Showing posts with label yang dibaca. Show all posts
Showing posts with label yang dibaca. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Tazkirah Jumaat: Pesona Dunia

Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala

Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan

Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia kan ditinggal pergi

Apalah gunanya harta di sisi

Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia

Belum tentu membantu kita

Menjadi bebanan dan menyusahkan

Allah berfirman didalam Al-Qur'an, surat Al-Hadid ayat ke-20 bermaksud:

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

Monday, March 7, 2011

lagi kes kat sekolah !!!

Assalamualaikum semua,
baca berita depan akhbar Metro hari ini membuatkan saya rasa takut plak nak jd cikgu. Tak habis-habis kes pasal cikgu & pelajar. Berita hari ini pasal ada seorang pelajar kat Perlis kena pukul. Boleh pulak pelajar-pelajar yang pukul budak ni tarik dia dari kelas masa cikgu tgh mengajar. Ehm...apa nak jadi la budak-budak zaman sekarang.  Boleh pulak cikgu tu biar. Macam tak logik ja. Tapi...itu la. Kita tak ada kat tempat kejadian, jadi kita tak tahu apa yg sebenarnya terjadi. Tapi, kesian la budak yg kena pukul tu. Sekurang-kurangnya, cikgu kena la ambil berat.

Sekarang dah jadi kes polis. Budak-budak yang pukul tu dah kena reman. Umur baru 14 & 15 tahun dah ada kes polis. Muda sangat yang nk jd gengster ni. Tak sayang masa depan betul la budak-budak ni. Tak kesian mak ayah ke? Ya Allah...kalau macam ni la perangai budak-budak zaman sekarang kat sekolah. Rasa macam tak sanggup nak jd kaunselor kat sekolah. Huhuhu...
Berita selanjutnya boleh baca kat sini ye METRO & BERITA HARIAN

Nanas atasi sembelit

Assalamualaikum semua,

saya malas nak menulis sebenarnya. Ok, meh nak kongsi pasal nanas. 

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun. (Memang elok la sangat utk yg nak berdiet)

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida. (Owh...boleh jd alternatif selain makan lobak merah utk sihatkan mata)

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi. (Byk betul khasiat nanas ni ye, boleh tambah vitamin C)


4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur. (ni sgt le bagus untuk mereka yg susah nak buang air besar kan?)

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus. (Org perempuan kalau dengar pasal nk cantik mesti suka kan ^_^ )

okey dah tahu khasiat nanas. Lepas ni boleh la mkn nanas selalu. Kalau kat UIA ni susah sikit nak dapat mkn buat. Kalau ada pun buah jambu, tembikai, mangga, dll. Kalau ada nanas pun, hnya dalam masakan spt pajeri, gulai atau masak lemak. Tapi, walaupun nanas di letakan dlm masakan, masih ada khasiatnya kan. Ehm...lepas ni kena makan nanas byk2 la. Tapi, saya tak suka sangat kalau letak dlm masakan sebab tak rasa keaslian jus nanas tu ^_^

Nanas memang sedap di makan, tp kalau salah potong, tak buang mata dia tu, boleh gatal lidah. Kadang-kadang pelik gak, apa yg membuatkan lidah kita rasa gatal kalau makan nanas? ehm.....kena buat kajian pasal ni plak ^_^

okey, sekian terima kasih.
wassalam.

Monday, January 24, 2011

Cerita Sampah

Assalamualaikum semua,
 petikan Akhbar Utusan semalam. Tersenyum saya membacanya.


Agak-agak kalau di kumpul semua "sampah masyarakat" tu, berapa pulak keluasannya kan? 

Thursday, December 16, 2010

Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah

Assalamualaikum semua,
sebagai orang Pulau Pinang isu Pulau Pinang sekarang memang perlu di ambil peduli. Sapa yang tak sayang negeri tanah tumpah darah ooo. Tadi baru baca kat Akhbar Utusan pasal hal Kedah nak ambil Pulau Pinang balik. Rupanya, baru cadangan dan masih banyak perkara perlu di teliti lagi. Bukannya apa, hal ini melibatkan sejarah.

Kalau betul jadi Pulau Pinang di kembalikan ke Kedah, saya sokong 100%. Ceh...sebenarnya tak ada beza pun bagi saya sebab saya memang mix Pulau Pinang + Kedah pun. Jadi, tak ada masalah. Yang jadi masalah nanti pemerintah sekarang la kot. Mesti bukan senang nak lepaskan negeri yang dah di tawan ni. Apa-apa pun, tunggu dan lihat la.

Tuesday, December 14, 2010

Guru kedua tumpu tugas sampingan

BH Online

Guru kedua tumpu tugas sampingan

Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2010/12/14

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.

Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.

Saturday, December 4, 2010

Jika Sultan Kedah mahu Pulau Pinang di kembalikan

Assalamualaikum semua,



ALOR SETAR - Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan mohon perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk bekerjasama dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) memulakan tuntutan Pulau Pinang dikembalikan kepada negeri itu.

Tuesday, November 9, 2010

Adakah "beliau"?????

myMetro | 2 drebar teksi Pakistan ditahan


KUALA LUMPUR: Dua warga Pakistan dikesan menjadi pemandu teksi dengan menyasarkan lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong terutama di Jalan Ampang dan Jalan Pinang untuk mengambil penumpang.
Malah, pemandu teksi berusia 30-an itu dipercayai menjadikan malam hujung minggu sebagai waktu operasi.

Sebelum ini, ada aduan diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mendakwa dikenakan caj tambang teksi mencecah RM150 bagi perjalanan sehala dari Hentian Puduraya ke Bukit Bintang.

Aktiviti kedua-dua lelaki warga asing terbabit tidak bertahan lama apabila ditahan hasil intipan dan penyamaran anggota serta pegawai dari unit khas JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikenali Unit Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), Jumaat lalu bersama lima lagi pemandu teksi warga tempatan.

Petikan akhbar Metro

Adakah teksi beliau yg kami naik hari tu??? Ehm...hari rabu lepas, saya bersama Ruham & Sa'idah naik 1 teksi ni. Sungguh menakutkan betul teksi ni sebab pemandu dia foreigner. Tak pasti org mana tapi rasanya org Pakistan kot. Lagipun muka dia agak menggerunkan mcm muka mamak yg kt cafe HS tu. Huhuhu....

Kami naik teksi ni dr simpang depan KAED sebab baru balik dr pasar mlm. Dr jauh sy dh nmpk kepelikan teksi ni sebab teksi ni bergerak perlahan depan perhentian bas yg tak jauh dr simpang yg kami tunggu tu la. Saya dh rasa tak sedap hati. Pastu, bila Farah tahan teksi ni, kami semua terkejut tengok pemandu tu. Kami terpaksa naik gk la sebab Ruham tak sihat lagipun dh tertahan teksi tu pun.

Bila kami naik, pemandu tu tanya, "Nak pergi mana? KLCC??" gaya dia cakap mcm mat bangla ckp Melayu. Kami dh naik pun, tak kan nk turun plak. Nasib dlm teksi dia tak ckp byk. Saya pandang je dia, dlm ati tak tahu nk buat apa. Tak teringat langsung nk tengok dia punya ID kat depan teksi tu ke, nk amik no teksi ke, mmg blank tak tahu nk buat apa. Saya pelik, mcm mana boleh plak mamat Pakistan ni bwk teksi, mana dapat teksi, bleh ke dpt permit etc. Memikirkan kami naik dlm UIA dan naik bertiga pula, Insyaallah tak sempat nk jd apa-apa kot. Huhuhu...

Alhamdulillah, selamat sampai kat Marhalah Nusaibah. Dah selesai bayar teksi, kami pun turun. Tetiba Saidah kata "Kak, pemandu teksi tu dr td asyik pandang Kak je. Tadi nk turun pun pandang, masa nak naik td pun dia pandang akak je !!!" 

What???? 

Patut le sy rasa semacam je. Sungguh menakutkan...lepas ni klu nak naik teksi, kena berhati2 la. Bukan sembarang je boleh naik, terutama klu naik sorg. 



Thursday, October 14, 2010

Berita: Guru sukan ditahan cuba sebar gambar bogel kekasih

BH Online

Guru sukan ditahan cuba sebar gambar bogel kekasih

2010/10/14

BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.


Monday, October 11, 2010

Berita: kemalangan ngeri 10.10.10

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Dah baca ke berita hari ini tentang kemalangan ngeri yg berlaku kat Negeri Sembilan tu? Kemalangan berlaku pada 10.10.10, iaitu tarikh semalam yg cukup cantik. Di sebalik kita mendengar berita yg baik semalam, tak sangka terdapat juga berita yg mendukakan. 

Tak terbayang mcm mana bas tu boleh melambung ke arah bertentangan & kemudian menghempap kereta yg lain. Dalam kemalangan tu, 12 org meninggal di tempat kejadian dan berpuluh-puluh yg lain cedera parah & ringan. 

Apabila berlaku kemalangan macam ni, semua pihak nak salahkan pihak masing-masing. Kita tak tahu apa yg berlaku di tempat kejadian. Tak guna kalau kita nk saling salah-menyalahi. Terimlah takdir Allah ni dgn tenang & fikirkan hikmah di sebalik kejadian ini. Siapalah kita utk menidakkan takdir Allah yg Allah dh tetapkan sebelum kita ada kat dunia ni lagi.

Berita selanjutnya boleh baca di 

Semoga Allah menempatkan mereka yg meninggal dunia itu di kalangan org2 yg beriman. Al-fatihah untuk mereka. Takziah buat keluarga yg terlibat. 

sumber: Metro
sumber: myvitrd
sumber: mstar
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran: 185)

Friday, August 27, 2010

Apa yang salah???

Assalamualaikum semua,

tadi jalan-jalan kat alam maya, terjumpa gambar ni. Menarik gak untuk di kongsikan. Jom tengok gambar apa.


*
*
*
*
*
*
*
*
DAH TENGOK SEMUA???
*
*
*
*
*
*
*
*
SEKARANG MARI KITA JADI CIKGU BAHASA MELAYU!!!!!
Sila bulat kesalahan bahasa yg terdapat dlm gambar di atas.
*
*
*
*
*
*
Mari kita tengok jawapan.....


ehm.......................
Jelutong tu kat Pulau Pinang tau,
Alahai, buat malu kaum betul la.
Kot ye pun, kalau dah tukang buat banner ni salah tulis, apasal tak buat semula ja banner ni. 
Tak kan tak ada bajet kot. 
Huhuhu.....

UMNO tu parti orang melayu kan?
tak kan ejaan salah pun tak perasan.
alahai...terlebih semangat SATU MALAYSIA ka?


p/s: Orang Melayu makin di nafikan hak mereka di Pulau Pinang. Tak lama lagi, pupus la org Melayu kat sana. Sedar dak lagi yg tanah org Melayu semua dah kena ambil. Perkampungan Melayu dah makin kurang. Alahai, Pulau Pinang tumpah darahku!!!! huhuhu.....
 

sumber gambar: www

Thursday, August 19, 2010

Polis mungkin tiada cuti raya


KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin tidak dapat bercuti sempena sambutan Aidilfitri jika keadaan keselamatan negara tidak mengizinkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pemberian cuti hari raya kepada anggota PDRM hanya bergantung kepada tahap keselamatan negara.

“Pada pandangan saya, keadaan sekarang tidak berapa baik. Oleh itu, anggota polis perlu bekerja dengan kuat lagi,” katanya.


(Hohoho…nak kerja dgn kuat mcm mana lagi Tan Sri??? Sekarang dah tak cukup kuat ke???)
Assalamualaikum semua, 
Ini merupakan petikan akhbar Metro hari ini. Teruk sangat ke keadaan negara kita sekarang ni. Dah tak aman ke? Kesian anggota polis tak dapat nak beraya. Kesian kat anak dan isteri mereka sebab tak dapat sambut raya dengan suami dan ayah mereka. Tengok, betapa besarnya pengorbanan anggota polis. Tu pun masih ramai masyarakat yg tak puas hati dgn polis.

Bila gaji polis di naikan, ramai yang persoalkan. Padan la gaji ngan tugas polis yang tak pernah rehat tu. Kalau kita tengok balik, polis yg byk kerja dari anggota uniform lain. Kalau kemalangan berlaku, polis ada sebab kena jaga lalu-lintas, kalau kebakaran berlaku, polis pun ada, sebab nak kawal orang ramai kat tempat kejadian, kalau kes gaduh, kes ugut, kes kehilangan, semua tu kena report kat polis. Sampai, kalau suami isteri bergaduh pun nak report polis gak. Huhuhu….semua cari polis kan.

Tapi yang sedihnya, kalau polis buat salah sikit, satu Malaysia nak heboh, nak salahkan polis tu juga. Macam kes Allahyarham Amirul Rashid tu, kita tak tahu salah siapa, sebab kita tak ada pun kat tempat kejadian tu. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa polis tu lepaskan tembakan? Mungkin keadaan masa tu wajar dia lepaskan tembakan. Mana kita tahu.

Terdetik di hati ketika di waktu tengah malam dan awal pagi kegelapan di kala itu jualah mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan negara, menjaga keamanan kita semua yang ketika itu diulit mimpi-mimpi indah. Pernah tak kita fikir tu semua????

Bila ada anggota polis yang cedera atau meninggal masa bertugas, tak ada siapa pun yg bela. Tahu tak, anggota polis tak boleh ambil insurans diri sebab kerjaya polis mmg berisiko untuk berlaku perkara yg tak di ingini. Kalau kes begini, tak ada siapa pun nak peduli. Tapi kalau keluar cerita polis ambil rasuah ke, polis bunuh orang ke, cepat je semua org nak melenting. Ya, saya akui, ada polis yg baik dan ada polis yg tak baik. Macam tu juga dengan pekerjaan yg lain, ada yg baik dan ada juga yg tak baiknya. Jadi, jgn anggap semua polis jahat.

Apasal saya emo sangat bercerita pasal polis ni??? 


Sebabnya….abah saya seorang anggota polis. Dari kecil sampai dah besar ni saya tengok  mcm mana kerja polis ni. Saya dah tengok macam mana seksanya tak dapat cuti walau cuti tu dah di sahkan. Saya dah tengok macam mana walaupun tengah bercuti dah berehat kat rumah, dapat call suruh kerja. Saya dah tengok mcm mana teruknya anggota polis kena buat rondaan tak kira siang atau malam sampai kadang-kadang solat pun boleh terlepas. Ingat senang ke jadi Polis ni. Sebab tu saya tak suka orang hina polis ok. Huhuhu.

Kalau abah saya tak dapat cuti, makanya tak dapat la kami nak balik kampung tahun ni. Sedih la mcm ni :(
Nak balik beraya kat kampung gak. Tan Sri Musa Hasan, tolonglah bagi abah saya cuti raya. Kesian kat kami nnt. Huhuhu.....

Monday, August 31, 2009

TENTANG TIDOQ.....

Assalamualaikum & salam kemerdekaan...
hari ini merupakan hari terakhir kita dalam bulan Ogos. Cepat kan masa berjalan dan berlalu, dan kita pun dah berpuasa dah masuk hari ke 10.

Sempena hari terakhir dalam bulan Ogos, saya nak post 1 N3 tentang tidur. Kenapa tidur? Ehm...tidur ni pun antara nikmat Allah yang besar, di beri untuk setiap hamba-NYA. Allah kurniakan nikmat tidur ni untuk kita berehat setelah penat bekerja di siang hari. Jadi, kita patut bersyukur atas nikmat ini. Jom kita selongkari, apa erti tidur sebenarnya.

TIDUR secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Ajaran Islam melihat tidur sebagai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :

Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur. Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :

- Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ? Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya tiada peraturan tertentu mengenainya. Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu.

Sebagai contoh, seorang bayi memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding orang dewasa. Orang yang bekerja dengan menggunakan fikirannya sudah tentu memerlukan lebih banyak tidur dibandingkan dengan orang yang bekerja dengan fizikalnya. Orang sakit pula memerlukan lebih banyak tidur daripada orang sihat.

- Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?
Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba': 9 - 11).

Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

- Bagaimana patut kita tidur ?
Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan. Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.

Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.

Dipetik daripada karya Imam an-Nawawi, Riyadhus Salihin dalam Kitab Kesopanan Tidur, contoh tidur yang terbaik adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya pergi tidur tidak terlalu malam, kemudian bangun beberapa saat setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang Tahajud dan berehat menunggu fajar menyingsing untuk bersembahyang Subuh berjemaah.

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai solat malam. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayatnya sebagai ibadah tambahan.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam, begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi s.a.w. mengenai perkara ini.

Daripada Aisyah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersembahyang pada sebahagian waktu malam sebanyak sebelas rakaat. Kemudian apabila fajar menyingsing, baginda bersembahyang dua rakaat yang ringan sekali, kemudian baginda berbaring atas bahagian tubuhnya yang sebelah kanan, sehingga muazzin datang lalu memberitahukannya - tentang sudah berkumpulnya orang ramai yang hendak bersembahyang Subuh secara berjemaah. (Muttafaq `alaih )

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir, sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. (Az-Zariat : 15-18 )

Menurut Dr. Mohammed Osman Nasir, solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi cara dan posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan kadangkala dapat menyebabkan kita ingin ke tandas.

Tidur secara menelungkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi-mimpi sedih dan buruk.

Posisi tidur terbaik menurut sains adalah pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta ini telah diuji melalui kajian perubatan moden. Malah ia membenarkan cara dan ajaran Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan wahyu, di mana Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikutnya untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan.

Perlu diketahui dan diingat sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran kita sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan terserap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam dan tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.

Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis maka pada umumnya saat anak itu bangun dia akan menangis lagi. Oleh sebab itu, kita dianjurkan agar mengarahkan perhatian kita sebelum tidur pada hal-hal yang berhubungan dengan moral dan spiritual.

Rasulullah s.a.w. menyuruh kaum Muslimin untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Ayat-ayat tersebut dibacakan bukan bertujuan untuk dijampi-jampi atau mantera tetapi sebaliknya dibaca bagi mengingatkan kita kepada Pencipta.

Sebagaimana dapat diketahui, ayat-ayat tersebut banyak berbicara mengenai keagungan dan keindahan sifat-sifat Tuhan, dan hal ini akan memberikan kesan yang dalam serta kuat pada alam fikiran kita. Merenungkan sifat-sifat ketuhanan tersebut akan membersihkan dan meninggikan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.

Amalan seperti ini jika kita laksanakan dengan baik, akan menjadi sumber yang besar bagi kekuatan moral.

Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur, lengkap dengan doa-doanya. Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri dalam Minhaj al-Islam telah menghimpunkan adab-adab tidur dalam Islam seperti berikut :

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti bermuzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum solat Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda nabi s.a.w. jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.

3. Mulakan tidur atau berbaring atas rusuk kanan sebagaimana sabda nabi s.a.w. kepada al-Barra' Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.

4. Jangan tidur dengan cara meniarap yang menekan perut kerana sabda nabi s.a.w. Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

5. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w. seperti membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali atau membaca surah al-Fatihah dan awal surah al-Baqarah sampai al-muflihun, ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah daripada lillahi ma fis samawat.... hingga akhir dan sebagainya.


Ringkasnya pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebagai satu nikmat daripada Allah dan Islam juga turut mengaitkannya dengan prinsip-prinsip kesihatan yang bersifat alami.

Demikianlah, ajaran-ajaran Islam sungguh sempurna bagi manusia menurutinya hatta merangkumi tentang persoalan-persoalan harian kita seperti tidur, makan dan yang seumpama dengannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0721&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive, 3 Julai 2008




SELAMAT TIDOQ....

Monday, August 24, 2009

Imuniti Iman tercabul kerana H1N1?

Serangan wabak H1N1 menjadi polemik seantero dunia, telah menjadi tabiat sesetengah manusia, cepat melatah apabila penularannya membawa maut dan amat sukar membendungnya. Pelbagai langkah yang dikatakan proaktif telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani serangan wabak ini, namun natijahnya kematian dan jangkitan wabak semakin ketara meningkat di seluruh pelosok negara.

Hal semacam ini menggamit sejuta reaksi dikalangan masyarakat dalam melihat kredibiliti kerajaan membendungnya. Sesetengah berpendapat, kerajaan hanya mengambil langkah pemantauan sahaja dan bukan pemeriksaan menyeluruh di pintu-pintu masuk imigresen dan perhubungan domestik serta antarabangsa.

Jangkitan virus ini lebih tertumpu kepada tempat-tempat awam dan keraian. Malahan institusi pendidikan lebih banyak terkena kesannya. Menjadi persoalan, mengapa institusi pendidikan seperti sekolah dan IPTA lebih teruk kesannya berbanding dengan sektor perlancongan dan perkilangan? Ini satu persoalan yang sukar untuk dirungkaikan jawapannya. Apatah lagi retetan ini menyerlah selepas pemansuhan PPMSI. Biarlah persoalan ini terus menjadi tanda tanya sehingga ada yang sudi menjawabnya.

Tambahan pula, rakyat Malaysia lebih terdedah apabila menghadiri konsert hiburan dan amalan kebersihan yang tidak sempurna. Penulisan kali ini bukan bertujuan menyelosori soal jangkitan dan kesannya kepada sistem imuniti badan manusia, tetapi lebih kepada efek yang cukup jelas terhadap imuniti iman seseorang Muslim dalam mendepani situasi ini.


Serangan virus tehadap Iman

Iman adalah persoalan pokok dalam menentukan ketulenan kepercayaan seseorang Muslim. Benar jika dikatakan ukuran Iman itu mustahil untuk diukur berdasarkan karakter luarannya sahaja kerana soal hati adalah hak penilaian Tuhan. Namun, apakah iman yang kurang mantap dapat mencerminkan karakter peribadi yang luhur, dan sebaliknya? Saya bukan ahli agamawan mahupun golongan yang berautoriti dalam menentukan tahap Iman seseorang, tetapi saya berpegang pada satu prinsip, jika seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya, cukup segala syarat-syarat iman tersebut, padanya akan lahir sebuah karakter yang luhur, fikrah pemikiran yang islamik dan gerak laku yang menuruti syariat.

Berbalik pada persoalan tadi, serangan virus terhadap Iman lebih cenderung melalui pemikiran dan mentaliti Muslim. Masakan tidak, latahnya masyarakat apabila serangan virus ini boleh membawa maut tanpa ada simpton-simpton yang kurang jelas. Simpton awal jangkitan biasanya dizahirkan dengan demam, batuk dan selesema. Tiga serangkai ini kebiasaannya dikategorikan sebagai demam biasa tetapi bila polemik H1N1 ini seperti gorengan bertih jagung, langkah waspada diambil lebih serius sehinggakan soal ibadat umum dihadkan atas nama keselamatan sejagat yang sebenarnya bertopengkan sikap malas dan biadap.

Surau dan masjid kelihatan sangat lengang walaupun selama ini telah lama lengang dengan bilangan jemaah. Hukum sunat solat berjemaah digantikan dengan harus. Solat Jumaat pula hanya pergi sekali sekala sahaja. Ini bukan omong kosong, tetapi pengalaman saya menghadapi situasi ini di salah sebuah perkampungan melayu-islam di Timur Semenanjung Malaysia. Jelas, ramai hanya takut mati awal daripada berbuat ibadah kerana akan mati. Yang lebih menjengkelkan, boleh pula melepak di warung dan kedai kopi, malah senang bermesra dengan keluarga dihalaman rumah saat khatib menyampaikan khutbah.

Sikap cintakan dunia, takutkan mati telah sebati dalam jiwa masyarakat kita. Melihat ujian daripada Tuhan ini sebagai satu ketidakadilan Tuhan dalam menimpakan musibah kepada manusia. Sedangkan dalam sedar, manusia terlalu rakus menodai nikmat pemberian dan megah melanggar syariat Allah. Begitulah kita, leka dalam nikmat dan hanya sedar apabila contengan ini terpalit pada wajah-wajah kita sendiri, hasil gelojoh tangan-tangan kita sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, tiada menghukum tanpa alasan, dan keadilan Allah itu tiada tandingannya, tanpa dapat dicapai oleh akal kita yang lemah. Maha Kasihnya Tuhan yang Maha Pengampun, menyedarkan kita kepada dunia yang akan hilang nanti dengan kematian. Tetapi berapa ramai yang menyedari hakikat ini. Kita sebenarnya lari daripada kematian tanpa ada persediaan amal soleh menempuh kematian.

Kesan kedua, dipamerkan dengan berlumbanya pengamal perubatan menipu masyarakat berkenaan ubat-ubatan yang diyakini dapat menyembuhkan pesakit H1N1. Sebagai bekas pelajar Sains, virus tidak dapat dimusnahkan dengan begitu mudah. Ia dapat berubah-ubah mengikut persekitaran dan kemandirian terhadap perubahan suhu serta kelembapan. Vaksin hanya dapat mengurangkan efek jangkitan dan bukan penyembuhan secara total. Sistem imuniti badan yang ditadbir oleh Pencipta yang Maha Berkuasa sahaja dapat menangkis serangan ini, samada secara total ataupun sebahagian, bergantung kepada takdir yang ditentukanNya.

Jika diukur dimensi antara liang topeng dan virus, nilai yang sangat ketara dapat diperhatikan. Dimensi virus yang hampir berskala nano jika dibandingkan dengan lubang pada topeng yang hanya seluas mili meter sahaja tidak dapat menghalang virus tersebut mejangkiti yang lain. Ditambah pula dengan medium jangkitan seperti udara dan sentuhan yang sukar untuk dielakkan menjadi faktor utama penularan wabak tersebut. Jelas disini, pemakaian topeng hanya cukup syarat bagi mereka yang dikhuatiri dijangkiti dan bukan kepada yang belum dijangkiti. Ianya pula seperti perlu seiring dengan pemakaian sarung tangan dan pakaian yang tidak berkongsi antara satu sama lain. Ini tidak lain mendatangkan keuntungan berganda kepada sesiapa yang suka menangguk di air yang keruh.

Sikap tamak dan pembohongan meruntuhkan nilai moral sesetengah muslim, apatah lagi diapikan oleh kepercayaan yang sesetengah yang lain terhadap kemujaraban penawar tersebut. Solat hajat dipandang sepi dan doa keselamatan diri yang menjadi senjata utama mukmin sejati diremehkan. Sikap ini secara tidak langsung meletak keyakinan kepada usaha manusia semata-mata tanpa sandaran pada kuasa Allah Taala.


Binalah imuniti Iman

Kehadiran Ramadhan kelak mendambakan sejuta pengharapan pada Tuhan dan sebaik-baik bulan bagi doa diperkenankanNya. Madrasah Al-Mubarak bukan sahaja menyediakan peluang ekonomi kepada umat manusia, tetapi hamparan luas buat pencinta Ramadhan menggunakan sebaik mungkin rahmat Allah, memperbanyakkan ibadah dan mendidik jiwa menjadi ikon mukmin yang sejati. Serangan wabak di bulan Ramadhan nanti diharapkan menjadi sentuhan keinsafan yang mendalam terhadap ketentuan Allah dalam menguji iman hamba-hambaNya.

Kematian adalah satu takdir. Usahlah meratapi berlebihan dan meletakkan punca tesebut kepada wabak semata-mata. Sehinggakan pemikiran telah di set, matinya bukan kerana ketentuan Allah Taala tetapi kerana serangan wabak tersebut. Tidak salah menjadikan punca kematian disebabkan wabak, seperti yang dinyatakan di atas, tetapi letaklah segalanya yang terjadi itu, prioritinya pada yang hak, iaitu Takdir.

Perbanyakkan solat hajat dan amalan sunat yang lain, disamping perkemaskan kewajipan ibadat fardhu. Dan sentiasalah berdoa agar iman terpelihara walaupun segunung musibah dan ujian yang melanda. Janganlah berputus asa pada Allah. Kerana ujianNya untuk mendidik jiwa-jiwa kita supaya lebih lembut dan dekat denganNya.

H1N1 tidak lain hanya sebuah ujian buat kita, bagi merungkai simpulan-simpulan kelam yang mengikat hati kita. Semoga penulisan saya yang tidak seberapa ini membuka mentaliti kita semua agar kembali kepada sebuah fundamental Islam yang sebenar. Sesungguhnya Allah mengilhamkan sukma kebaikan dan kefasikan kepada kita, hanya keteguhan iman sahaja mampu menyuluh kepada kebaikan dan memadamkan api kefasikan. Beruntunglah mereka yang terang kerananya, dan merugilah bagi yang terus menyalakannya. WaAllahu'alam

Mohd Izzuddin Mohd Zin
Aktivis SPAQ
19 Ogos 2009

p/s: dpt dr email...

Saturday, June 13, 2009

Ingat-Mengingati

Imam Anas bin Malik r.a mengatakan : “Bahawasanya bumi setiap hari menyeru dengan 10 kalimat. Bumi berkata :

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku tetapi tempat kembalimu di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atasku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atasku tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu memakan makanan haram di atasku tetapi semua ulat-ulat akan memakan dagingmu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira riang di atasku tetapi kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. Kamu mengumpulkan barang haram di atasku dan kamu akan hancur di dalam perutku.

7. Kamu sombong di atasku tetapi kamu menjadi hina dan remeh di dalam perutku.

8. Kamu berjalan dengan seronoknya di atasku tetapi kamu akan bersedih di dalam perutku.

9. Kamu berjalan di dalam cahaya di atasku tetapi kamu akan berada di dalam kegelapan yang gelap gelita di dalam perutku.

10. Kamu berjalan beramai-ramai di atasku tetapi kamu akan duduk bersendirian di dalam perutku.




Disebutkan di dalam hadis bahawa kubur itu akan menyeru 3 kali pada setiap hari :

1. Aku adalah rumah terpencil, rumah binatang buas, rumah kala jengking dan rumah ular.

2. Aku adalah rumah yang gelap.

3. Aku adalah rumah ulat-ulat.



Diterangkan di dalam satu riwayat yang lain, bahawa kubur menyeru sebanyak 5 kali setiap hari :

1. Aku adalah rumah yang terpencil, maka hendaklah kamu membaca Al-Quran.

2. Aku adalah rumah yang gelap gelita, maka terangilah aku dengan solat malam (tahajud dsb).

3. Aku adalah rumah debu dan kotor maka bawalah amal soleh.

4. Aku adalah rumah ular berbisa, maka bawalah penawarnya iaitu “BISMILAHIR-RAHMANIR-RAHIM” dan cucuran air mata (kerana takutkan Allah S.W.T).

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan “Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah” di atasku (semasa hidupmu), agar kamu dapat memberikan jawapan kepadanya.

Perlulah diketahui bahawa ingat mengingati kepada hari akhirat itu merupakan satu perkara yang dituntut oleh ISLAM dan amat diperlukan untuk menyucikan dan membersihkan hati manusia. berpandukan ayat : "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman". [azZariyaat:55]

MOga peroleh manfaat bersama.
May Allah Bless

Wednesday, June 10, 2009

Penyakit Hati

Maaf la tak ada enty baru. Agak sibuk sikit. Entah la sibuk dok buat apa la. Bukan saya yang nikah pun. Ehm...tadi tengah buat "blog tour", terjumpa la artikel ni. Tentang penyakit hati. Masalah hati ni bukan sakit hati macam hepatitis C tu, ni lagi teruk kalau tak di rawat dari awal. Sama-samalah kita periksa balik hati. SOAL HATI kita, di level manakah kita berada.

Hati kite adalah raja, apabila Raja sakit, die akan turun tahkta, dan akan diganti dengan orang lain..Maka siapakah pengganti itu???

Dia adalah makhluk penjahat dan nafsu..



Apabila hati sakit, segala amalan yang telah dijanjikan Allah akan nikmat syurga tidak diambil berat.( eg: rase malas nak buat pkr2 sunat spt solat sunat, pose sunat dll)

Contohnye seperti orang sakit, kalau kite hidangkan kek or mknn yg best2 pun, mereka takkan ade selera untk makan.

Virus penyebab penyakit hati adalah disebabkan dosa kite sendiri.

Antara level2 dosa;

Level 1- mula2 rasa bersalah

Level 2- dah rasa biasa dengan dosa

Level 3- rasa seronok dengan dosa

Level 4- pembela kepada dosa


dan level 4 adalah tahap sakit kronik..plu masuk icu

How to detect penyakit hati ni?

1) Apabila tertinggal amalan baik,kita tak rase sedih

2) Bile wat dose tak rase ape2 or tak rase menyesal


- dipetik dari kata2 Syeikh Ibnu Athoilah

How to cure this problem???

1) Carilah hatimu ketika membaca Al-Quran

2) Jika tak temui, carilah hatimu ketika melakukan solat

3) Jika kau tak temui, carilah hatimu ketika duduk mengingati mati

4) Jika tak jumpe jgk berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan hati yng baru kerana ketika itu hatimu dh takde func dh.

- dipetik dari kata2 imam Al-Ghazali

amik kat : http://camarhijau.blogspot.com

Monday, June 1, 2009

ubat gigi oh ubat gigi....

Adakah anda dah tengok iklan colgate yg bru? ayat yg sy ingt adalah

Dr: ubat gigi Puan berflorida?
Ibu: tak pasti, yang pasti halal
Dr: Ubat gigi bukan saja halal tapi perlu ada florida untuk lindungi dari kaviti


saya pun terfikir juga la, apa sebenarnya fungsi florida tu. bla dok gosok gigi kt blik air tu, saya dok belek2 juga la. memang ubat gigi yang "halal" ni tak ada florida. saya pakai ubat gigi HPA ye. saya pun terfikir gak la. saya nak kongsi apa yang saya jumpa. bagi saya amat memeranjatkan. lepas ni, sama-samalah kita periksa dahulu kandungan ubat gigi kita itu.


APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.



Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini



sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

Friday, May 22, 2009

BILA LAGI HENDAK KAU SERTAI DAKWAH?

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesal...aku menyesal...

sumber:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4323.0%3Bwap2


ehm....dakwah tu apa ya? dulu saya pun pelik. tak faham konsep dakwah ni. kenapa perlu berdakwah. kalau dulu yg suka berdakwah golongan tabligh saja. tapi, bila dah msuk ke UIA ni, saya terpanggil untuk sertainya. mungkin Allah masih syangkan diri ini. tak mahu hamba-Nya terus hanyut, alpa & leka tanpa tarbiah. dari mula semester satu lagi saya menyertainya. secara tidak sengaja sebenarnya.

bermula dengan taklim minguan yang saya sangat suka hadiri. sanggup kosongkan malam khamis dari segala aktiviti dunia sebab nak hadiri taklim tu. saya cukup terpikat dengan cara penyampaian ust tu, maklum la org utara. gaya bahasa yg bersahaja, tutur kata yg kadang2 menikam jiwa, nasihat2 yang berguna. baru saya tersedar, ini sebenarnya yang aku cari. majlis yang terus- menerus untuk saling ingat-mengingati tentang Pencipta Yg Agung. ye la, kita kan manusia biasa. sering lupa dan lalai hal dunia.
begitulah bermula episod dunia tarbiyahku. kemudian saya bertemu dengan akhwat-akhwat yg sgt baik hati bagiku. menerima tanpa syarat dengan senyuman ikhlas yg tak lekang dibibir. mereka byk membantu. sgt2 membantu.
betapaku merindu saat di tarbiyah.

ehm...sebenarnya, dakwah tu bukan semata-mata kita mengajak org lain berbuat kebaikan dan menjegah kemungkaran, tapi lebih dari itu. apa-apa pun yg penting adalah dakwah dalam diri dulu, iaitu Tarbiyah Dzatiyah.