Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Tag dan diri saya

Assalamualaikum semua,

terima kasih di ucapkan kepada Farah sebab bagi award ni. Maaf ya Farah sebab baru nak menjawab tag ni. Syarat nak dapat award ni kena ceritakan serba sedikit tentang diri penerima sebanyak 7 benda. Ehm...banyak gak tu. Ini award nya.


Friday, August 20, 2010

Perutusan di pagi Jumaat

Assalamualaikum semua,

Salam hari Jumaat. Alhamdulillah, dah 10 hari kita berpuasa kn (kepada yg puasa cukup ye). Macam mana dah masuk hari ke-10 ni, masih rasa malas atau tak tahan nak teruskan puasa???? Jangan ada beza antara berpuasa dan tidak puasa. Jangan jadikan alasan kita tak dapat nak selesaikan kerja sebab kita berpuasa. Patutnya, bila dah berpuasa ni la kita kena lebih kuat dan bertenaga dari biasa. Betul tak??? 

Antara hikmah puasa adalah puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuatkan kita sihat, cergas dan bertenaga. Selain itu, puasa juga menghakis racun dan toksik yg ada dlm badan manusia. Jadi, apa alasan kita tak nak berpuasa kan????

Ok...di pgi Jumaat yg mulia ni, saya dapat email dr Yus Abd Halim. Sapalah gerangan org ini ya???Email itu memberitahu yg sy dapat award. Oh... Terima Kasih ya sebab bagi saya award. Ni lah rupa award tersebut. Yus design sendiri kot. Tengok ada cop nama blog dia lagi. 


Ok, bolehlah lepas ini anda semua ke blog beliau di: http://kesinambunganzaman.blogspot.com Blog dia best gak sebab macam-macam boleh di baca kat situ. Banyak info dan cerita. Kepada Yus, terima kasih sekali lagi sebab datang menjengah ke blog saya yg tak seberapa ni. Blog kamu pun menarik juga. 

Kepada semua yg singgah kat blog saya, terima kasih juga. Terima kasih sebab sudi membaca kisah saya, terima kasih sebab sedia mendengar bebelan saya, terima kasih sebab anda baca segala benda yg sy kongsikan kat sini. Sapalah saya tanpa anda semua. Hehehe...ayat tak bleh blah betul. 

Oh ya, kepada "kembar" saya, terima kasih gak. Sori ya, ada hutang cerita ngan kamu. Ingat tak???? Sangat tak ada masa nak tulis. Bila ada masa ja, keadaan plak tak mengizinkan. Tengok, ada je alasan yg sy nak bagi kan. Hehehehe. Sori sekali lagi, awk!!! Insyaallah, kalau di izinkan, nnt sy tulis ye cerita pasal tu walaupun dah basi :)  

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA.

Monday, May 31, 2010

Tak bertanding pun tapi dapat AWARD.....

Assalamualaikum semua,
blog saya dah dapat award. Saya wonder la apa fungsi award ni ya? Masa blogwalking, saya tengok banyak blog yang ada award. Award plak, macam-macam plak nama award ni. Award yang kelakar pun ada. Apa-apa je lah. Terima Kasih kepada cik Ann sebab bagi kat saya. Saya letak je lah ye. 

Terima Kasih Daun KEladi,
Lain kali bagilAh lAgi.

  
inilah rupa Award nya.

Regulations to receive this award:
  • Thank and link the person that gave you the award. - already link.
  • Pass this award onto 15 bloggers you're recently discovered and think are fantastic - perlukah? macam semua dah ada je award ni. huhuhu....
  • Contact the blogs and let them know they've won the award - klu tak wat bleh tak?
  • State 7 things about yourself:
  1. sayangkan keluarga
  2. anak perempuan tunggal
  3. suka tidur
  4. suka masak & suka makan
  5. seorang yang perahsia
  6. pendengar yang baik
  7. suka berangan
Saya tak tak tau nak bagi award ni kat sapa sebab kebanyakan blog yang saya suka baca dah ada pun award ni. So, just keep this award here. Sorry guys!!! Oh Ya, kalau ada sapa-sapa yang nak, bleh roger kat c-box saya. Sekian, terima kasih.