hari ni hari terakhir untuk bulan Disember dan untuk tahun 2010. Cepat kan masa berlalu, dah abes 1 tahun kita lalui. Besok dah masuk tahun baru. Bila dah bertambah tahun, bertambah juga la umur. Bila umur dah meninggkat, tanggungjawab juga bertambah. Kena jadi lebih matang dan tak ikut perasaan sangat.
Tahun 2010 banyak membawa suka dan duka dalam hidup saya. Kehidupan dan tarbiyah di UIA banyak membentuk diri saya menjadi lebih baik dan saya rasa bertambah baik dari sebelum ini. Saya bersyukur sangat sebab saya di kurniakan sahabat yang baik, persekitaran yang memberangsangkan, pensyarah-pensyarah yang sangat saya hormati dan rumate yang baik hati. Sungguh, saya sangat suka orang-orang yang berada di sekeliling saya.
Dulu impian saya, bila dah tahun 2010 saya dah bayangkan saya dah kawen dan ada anak, sudah ada kerjaya sendiri. Dulu saya nak jadi doktor gigi tau. Tapi, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Sungguh saya sangat bersyukur. Kehidupan saya sekarang pun dah baik, tak ada apa yang saya nak saya rungutkan lagi. Ada orang kehidupannya tak sebaik saya pun.
Insyaallah, tahun 2011 banyak lagi perancangan yang nak di buat. Saya nak menghabiskan degree yang tinggal lagi setahun, pergi praktikal kat sekolah, nak pertingkatkan diri, nak mencari orang yang sudi membimbing dan bersama saya di kala susah dan senang, nak menjadi anak yang solehah dan berbakti pada mak ayah, dan banyak lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya.
Sekian, Wassalam.
p/s: Ahamdulillah, cuti hujung minggu yang panjang ni, saya nak pi camping. Nak rasa susah-senang survival dlm hutan dan makanan di catu. Dah lama tak buat aktiviti lasak ni.
No comments:
Post a Comment