Kisah 1
Cikgu: Kamu solat tak?
Murid 1: Solat cikgu. Tapi, subuh saya jarang solat.
Cikgu: Kenapa tak solat subuh ?
Murid 1: Susah la cikgu. Saya nak solat, tapi tak ada tempat. Tempat yang saya selalu solat tu jadi tempat adik saya tidur. Dia kan tak bagun lagi, macam mana saya nak solat.
Cikgu: Tak ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 1: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil je.
Cikgu: Memang tak ada ruang langsung ke dalam rumah kamu?
Murid 1: Tak ada cikgu.
Cikgu: Habis tu kamu tidur kat mana?
Murid 1: Saya tidur atas katil, adik saya tidur bawah.
Cikgu: Kamu boleh solat atas katil.
Murid 1: Boleh ke cikgu?
Cikgu: Boleh. Asalkan tempat tu bersih.
Kisah 2
Cikgu: Kamu solat tak kat rumah?
Murid 2: Kadang-kadang je cikgu.
Cikgu: Kenapa kadang-kadang?
Murid 2: Tak ada tempat nak solat kat rumah, cikgu. Kalau ada pun, depan tu ada sampah.
Cikgu: Tak ada tempat lain ke dalam rumah kamu yang boleh jadi tempat solat?
Murid 2: Tak ada cikgu. Rumah saya kecil ja, tak ada ruang kosong pun.
Macam mana la hati tak menangis, macam mana la hati nak senang, macam mana la hati nak terima keadaan ni. Mungkin sebelum ni tak pernah terlintas di akal fikiran akan kejadian macam ni. Tapi, saya dah jumpa di alam realiti. Sedih, hiba, simpati, terkejut dan pelbagai rasa terdetik dalam hati.
Ya Allah…diluar sana masih ramai yang mahu meyembahMu, tapi mereka tak terdaya. Ujian mereka hanya ruang untuk solat. Kita bagiamana? Ya Allah, kau campakkanlah kekuatan buat mereka yang punya hati yang tulus untuk menyembahMu.
Di hari yang lain…
Cikgu: Bagaimana keadaan kamu hari ini?
Murid 2: Baik cikgu
Cikgu: Alhamdulillah. Bagaimana solat kamu?
Murid 2: Saya solat dekat surau sekarang cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. Ada surau dekat rumah kamu?
Murid 2: Ada. Surau tu depan rumah saya je.
Cikgu: Kamu pergi surau dengan siapa?
Murid 2: Saya pergi sorang la cikgu.
Cikgu: Alhamdulillah. (mau menitis air mata)
Kalau hati berkehendak, kalau hati mahu, walau macam mana susah, akan terus berusaha. Ya Allah, Kau tetapkanlah hati dia untuk terus terikat dan bergantung pada-Mu.
Masalah adalah dari Allah. Ujian juga dari Allah. Kepada siapa lagi kalau mahu kita meminta pertolongan, kepada siapa lagi mahu kita mengadu masalah, kepada siapa lagi mahu kita bergantung harap.
No comments:
Post a Comment