Tak mesra OKU kn. Dan banyak lgi contoh-contoh lain.
Pensyarah saya ada cakap, ramai bekas pelajar dia yang kurang upaya ramai yang tak ada kerja. Mereka ada kelulusan yg tinggi, tapi tu la, diskriminasi berlaku. Ada yang ada degree, master dan Phd juga. Tapi, mereka bekerja bukan setaraf dengan kelulusan mereka. Sepatutnya nisbah setiap 1000 pekerja perlu ada seorang pekerja OKU. Tapi, realitinya??? Ada dan juga tiada langsung di sesetengah tempat.
Lagi satu, budaya masyarakat Malaysia, kita ni kurang kesedaran tentang golongan macam ni. Mungkin kalau di kampung-kampung, kalau ada anak kurang upaya, akan letak di rumah ja. Kalau yang buas atau agresif sikit, budak tu kena ikat, kena kurung. Kesian kan. Itu dah kes dera, boleh kena dakwa. Kita kena ingat, mereka juga ada hak untuk hidup bebas mcm org lain.
Mereka ni perlu di didik dan di latih untuk berdikari. Ibu bapa boleh dapat khidmat nasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, apa keperluan anak mereka. Sekolah mana yang sesuai dan apa kemahiran yang patut anak mereka pelajari. Sesetengah ibu bapa akan rasa kesian, tak mau anak mereka susah sebab kalau pergi sekolah kena berdikari, semua benda kena buat sendiri. Itulah keperluan bagi mereka sebenarnya untuk bedikari. Belajar untuk hidup sendiri. Cuba bayangkan, kalau mak dan ayah meninggal dunia, sapa nak jaga mereka ni. Adik-beradik pun tak boleh harap. Kalau dari kecil mereka ni dah di biasakan untuk berdikari, nanti bila dah dewasa atau tiada siapa nak menjaga mereka, dengan kemahiran yang ada, mereka dapat menjaga diri mereka sendiri. Oh ya, kalau berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, setiap bulan boleh dapat RM300 tau.
Menjadi seorang guru kepada pelajar yang berkeperluan khas mmg kena sabar la. Memang la dalam kelas kita ada seorang atau dua orang murid, tapi nak mendidik dan mengajar mereka memang susah. Dulu saya selalu fikir yang cikgu pendidikan khas macam tak ada kerja kan, anak murid pun sikit. Hehehe…tapi sebaliknya. Lagi mencabar. Bukan senang nak melayan kerenah pelajar-pelajar ni. Pensyarah saya kata, dia pernah kena kejar, kena tarik baju sampai koyak, dan macam-macam lagi. Malu memang la malu, tapi dah pelajar sendiri, bukannya mereka ni tahu pun. Huhuhu...ganas-ganas gak budak-budak ni kan. Apa-apa pun, kena Sabar dan ikhlas la. Saya sangat kagum la dengan cikgu pendidikan khas lepas ni :)
So, janganlah kita pandang rendah pada golongan ni ok. Mereke sesungguhnya sangat istimewa. Cuba hormat dan tolong mereka semampu kita. Kalau ada antara ahli keluarga kita yg dari golongan ni, baru kita akan faham macam mana keadaan mereka sebenarnya. Buat bakal pendidik, jangan ingat kita tak kena mengajar pelajar yang kurang upaya ni walau apa pun major tau minor kita. Ada kawan saya yang amik Statistik kat UPSI, tapi kena mengajar pendidikan khas. Hah, macam mana tu????
Pendidikan khas best aje. Kalau saya kena mengajar??? Huhuhu...tak tahu la. Saya bukan yang penyabar sangat kot. Sabar ngan budak-budak kecil bleh la. Tu yang dulu amik pendidikan awal kanak-kanak tu :) Apa-apa pun, sebagai bakal guru, kena gak la bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Cikgu kaunseling pun kena belajar gak benda-benda ni kan. Nanti bleh di praktik semasa sesi kaunseling. Setakat ni, biarlah saya jadi guru kaunseling je kot. Dulu macam bercita-cita gak la nak buat pendidikan khas, tapi......tak dak rezeki ke situ kot. Dan mungkin saya tak layak untuk mendidik pelajar yang kurang upaya. Ehm.....jadi kaunselor lebih sesuai kot. HUhuhu...tah la. Tengok la mcam mana nanti.
Ok. sekian untuk hari ini. TErima Kasih. Wasalam.
P/s: Sedang menghitung hari nak abes xm. Tak sabar nak balik kampung :)
No comments:
Post a Comment