Showing posts with label Kisah Teladan/Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan/Kehidupan. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

Assalamualaikum semua,

Selamat Tahun Baru 2013 semua. Ada rasa kelainan hari ni? Ke sama ja? Ehm...memetik kata-kata Ustaz Hasrizal di Twitter: 


Malam ini 1 Januari 2013 sebagaimana sebulan lalu 1 Disember 2012 dan tahun depan 1 Januari 2014. Tiada apa yang signifikannya - @saifulislam 

Betul la kan. Setiap hari yang berlaku, sama saja. Tapi sebagai seorang Muslim, hari kita kena berbeza setiap hari. Perlu ada penambahbaikan. Hari ini perlu lebih baik dari semalam, dan esok perlu lebih baik dari hari ini. Kalau tak dapat, paling-paling kekalkan kebaikan yang kita telah buat semalam. Beruntunglah orang yang harinya lebih baik dari semalam, dan celaka bagi mereka yang sebaliknya. 

Bagi saya, hari ini seperti hari biasa cuma tarikh tertera 01.01.2013. Bertambahnya tahun, pasti bertambahnya umur. Dulu tak fikir sangat, tapi bila sekarang ni, itu yang menjadi persoalan pertama. Bila buka facebook, kawan-kawan seusia tulis pasal ni. Apa yang mereka rasa, saya turut rasa. Sebab apa ya? Mungkin sebab pada usia ni dah perlu lebih bertanggungjawab dan berfikir ke arah yang lebih serius. Kalau tengok zaman mak-mak kita dulu, pada usia saya sekarang ni, anak dah berderet-deret. Itu yang menjadi kayu ukur. Dah, nak buat macam mana kan, nasib setiap orang berbeza, saya cuba untuk merasionalkan diri. 

Nasib saya, di usia sekarang baru nak membina segalanya sebab baru habis belajar. Sedangkan kawan-kawan dah kerja bertahun, dah berkahwin, dah berkeluarga, dah ada kerja tetap, kewangan yang kukuh dll. Kadang-kadang rasa rendah diri tu ada bila berjumpa dengan mereka sebab saya tak ada pencapaian yang membanggakan. Saya ni, kerja tetap tak ada, rumah sendiri tak ada, kereta tak ada, pasangan pun tak ada. Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada & lalui selama ni. Saya yakin, pengalaman setiap orang berbeza. Jadi apa yang Allah takdirkan untuk saya pasti yang terbaik. He Knows Best. 

Saya harap, dengan kedatangan tahun baru ni, membawa sinar kebahagiaan buat saya dan orang-orang sekeliling yang saya sayangi. Tahun ni penuh dengan perancangan terutama kerjaya. Sebenarnya masih dalam dilema nak terus sambung Master atau bekerja dulu. Kalau ikut hati (emosi), nak sambung, tapi kalau ikut akal (fikiran), nak kerja dulu. Susah betul nak buat keputusan. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk saya memilih. Ni baru nak pilih nak sambung belajar ke tak, dah stress semacam. Nanti kalau nak buat  keputusan nak pilihan calon suami macam mana la plak keadaanya kan? Eh...apa kes masuk bab ni plak ^_^

Okey lah. Tahun 2013 nak jadi lebih fokus dengan apa yang buat dan pilih. Moga tak ada gangguan yang akan memeningkan kepala dan yang boleh memuntahkan. Saya ni jenis terlalu fikir. Satu-satu tu nak fikir dalam sangat. Tah apa-apa kan. Tu yang stress semacam. Tahun ni juga nak berfikir lebih rasional bukan emotional. Penting untuk jadi matang untuk buat keputusan berdasarkan akal bukan emosi sebab natijahnya berbeza. Saya dah alami semua tu. Rugi betul kalau buat keputusan guna emosi. Nantilah, ada masa saya kongsi pengalaman saya tu. 

Hingga jumpa lagi ^_^

Wassalam 

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013


Assalamualaikum semua,

Diam tak diam kita dah hampir ke hari terakhir 2012. Rasa masa cepat sangat berlalu. Tahun 2012 penuh kisah, yang pasti setiap pengalaman yang di lalui memberi banyak pengajaran pada diri sendiri. Membuatkan diri bertambah matang dan berfikir lebih rasional seiring dengan bertambahnya usia la kan.

Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mencoret banyak cerita. Suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat. Kini tahun baru telah menjengah, tibanya untuk memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, buka lembaran kisah baru dengan semangat dan keceriaan. 

Setiap terbitnya mentari, semoga Allah memperbaharui iman ku, memperbaharui tekat ku, memperbaharui kesungguhan ku, semoga aku beralih lebih mendekati mu Ya Allah ...


Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Wednesday, July 6, 2011

RANDOM: Saya nak solat, TAPI....

Kisah 1
Cikgu: Kamu solat tak?
Murid 1: Solat cikgu. Tapi, subuh saya jarang solat.
Cikgu: Kenapa tak solat subuh ?
Murid 1: Susah la cikgu. Saya nak solat, tapi tak ada tempat.  Tempat yang saya selalu solat tu jadi tempat adik saya tidur. Dia kan tak bagun lagi, macam mana saya nak solat.
Cikgu: Tak ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 1: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil je.
Cikgu: Memang tak ada ruang langsung  ke dalam rumah kamu?
Murid 1: Tak ada cikgu.
Cikgu: Habis tu kamu tidur kat mana?
Murid 1: Saya tidur atas katil, adik saya tidur bawah.
Cikgu: Kamu boleh solat atas katil.
Murid 1: Boleh ke cikgu?
Cikgu: Boleh. Asalkan tempat tu bersih.

Kisah 2
Cikgu: Kamu solat tak kat rumah?
Murid 2: Kadang-kadang je cikgu.
Cikgu: Kenapa kadang-kadang?
Murid 2: Tak ada tempat nak solat kat rumah, cikgu. Kalau ada pun, depan tu ada sampah.
Cikgu: Tak  ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 2: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil ja, tak  ada ruang kosong pun.

Macam mana la hati tak menangis, macam mana la hati nak senang, macam mana la hati nak terima keadaan ni. Mungkin sebelum ni tak pernah terlintas di akal fikiran akan kejadian macam ni. Tapi, saya dah jumpa di alam realiti. Sedih, hiba, simpati, terkejut dan pelbagai rasa terdetik dalam hati.  

Ya Allah…diluar sana masih ramai yang mahu meyembahMu, tapi mereka tak terdaya. Ujian mereka hanya ruang untuk solat. Kita bagiamana? Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan buat mereka yang punya hati yang tulus untuk menyembahMu. 

Di hari yang lain…
Cikgu: Bagaimana keadaan kamu hari ini?
Murid 2: Baik cikgu
Cikgu: Alhamdulillah. Bagaimana solat kamu?
Murid 2: Saya solat dekat surau sekarang cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. Ada surau dekat rumah kamu?
Murid 2: Ada. Surau tu depan rumah saya je.
Cikgu: Kamu pergi surau dengan siapa?
Murid 2: Saya pergi sorang la cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. (mau menitis air mata)

Kalau hati berkehendak, kalau hati mahu, walau macam mana susah, akan terus berusaha. Ya Allah, Kau tetapkanlah hati dia untuk terus terikat dan bergantung pada-Mu. 
Masalah adalah dari Allah. Ujian juga dari Allah. Kepada siapa lagi kalau mahu kita meminta pertolongan, kepada siapa lagi mahu kita mengadu masalah, kepada siapa lagi mahu kita bergantung harap.

Tiada alasan untuk tidak SOLAT

Dirikanlah SOLAT walau dimana kita berada.



Tuesday, April 12, 2011

Catatan Dalam Perjalanan

Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, pagi tadi sebelum subuh saya dah sampai negeri kesayangan saya. Perasaan mestilah seronok tak terhingga sampai rasa nak menangis sebab akhirnya dapat jugak balik rumah. Semalam masa nak berpisah dengan rumate, hati dah rasa berat dan sayu je. Muka masing-masing dah menahan sedih, lepas tu masing-masing cover buat lawak sebab nak ceriakan keadaan. Semalam adalah makan malam bersama kami yang terakhir. Lepas ni lambat lagi nak jumpa. Ya Allah, sedih sangat semalam, tapi masing-masing tak mau tunjuk la. Lepas ni mesti rindu kat rumate yang best sangat tu. Setahun duduk bersama, macam-macam saya belajar. Mereka sangat baik, orang yang terbaik yang pernah saya jumpa. Okey, tak boleh puji lebih-lebih, nanti depa ni kembang ^_^ BUT I luv you gurl. Kamu semua memang rocks.

Okey, semalam saya balik naik keretapi kan? Ehm...saya suka naik keretapi sebab saya suka tengok gelagat orang. Sambil dok tunggu ketibaan keretapi tu, sempat la saya menganalisis orang sekeliling saya. Ada beberapa orang yang menarik minat saya. Ada 1 keluarga ni. Ada seorang nenek, pastu seorang lelaki muda, seorang perempuan muda dan lagi seorang yang tak beberapa nak muda, dan seorang anak kecil berumur lingkungan 2 tahun lebih kurang. Apa yang menarik minat saya adalah rambut perempuan muda dengan perempuan yang tak beberapa nak muda tu. Yang perempuan muda tu rambut dia di warnakan merah menyala 1 line dan yang perempuan tak beberapa nak muda tu rambut dia dah macam lalang kena racun, warna perang macam tu la. Pakaian tak payah cakap la, kedua-dua nya pakaian dah macam bungkus sarung nangka je. Bila pandangan saya jatuh kat depa ni, 1 je yang terdetik dalam hati saya, saya terfikir macam mana depa ni solat ye? Ehm...ke kalau kita dah tengok luaran kita dah boleh agak dalaman macam mana. Saya cuba untuk bersangka baik, tapi ehm...ehm..ehm...Allah lebih tahu apa dalam hati depa tu kan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Sedang saya menganalisis keluarga tu, datang pulak satu keluarga yang lain. Mula-mula saya nampak budak perempuan ni, umur dalam lingkungan 14 atau 15 tahun, selamber katak je dia datang KL Sentral ni pakai baju tidur dan di luarnya cardigan. Nasib baju tidur dia tu dari jenis cotton dan tak la nampak tak sopan sangat. Dalam hati saya kata, budak KL, biasa la kan dengan aksi-aksi selamber macam ni. Owh, dia datang dengan mak dia, ehm...mungkin tapi muka tak sama la pulak sebab budak perempuan ni macam muka mix orang putih dan so-called mak dia ni muka melayu habis. Kalau keluarga tadi saya tertarik dengan gaya rambut, keluarga ni sebab pakaian. Mak dia ni badan agak montok dan dia pakai dress yang labuh dia sampai paras lutut dan terserlah juga so-called pangkal buah dada dia. Dress tu dari jenis kain yang melekat kat badan. Ehm...looks so sexy + seksa orang yang memandang. Tapi, apa yang menarik yang membuat saya terus menerus pandang dia sebab dia nampak baik sangat dengan ayah dia kot. Yang nak naik keretapi ni ayah dia je kot. Dia pimpin je ayah dia yang berjalan agak perlahan tu, pergi tandas. Yang budak perempuan tu nak mencuba kerusi urut kat situ, lepas tu mak dia kata tak sempat la ayah nak urut. Masa tu ada pengumuman kata keretapi lewat 10 minit. Dia pun berlari-lari turun ke level untuk mencari sesuatu. Pada hemah saya, ayah dia macam tak larat sikit, mungkin dia nak pi cari ubat atau sesuatu yang boleh buat ayah dia selesa. Termengah-mengah bila dia naik semula bersama seplastik makanan saya agak macam roti. Dengar la dia kata, roti je ada, boleh kan. Lepas tu dia ajak ayah dia duduk berhampiran tempat yang saya duduk sebab kat situ lebih sejuk sikit. Bila melihat cara dia melayan ayah dia, saya rasa dia seorang yang baik. Tapi hati saya berkata, alangkah baiknya dan kalau dia betul sayang ayah dia, lagi baik kalau dia tutup aurat dia yang terdedah tu. Bila tengok ayah dia, saya jadi kesian, pak cik ni tak didik anak dia ke untuk menjadi muslimah yang baik. Pastu mula la berkira-kira, mungkin dah ajar tapi dah anak tak nak dengar, mungkin  dan pelbagai kemungkinan. Saya pulak yang fikir lebih-lebih. 

Tak jauh dari tempat saya berdiri, ada lagi satu keluarga yang terdiri dari anak 3 orang yang semuanya perempuan yang dalam lingkungan usia remaja, seorang ibu dan seorang bapa. Kalau yang tai mak seksi, dalam keluaga ni pulak, si bapa dia yang seksi tau. Seksi sebab pak cik ni pakai vest semata-mata dan seluar. Dalam hati saya tertanya-tanya jugak la. Pak cik ni panas ke? Setahu saya, KL Sentral ni tak la panas sangat dan tak la terlalu sejuk pun. Dalam keratapi saya nampak pak cik tu lagi. Pak cik tu memang rock la sebab  sepanjang yang saya nampak dua tiga kali dia lalu depan saya masih pakai vest. Alahai pak cik, tak sejuk ke? Orang lain dah meringkuk menahan kesejukan, boleh pulak dia selamber je pakai vest semata-mata. Macam-macam hal kan. Tapi, pak cik ni walaupun dia berpakaian seksi, dia nampak sangat ambil berat dengan anak dan isteri dia. Ke hulu ke hilir dia mencari makanan untuk keluarga dia tu. Tadi masa kat KL Sentral dia dah beli KFC, dalam keretapi dia pun ada pergi kantin. Tak apa lah pak cik, seksi-seksi pun pak cik baik kan ^_^

Secara kebetulan, perempuan muda yang berambut merah 1 line tadi tu duduk depan saya. Perempuan yang tak beberapa muda yang berambut perang macam lalang kena racun tu tak naik sama. Hantar je kot. Yang naik nenek tu dengan budak kecik lelaki tu dan merupakan anak perempuan muda tu sebab dengar dia panggil mama. Apa lagi, bila dah dok depan saya, makin saya suka la nak menganalis. Ramah juga dia ni, sebab sempat la kami bertegur sapa. Tetiba pulak saya jadi ramah kan. Hehehe....pastu bermula la adegan pujuk-memujuk anak dia supaya tidur. Jangan main-main siap keluar rotan lagi tu bagi amaran suruh anak dia tidur. Alah, budak kecik, mesti la nak main-main dulu, tambah dalam train tu kan best. Garang juga mak dia ni, marah budak tu tak nak tidur dan yang bestnya, dia bahasakan diri dia aku bila cakap dengan anak dia ni. Dia kata, " kaki tu angkat elok-elok, nanti aku pukul nanti". "Kan aku dah kata, bla...bla...aku....bla..." sambil pengang rotan kecil tu dok membebel anak dia suruh tidur. Sampai budak tu menangis la, lagi la mak dia marah. Ya Allah, macam nak kata je, kakak, "bukan macam tu cara nak mendidik anak". Mana boleh pukul, budak tu baru 2 tahun, Rasululluh s.a.w pun dah ajarkan kalau nak pukul bila dah berumur 10 tahun. Bila bercakap dengan anak, bahasa pun kena jaga. Saya dah boleh agak bahasa dia gunakan dekat anak dia sebab anak dia yang kecik tu  boleh balas balik perkataan bodoh dekat mak dia tu. Ehm...kecik-kecik dah di didik macam ni. Dengan mak yang berambut merah, patutla budak-budak sekarang bebal. Didikan tak sempurna dari kecil. Tetiba jadi pakar kanak-kanak pulak kan. 

Saya ni bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ni, tapi ilmu yang saya pelajari masa diploma dulu cukup untuk saya bayangkan macam mana keadaan budak tu bila besar nanti. Tak boleh salahkan sesiapa, sebab kalau dah tengok keadaan nurture dan nature dia di besarkan. Ehm...setiap orang berbeza bukan. Tapi kan, bila saya dok bersembang dengan kakak tu, saya rasa dia ada juga sisi baiknya. Tak la teruk seperti anggapan saya mula-mula tadi. Cuma mungkin dia kurang pengetahuan, tak cukup ilmu dan tak pernah tahu dan sewaktu dengannya. Bukan dia tak sayang anak dia tu, cuma cara dia mendidik tu sahaja tak beberapa sesuai. 

Semalaman perjalan saya balik ke rumah membuatkan saya rasa sangat bersyukur sebab saya di lahirkan dalam keluarga saya sekarang. Bukan semua manusia bertuah di lahirkan sebagai islam, bukan semua orang walaupun dah di lahirkan sebagai Islam tapi tak mengamalkannya, dan bukan semua yang dah dalam Islam bernasib baik untuk terus kekal mengamalkan cara hidup Islam. Dan saya bersyukur sangat sebab Allah masih memilih kami sekeluarga untuk di beri hidayahnya.  

Ehm...apa yang baik di jadikan pengajaran, yang buruk ambil jadi tauladan ya. Mudah untuk buat anak, tapi nak mendidik anak untuk jadi baik sukar kalau tak kena gaya. Jadi, sebelum nak ada anak kena la ada ilmu keibubapaan okey. Tetiba saya rasa macam pakar keibupaan pulak. Bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar nak berkongsi pengalaman saya semalam dalam perjalanan saya nak balik rumah. 

Sekian. Wassalam.

Saturday, December 25, 2010

Coretan di KLCBF@PBKKKL

Assalamualaikum semua,
tadi pagi saya berkesempatan berkunjung ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur kat PWTC. Pesta buku kali ni macam tak meriah sangat, gerai-gerai yang ada pun tak best macam tahun-tahun lepas, dan booth semua semestinya menjual buku-buku yang berkaitan kanak-kanak la. Orang pun tak ramai walau cuti sekolah. Ada sorang penulis buku kat JS ni cakap, kuasa membeli di tangan ibu bapa. Kalau dah ibu bapa tak bawak, tak kan kanak-kanak tu nak datang sendiri kot. Betul-betul.....Saya rasa gerai paling Gempak dan meriah tadi adalah booth PTS. Best giler buku-buku dia, ada potongan dan booth dia besar. Kelainan pesta tahun ni sebab ada pameran dari Petrosains kot walau tak banyak mana bahan pameran yang di bawa. Semuanya yang biasa-biasa yang saya dah tengok.

Masa kat pintu masuk, saya dah pesan kat Iffa, nanti kat dalam kalau ada orang tanya, cakap yang kita ni Cikgu. Bukanya apa, mesti orang-orang yang kat booth tu akan tanya kita ni siapa sebab dah pi Pesta Buku Kanak-Kanak. Saya dah ada pengalaman ni masa tahun-tahun lepas. Seperti yang di jangka, ketika saya tengah belek-belek barang kat satu booth ni, tukang jaga booth ni tanya saya "Cikgu ke? Cikgu tadika ke cikgu sekolah? Hehehe...saya senyum dan cakap "Lebih kurang la" Pastu dia tanya, "Mengajar apa" Saya cakap la kaunseling. Pastu dia cakap" Owh...BBM la ni..." Oh ya...BBM tu apa eh? :) Dia sambung lagi " Cikgu kat sekolah rendah mana?" Hehehe...mentang-mentang la saya ni kecik, dia ingat saya mengajar kat sekolah rendah ke? Huhuhu...sedih tau. Tapi tak pa. Maintain cool je la. "Saya cakap la, saya ni belajar dan belum habis lagi"

Friday, December 24, 2010

TAzkirAh Jumaat : Semoga Terus Tabah

Allah mencipta kita maka Dia mengetahui apa yang sesuai dengan hambanya dan yakinlah pada diri kita, 
maka kita akan mampu melakukan apa sahaja yang kita inginkan dengan izin Allah. 

Sesungguhnya kejayaan itu adalah rahsia Allah yang tersembunyi agar kita tidak berputus asa. 
Maka jadikan ia sebagai pemangkin kepada kita untuk mencapai kejayaan. 

“Apabila seseorang itu tidak diberi pertolongan oleh Allah, maka perkara pertama yang menghancurkannya adalah usahanya” 

Tuesday, November 9, 2010

Adakah "beliau"?????

myMetro | 2 drebar teksi Pakistan ditahan


KUALA LUMPUR: Dua warga Pakistan dikesan menjadi pemandu teksi dengan menyasarkan lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong terutama di Jalan Ampang dan Jalan Pinang untuk mengambil penumpang.
Malah, pemandu teksi berusia 30-an itu dipercayai menjadikan malam hujung minggu sebagai waktu operasi.

Sebelum ini, ada aduan diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mendakwa dikenakan caj tambang teksi mencecah RM150 bagi perjalanan sehala dari Hentian Puduraya ke Bukit Bintang.

Aktiviti kedua-dua lelaki warga asing terbabit tidak bertahan lama apabila ditahan hasil intipan dan penyamaran anggota serta pegawai dari unit khas JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikenali Unit Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), Jumaat lalu bersama lima lagi pemandu teksi warga tempatan.

Petikan akhbar Metro

Adakah teksi beliau yg kami naik hari tu??? Ehm...hari rabu lepas, saya bersama Ruham & Sa'idah naik 1 teksi ni. Sungguh menakutkan betul teksi ni sebab pemandu dia foreigner. Tak pasti org mana tapi rasanya org Pakistan kot. Lagipun muka dia agak menggerunkan mcm muka mamak yg kt cafe HS tu. Huhuhu....

Kami naik teksi ni dr simpang depan KAED sebab baru balik dr pasar mlm. Dr jauh sy dh nmpk kepelikan teksi ni sebab teksi ni bergerak perlahan depan perhentian bas yg tak jauh dr simpang yg kami tunggu tu la. Saya dh rasa tak sedap hati. Pastu, bila Farah tahan teksi ni, kami semua terkejut tengok pemandu tu. Kami terpaksa naik gk la sebab Ruham tak sihat lagipun dh tertahan teksi tu pun.

Bila kami naik, pemandu tu tanya, "Nak pergi mana? KLCC??" gaya dia cakap mcm mat bangla ckp Melayu. Kami dh naik pun, tak kan nk turun plak. Nasib dlm teksi dia tak ckp byk. Saya pandang je dia, dlm ati tak tahu nk buat apa. Tak teringat langsung nk tengok dia punya ID kat depan teksi tu ke, nk amik no teksi ke, mmg blank tak tahu nk buat apa. Saya pelik, mcm mana boleh plak mamat Pakistan ni bwk teksi, mana dapat teksi, bleh ke dpt permit etc. Memikirkan kami naik dlm UIA dan naik bertiga pula, Insyaallah tak sempat nk jd apa-apa kot. Huhuhu...

Alhamdulillah, selamat sampai kat Marhalah Nusaibah. Dah selesai bayar teksi, kami pun turun. Tetiba Saidah kata "Kak, pemandu teksi tu dr td asyik pandang Kak je. Tadi nk turun pun pandang, masa nak naik td pun dia pandang akak je !!!" 

What???? 

Patut le sy rasa semacam je. Sungguh menakutkan...lepas ni klu nak naik teksi, kena berhati2 la. Bukan sembarang je boleh naik, terutama klu naik sorg. 



Tuesday, September 28, 2010

Mencari Hati

Assalamualaikum semua,

Kata Imam Al-Ghazali:
"Carilah hatimu pada tiga tempat.
Carilah sewaktu membaca al-Quran
Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak ketemui juga, berdoalah kepada Allah,
PINTA HATI YANG BARU...
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."


Tepuk dada tanya hati. Adakah kita masih ada hati?
Bagaimana kedaan hati kita?
Adakah hati kita dalam keadaan KERING, SAKIT atau MATI???


Sesungguhnya kalau HATI dah KERING, masih lagi kita boleh siram dan bajai hati tersebut.
Kalau HATI dah SAKIT, kita masih sempat untuk mengubatinya.
TAPI, kalau HATI dah MATI, bagaimana nak hidupkan balik, sebab mustahil untuk hidupkan sesuatu yg dah mati bukan?


Marilah sama-sama kita menjaga HATI agar sentiasa HIDUP dan BASAH.


BAGAIMANA????


1) dengan membaca Al-Quran
2) sentiasa mengingati mati
3) zikrullah
4) berbuat baik (amar maaruf, nahi mungkar)
5) etc.
Sabda Rasulullah saw..

"dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu,
baiklah seluruh anggota badan, jika jahat, jahatlah seluruh anggota
badan...ketahuilah, daging itu adalah HATI..."
p/s:  tengah mencari mood, bercerita pasal hati. Hari ini nak kena bentang tajuk "Penyakit hati dan penawarnya". Huhuhu...satu tajuk yg menarik, tapi cuak juga la nak bentang. Kepada pasangan saya, Miss Ann, GOOD LUCK.

Monday, May 31, 2010

Di mana kesopananmu???


Assalamualaikum semua,
mahu bercerita kisah yang berlaku tengah hari tadi kat kafe. Nama kefe di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Hehehe...
Tadi, masa ke kafe nak bayar harga makanan, kak yang jaga kaunter tu mengadu. Dia kata dia bengang dengan seorang budak perempuan ni. Budak perempuan ni kurang ajar dengan dia. Kisahnya, kakak ni bagi RM1 dahulu sebagai baki  sebab tak ada duit kecil dan harga makanan yg dia beli RM3.20. Dia marah-marah kata tak kan duit sepuluh pun tak ada tukar. Akak tu kata tak ada, siap tunjuk bekas duit tu lagi. Akak tu cakap la, hari ni semua orang bagi RM 10, duit kecil memang tak ada tukar la.
Yang akak tu marah sangat tu sebab dia tak hormat akak tu. Cakap suka hati dia ja. Kakak tu kata, hormat la dia sebagai yang tua. Akak tu siap sound lagi, kamu ni budak university, ada agama, orang yang sembahyang, tak kan cakap macam ni. hah, amik kau berlagak sangat. Kisah selanjutnya, saya tak tahu la sebab sampai situ je akak kafe tu cerita. Lagipun, kakak tu sungguh bersemangat cerita dia tak puas hati dengan budak perempuan tu.
Ehm…kakak kafe tu memang terasa kot ngan budak perempuan ni. Kalau tak, dia tak akan cerita kat saya. Mana pernah dia merungut pun sebelum ni. Alahai, malu tau sebagai budak university berperangai mcm tu. Bukannya tak tahu, bukannya tak biasa, bukannya tak faham, kalau memang dah tak ada duit baki, tak kan la kakak kafe tu tak mau bagi plak. Pikir le sikit.
Oh ya, kakak kafe tu siap kata lagi, moga budak perempuan tu akan dapat balasan sebab dia buat kakak macam ni. ishk…ishk….kak kafe ni memang terasa giler kot ngan budak perempuan tu. Nasib kamu la, sapa suruh kurang ajar sangat.
Kita, hidup ni kena la hormat orang lain. Tak kira la sapa pun, walaupun dia hanya tukang sapu sampah, cuci longakang, jaga kaunter, apa-apa pun kerja dia.  Dia pun manusia gak yang ada hati dan perasaan bukan. Kita yang terpelajar ni kena la hormatkan orang lain dulu, baru la orang lain akan hormatkan kita.
Ingat : BUdi Bahasa Budaya kiTa. 
Untuk peringantan semua dan buat diri saya juga:
BUat apa kita nak sombong tak bertempat, buat apa kita nak marah orang tak bersebab, buat apa kita nak hina dan maki orang sesuka hati, buat apa kita nak merungut atas sesuatu yang tak pasti. 
Setiap yang kita ada dan punya, hanya milik Allah. Buat apa nak sombong, buat apa nak bangga diri, buat apa nak berlagak sebab
di sisi Allah, yang membezakan seorang hamba itu adalah AMAL & TAQWA.
RENUNG-RENUNGKAN. MOGA PEROLEH MANFAAT.
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujurat:13)