Assalamualaikum semua,
hari ni semester baru dah mula. Belum sampai 24 jam kat UIA ni, dah rasa rindu rumah. Makan pun tak lalu sebab hati masih kat rumah. Eh..bukan saya je tau. Kawan-kawan saya yang lain pun berperasaan yang sama. Betul tak kawan-kawan? :)
Okey, semester ni saya ambil 21.5 credit hour. Alhamdulillah, semester ni hal daftar subjek tak ada masalah macam semester yang lepas. Cuma semester ni banyak kelas petang dan saya banyak ambil subjek minor iaitu Pendidikan Moral. Sungguh la, semester ni saya akan lebih "bermoral" kot. Huhuhu....
Result semester lepas, Alhamdulillah tak la gempak mana pun. Tapi, bersyukur sangat, dalam dok main-main masih leh score. Tapi, kalau buat lebih baik dan study rajin-rajin lagi, mesti boleh dapat result yang lagi gempak kot.
Bila dah masuk sem baru, mesti la nak kena letak azam, visi, misi, plan jangka panjang dan jangka pendek. Tapi, setiap semester letak je azam tapi tak capai dan ikut pun. Huhuhu....Azam semester ni adalah nak belajar lebih rajin dari semester lepas sebab subjek semester ni agak susah. Susah sebab banyak berkaitan falsafah segala. Dah la saya ni lemah bab-bab tu. Takut jadi "mereng" menghafal segala "falsafah" yang tah apa-apa tu. Sungguh la saya tak suka "falsafah" sebab memerlukan pemahaman dan critical thinking yang tinggi.. Saya bukanya boleh sangat nak memerah otak berfikir benda-benda yang luar alam dan banyak kemungkinan tu. Kalau otak ni terlalu berkerja keras, mesti sakit kepala lepas tu. Dah la waktu kelas tu petang. Huhuhu...masalah besar ni.
Okey lah, Selamat Menempuh Semester Baru. Selamat Belajar, Selamat buat assigment, Selamat semualah. Semoga semester ni akan menjadi lebih cemerlang dari semester lepas.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment