sebagai orang Pulau Pinang isu Pulau Pinang sekarang memang perlu di ambil peduli. Sapa yang tak sayang negeri tanah tumpah darah ooo. Tadi baru baca kat Akhbar Utusan pasal hal Kedah nak ambil Pulau Pinang balik. Rupanya, baru cadangan dan masih banyak perkara perlu di teliti lagi. Bukannya apa, hal ini melibatkan sejarah.
Kalau betul jadi Pulau Pinang di kembalikan ke Kedah, saya sokong 100%. Ceh...sebenarnya tak ada beza pun bagi saya sebab saya memang mix Pulau Pinang + Kedah pun. Jadi, tak ada masalah. Yang jadi masalah nanti pemerintah sekarang la kot. Mesti bukan senang nak lepaskan negeri yang dah di tawan ni. Apa-apa pun, tunggu dan lihat la.
Ehm...kalau tengok harga pajakan Pulau Pinang, RM10, 000 je kot. Zaman sekarang memang tak relevan dah pun. Untung hasil yang di jana di Pulau Pinang sehari pun dah melebihi nilai ni tau. Zaman dulu kan, Sultan Kedah di bayar dengan mata wang Sepanyol. Huhuhu...mana mai plak Sepanyol dalam ini cerita. Nampaknya, kena kaji lebih mendalam hal sejarah ni.
Pastu, banyak benda perlu di kaji dan di ubah kalau betul la tuntutan ni di buat. Sekarang tunggu persetujuan dari Sultan Kedah. Saya rasa dari kecil sampai besar memang sejarah dah tulis dalam buku kata, Francis Light yang buka Pulau Pinang. Tapi, sejarah yang benar bukan begitu. Tu la kan, kita tak di ajar dengan sejarah yang betul. Kita terima bulat-bulat dari British tu. Macam Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain pejuang bangsa di gelar pengganas oleh British sebab dorang melawan. Tapi bagi kita, mereka ni pejuang bangsa dan hero kita. Macam tu la, sejarah negara kita di perkotak-katikan. Tu belum masuk isu pecah & perintah masa zaman British dulu yang bawa orang dari India & China segala. Dah melalut hal lain plak ni.
Apa-apa pun, sayangilah negara kita dan bangsa kita. Sebagai orang muda, (ehm..ehm..) kena la tau dan amik peduli pasal sejarah negara. Memang patut pun kerajaan menjadikan matapelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam SPM. Hidup Sejarah :)
Petikan Utusan Online:
SAYA dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.
Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.
Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.
Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:
‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.
Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.
“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita.
Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehla baca kat sini, Utusan Online Hasil tulisan Zaini Hassan. Nak paste kat sini, panjang sangat kot. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment