Showing posts with label Addin. Show all posts
Showing posts with label Addin. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Tazkirah Jumaat: Pesona Dunia

Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala

Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman

Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan

Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari

Sedangkan ia kan ditinggal pergi

Apalah gunanya harta di sisi

Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini

Bekalan terhenti mudah dicari

Bagaimana pula di sana nanti

Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa

Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia

Belum tentu membantu kita

Menjadi bebanan dan menyusahkan

Allah berfirman didalam Al-Qur'an, surat Al-Hadid ayat ke-20 bermaksud:

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

Friday, March 4, 2011

Tazkirah Jumaat: Nafsu

 Assalamualaikum semua,

Kalau orang panggil kita maka kita akan berpaling kepadanya, itu
kira moleklah tanda kita tak sombong. Bukan berpaling daripadanya.
Tapi kita jangan lah sekali-kali(atau dua kali- dua kali) berpaling
daripada Allah swt. Begitu juga berpaling daripada Hukum-hukum-Nya.
Kalau keras juga nak berpaling. Eksen lah tu. Maka matilah agamanya.
Binasa tauhidnya dan musnah keikhlasan. Ini kesan-kesan yang buruk
ni. Lebih bahaya daripada merokok dan dadah.

Ada masanya, hati kita ni, padahal sudah mukmin pun, tapi tak tahu
mengapa dan bagaimana nak layan hawa nafsu.. Semuanya pakai yes
saja. Ok semacan( Selalu). Walhal(sama erti dengan padahal) semua
itu harus dilawan, ditentang, dimusuhi. Kita pun kata. Aiii payah
ni. Biasa-biasanya lah, yang lepas-lepas nafsu ni kita buat sebagai
kawan. Nafsu makan, nafsu tengok wanita cantik, nafsu terima rasuah,
nafsu tipu, nafsu malas solat, kan selalu datang dalam rumah hidup
kita. Siap dengan ahlan wa sahlan lagi.

Tak boleh jadi lah macam ni. Kalu kita rasa nak baiki diri, kalau
nak lah. Kalu tak nak pun tak apa sebab api neraka sudah bersedia
dengan permaidani merahnya..Sambung balik untuk baiki diri maka kita
kena berlatih untuk memerangi nafsu sehingga kita bebas daripada
cengkaman kejahatan dan pengaruh nafsu, kerana nafsu mengajak kepada
kejahatan. Berlatih maknanya macam biasalah , kalau kita nak mahir
bersukan, maka kita kena buat latihan. Latihan yang baik kena buat
selalu baru jadi mahir. Dan satu sifat yang perlu ada tak boleh
putus asa. Kena banyak sabar. Contohnya nafsu ajak kita ke tempat
maksiat, disko ke, dangdut ke, karaoke ke, apa-apalah. Maka kita
harus ada latihan untuk melawannya. Nafsupun bukan calang-calang,
dia bijak putar belik kita, antara putarbelik yang biasa kita dengar
dalam hati kita, alah.. bukan selalu sekali ni saja. Lepas tu kita
insaflah atau taubat. Jangan main-main dengan nafsu, kuat iman pun
boleh dikalahkannya, kenapa jadi macam tu…sebabnya dia duduk dalam
diri kita. Dan dia kenal siapa kita lebih daripada kita..lebih
kurang musuh dalam selimut lah. Ingat kan kawan rupanya musuh.

Apabila kita mampu menundukan nafsu, maka nafsu kita akan jadi baik,
kebaikan dalam kebaikan. Kita nak pergi tempat disko dia pula yang
halang kita. Dah insaf kata kan. Lega lah iman kita bila nafsu dan
jadi kawan baik. Sebab tu ada ayat Quran yang bermaksud : 
"Wahai jiwa tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu denagn punuh
reda dan diredai-Nya Maka masuklah kamau ke dalam golongan hamba-Ku
dana masuklah ke dalam syurga-Ku."
(al-Fajr :27-30)

Tuesday, February 15, 2011

Rinduku buat UMATKU

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Sesungguhnya, kitalah golongan yang Rasulullah rindu nak jumpa tu. Betapa bertuahnya kita menjadi Umat Nabi Muhammad. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W



Wednesday, November 10, 2010

Takdir

 
Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi

By: Opick Feat Melly Goeslaw


BERSAMA MUHASABAH:
 
tanda hati keras dan lalai-
sukar menangis, ketika melakukan dosa tidak merasakan ianya dosa, tidak segera istighfar ketika melakukan dosa, lupa hakikat mati dan gembira dengan nikmat dunia (plan utk kesenangan dunia melebihi kesenangan di akhirat), tidak merasakan manis iman ketika beribadah, tidak tamak dlm melakukakan ibadat, tidak dpt mnerima nasihat.

Tuesday, September 28, 2010

Mencari Hati

Assalamualaikum semua,

Kata Imam Al-Ghazali:
"Carilah hatimu pada tiga tempat.
Carilah sewaktu membaca al-Quran
Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak ketemui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak ketemui juga, berdoalah kepada Allah,
PINTA HATI YANG BARU...
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."


Tepuk dada tanya hati. Adakah kita masih ada hati?
Bagaimana kedaan hati kita?
Adakah hati kita dalam keadaan KERING, SAKIT atau MATI???


Sesungguhnya kalau HATI dah KERING, masih lagi kita boleh siram dan bajai hati tersebut.
Kalau HATI dah SAKIT, kita masih sempat untuk mengubatinya.
TAPI, kalau HATI dah MATI, bagaimana nak hidupkan balik, sebab mustahil untuk hidupkan sesuatu yg dah mati bukan?


Marilah sama-sama kita menjaga HATI agar sentiasa HIDUP dan BASAH.


BAGAIMANA????


1) dengan membaca Al-Quran
2) sentiasa mengingati mati
3) zikrullah
4) berbuat baik (amar maaruf, nahi mungkar)
5) etc.
Sabda Rasulullah saw..

"dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu,
baiklah seluruh anggota badan, jika jahat, jahatlah seluruh anggota
badan...ketahuilah, daging itu adalah HATI..."
p/s:  tengah mencari mood, bercerita pasal hati. Hari ini nak kena bentang tajuk "Penyakit hati dan penawarnya". Huhuhu...satu tajuk yg menarik, tapi cuak juga la nak bentang. Kepada pasangan saya, Miss Ann, GOOD LUCK.

Monday, August 30, 2010

Ramadhan 20


Assalamualaikum semua,
Salam Ramadhan. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari yg ke 20 kita berpuasa. Diam tak diam dah 20 hari kita berada dlm bulan Ramadhan ni kan . Dan kita dah pun melalui fasa 10 hari pertama iaitu mulanya rahmat,10 hari pertengahan fasa pengampunan, dan 10 hari terakhir fasa kemerdekaan api neraka. Masyaallah, kita dah hampir 10 hari terakhir dlm bulan mulia ni. Kita dah semakin hampir ke penghujung Ramadhan.
Macam mana persiapan kita memenuhi 10 mlm terakhir ni? Atau kita dok sibuk buat persiapan nak beraya. Dok fikir pasal baju raya, tudung raya, kuih raya, kasut raya, tiket raya dan segala kelengkapan nak beraya la. Adakah masa kita byk di habiskan mendengar lagu raya atau kita byk membaca Quran dan berzikir?
Di fasa yg terakhir ni, marilah sama-sama kita berkejar mendapatkan “SALE” yg Allah nak bagi. Tawaran hebat lagi lumayan iaitu Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Maksudnya, beribadah di mlm itu dgn penuh ketaatan, solat, membaca  Quran, zikir, dan do’a  bersamaan selama seribu bulan, pada bulan-bulan yg di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Seribu bulan itu bersamaan 83 tahun 4 bulan.
"Carilah Malam Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir"
– Hadith riwayat Bukhari dan Muslim –

"Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil
10 hari yang terakhir" – Hadith riwayat Bukhari –



Friday, July 23, 2010

Berbanggalah menjadi seorang Muslim

Assalamualaikum semua,

Tepuk dada tanya iman. Berbanggalah kita menjadi seorang Muslim. Jangan rasa sebab kita bergelar Muslim, kita tak dapat buat banyak perkara. Kita selalu rasa yang Islam tak membenarkan banyak perkara. Nak buat ni tak boleh, nak buat tu tak boleh. 

Kita tahu dalam Islam kita ada 5 hukum syarak iaitu wajib, harus, sunat, makhruh dan haram. Perkara yang wajib, harus, sunat dan makhruh kita boleh buat. Allah tak benarkan kita buat yg haram je. Jadi, kita boleh buat apa saja yang kita suka, janji perkara itu tak masuk dalam kategori yg telah di haramkan oleh syarak. Setiap yang Allah haramkan itu pasti ada hikmahnya, mesti ada sebabnya. Kalau dah Allah haramkan perkara itu, mesti ada perkara itu boleh memudaratkan kita.

Jangan gentar kalau kita di serang, jangan takut apabila kita di hentam. Cuba tengok saudara kita di Palestine, mereka terus perjuangkan tanah Suci umat Islam dengan penuh semangat sebab mereka tahu, kalau syahid, pasti syurga Allah menjadi tempat mereka. Walau kita jauh dari mereka, kita juga perlu berjuang. Berjuang mempertahankan Islam, walau di mana kita berada. 


Sesungguhnya, tiada agama yang terbaik selain Islam. 
Sila klik. Ada sesuatu yg menarik untuk di kongsi.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim" (Ali-'Imran :102)


Sekian, untuk tazkirah hari Jumaat. Wassalam.





Thursday, December 10, 2009

Advice to Those Who Are Not Praying Any Nawaafil Prayers

Question:
What is your advice to someone who has stopped praying the Sunnah prayers in the daytime and does not pray anything at night?


Answer: By Shaykh Muhammad 'Umar Baazmool, instructor at Umm Al-Quraa University in Makkah.

"There is nothing more outstanding as advice than the hadeeth of the Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam), when he said:

"The very first thing a servant will be asked about on the Day of Judgement is the prayer. If it is found to be deficient, then it will be said, 'Doesn't he have any optional prayers?' If it is found that he has optional prayers, then they will fill the void, and thus his prayers will be accepted, and the rest of his deeds will also be accepted." [1]

And the Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam) was asked about a dream that Ibn Umar had, so he (sallallaahu 'alayhe wa sallam) said: "What a good man 'Abdullaah ibn Umar is, so long as he prays at night." [2]

So then consistently praying the optional prayers, the most important of them being the Witr prayer and the (12) Sunnahs throughout the day and night, is from the most important of all affairs to the Muslim. This is because you, O Muslim, by way of them, compensate for the lapses found in your obligatory prayers.

And the Prophet (sallallaahu 'alayhi wa sallam) clarified in a hadeeth that a man may pray but he may only be credited with half of it, another may pray but only be credited with one third of it, and another may pray but only be credited with one fourth of it. [3] The meaning is that it often occurs that the people have shortcomings in their prayers, while it is obligatory to offer them, completing them perfectly. So have you actually offered all of your prayers completely and perfectly according to the Shari'ah?

So then you must take care to consistently offer optional prayers, you must take care to consistently offer the Witr prayer, you must take care to offer the other optional prayers consistently. It has been related that Imam Ahmad said about the one who does not consistently pray the Witr prayer, "He is an evil man, his witness is not to be accepted."

So how could a Muslim who has no work keeping him from his worship become lazy and then abandon these (optional) prayers. No doubt, he has caused himself to lose a great amount of good, and to miss an opportunity to obtain tremendous virtues, while being free to do them and try to keep consistency in offering them. I ask Allaah to excuse us and him, and to be gracious.

There is a hadeeth of the Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam): "May Allaah have Mercy on the one who offers four (rak'ahs) before 'Asr prayer." [4]

When you do not pray this prayer, four rak'ahs before the 'Asr prayer, you have prevented your own self from being included in those whom the Messenger (sallallaahu 'alayhe wa sallam) supplicated for, those who pray this prayer.

The Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam) said: "Whoever consistanly prays twelve rak'ahs throughout the day and night, a palace will be built for him in Paradise." [5]

When you abandon the rawaatib prayers, and you do not pray these twelve rak'ahs, you have deprived your own self from this virtue. Most of the optional prayers have great virtues attached to them, described by the Messenger (sallallaahu 'alayhi wa sallam). So then, O Muslim, how can you lose out, how can you not be concerned about it?

And Allaah knows best.

Footnotes:

[1] Collected by At-Tirmithee, Aboo Daawood, An-Nasaa'ee, and others, see Saheeh Al-Jaami'is-Sagheer wa Ziyaadah #2020.

[2] Saheeh Al-Bukhaaree #1122 (3/10 of Fat-hul-Baaree)

[3] Saheeh Sunan Abee Daawood #796

[4] Saheeh Sunan Abee Daawood #1270

[5] Saheeh Sunan Abee Daawood #1250

source: http://www.amarrazali.com/da-wah/

Friday, October 23, 2009

SURAH AL-MULK

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

“Ada satu surah didalam Al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafa’ati (memberi syafa’at ) kepada seseorang (pembacanya) itu, sehinggalah ianya diampunkan. Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi.”

Tentang surah Tabarak-al-ladhi ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadith, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-ladhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah diantara sembahyang Maghrib dan Isya dan Alif-Lam-Sajdah adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailat-ul-Qadar (malam ke27 Ramadhan, dibulan puasa dan bulan ke9 didalam kiraan Islam). Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar. Ini juga telah disebutkan didalam Mazahir.

Tarmidzi rahmat-Ullah ‘alaih meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

” Sekumpulan Sahabat telah mendirikan satu khemah distau tempat tanpa mengetahui bahawa disitu terdapat sebuah kubur. Dengan tiba-tiba, mereka-mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seorang sedang membaca surah Tabarak-al-ladhi. Merka pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w yang menerangkan kepada mereka bahawa surah ini akan menjaga mereka daripada azab Allah dan menjaminkan keselamatan.”

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif-Lam-Mim-Sajdah dan Tabarak-al-ladhi.

Khalid Ibn-e Ma’dan r.a. telah berkata bahawa ia pernah mendengar satu riwayat yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang pernah membaca surah Sajdah tetapi tidak pernah membaca surah yang lain-lain. Surah ini telah mengembangkan sayapnya diatas orang ini dan memohon kepada Allah, “Wahai Pemberi Rezekiku! orang ini kerapkali membaca daku. ” Dengan syafa’at dari surah ini diterima oleh Allah lalu diperintahkan supaya setiap dosa yang dimasukkan didalam kiraannya digantikan dengan pahala.

Khalid Ibn-e Ma’dan r.a. juga telah meriwayatkan bahawa , “surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya didalam kubur dan berkata, ‘Ya Allah ! jikalau aku ini berada didalam kitabMu, maka terimalah syaf’atku, jika tidak hilangkan lah sahaja daku ini daripada KitabMu ! Surah ini akan muncul didalam bentuk seekor burung,mengembangkan sayapnya keatas mayat itu dan menjaganya daripada siksaan kubur, Ia telah meriwayatkan semua sekali kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah Tabarak-al-ladhi ini. Ianya sendiri tidak akan pergi tidur sehingga lah ia membaca dua surah ini.

Ta’us rahmat-Ullah ‘alaih telah berkata . “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.


source: http://diriw.wordpress.com

Sunday, September 6, 2009

Surah Al-Qamar





[1]
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
[2]
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
[3]
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
[4]
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
[5]
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
[6]
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
[7]
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.
[8]
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
[9]
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
[10]
Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
[11]
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
[12]
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
[13]
Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
[14]
Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
[15]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
[16]
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
[17]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[18]
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
[19]
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; -
[20]
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
[21]
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[22]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[23]
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
[24]
Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan? Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat dan gila!
[25]
Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh.
[26]
Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.
[27]
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
[28]
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
[29]
(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
[30]
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[31]
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
[32]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[33]
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
[34]
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
[35]
Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
[36]
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
[37]
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[38]
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
[39]
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
[40]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
[41]
Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
[42]
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
[43]
Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
[44]
(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
[45]
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
[46]
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
[47]
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
[48]
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
[49]
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
[50]
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
[51]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
[52]
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
[53]
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
[54]
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
[55]
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini dah hari ke-8 kita semua berpuasa. Bagaimana ibadah kita? Ada buat tadarus tak hari ini? Al-quran dah habis berapa juzuk? ehm.....amalan baik apa yang kita buat hari ini? Ada tak kita bantu orang hari ini, atau kita memberi salam kepada orang yang kita jumpa, atau sekadar memberi senyuman ikhlas?

sekadar berkongsi:

"celaka dan rugi besar bagi orang yang di beri kesempatan hidup pada bulan Ramadhan, dan Ramadhan berlalu sementara dosa-dosanya belum diampuni" HR Bukhari

"....Sungguh rugi bagi orang yang diberikan kesempatan hidup pada bulan Ramadhan masih sempat bermain-main dan tertawa terbahak-bahak" (Hasan Basri)

Ramadhan adalah pesta ibadah. Alangkah ruginya kita kalau kita menganggap bulan ini seperti bulan-bulan lain. Ketahuilah, setiap amal ibadat kita akan di gandakan pahalanya. Keistimewaan yang tidak terdapat dalam bulan-bulan lain. Dan yang paling istimewanya adalah Malam Lailatul Qadar. Ayuh semua kita memburu malam yang Allah janjikan ganjaran dan kelebihan yang tidak sama dengan malam-malam lain. Malam yang sungguh istimewa.

Sunday, August 23, 2009

Keutaman Bulan Ramadhan...

Rasulullah SAW bersabda, "Kalau saja manusia tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan, pastilah mereka berharap Ramadhan itu selama satu tahun." (Thabrani, Ibnu Khuzaimah, dan Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, " Apabila datang bulan puasa, di buka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka." (Bukhari dan Muslim)

Rasullulah SAW juga bersabda, "Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan, para syaitan dan jin kafir akan di belenggu. Semua pintu neraka di tutup sehingga tidak ada satu pun yang tertutup. Lalu terdengar suara seruan, "Wahai pencari kebaikan, datanglah ! Wahai pencari kejahatan, kurangkanlah. Pada malam itu ada orang-orang yang dibebaskan dari neraka. Dan yang demikian itu terjadi pada setiap malam." (Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan penuh harap, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Dan barangsiapa yang solat malam pada bulan puasa, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (Bukhari dan Muslim)


Jadi, marilah sama-sama kita ambil kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk melipat-gandakan amalan-amalan kita. Banyakan amalan sunat. Walaupun kita sekadar senyum atau memberi salam kepada orang itu juga merupakan kebaikan. Apatah lagi kita membantu orang lain, dan memberi sedekah. Banyakan berdoa juga.
Wallahu a’lam

Monday, August 17, 2009

Ramadhan menghampiri....

Rasulullah saw dan para sahabat selalu berdoa
“Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan yang bermaksud Ya Allah berkatilah kami di bulan Rajab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.

Ramadhan semakin menghampiri. Lagi 3 hari. Insyallah.
Macam mana persediaaan kita? Puasa dah abis ganti ke? huhuhu
Moga Allah memberi kita kesempatan dan tubuh badan yang sihat untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ni dan masih punya kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun depan.

Allahumma BallighNa Ramadhan… Allahumma BallighNa Ramadhan… Allahumma BallighNa
Ramadhan...

Monday, July 20, 2009

Ingatkah anda pada Israk Mikraj????

Masih ingatkah sahabat pada tanggal 27 Rejab??? Tarikh keramat di mana pada tarikh inilah kita menerima satu anugerah tak ternilai yang tidak dianugerahkan pada umat yang lain. Beruntunglah kita semua umat Nabi Muhammad SAW. Pastinya ada di antara kita yang sedang mencantum-cantumakan kembali memori mencari apakah titik penting dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dan saya yakin ada yang sudah yakin dan puas dengan pemahamannya tentang peristiwa ini. Malangnya, ada juga segelintir dari kita yang langsung tidak mempunyai sebarang rekod memori dalam otaknya tentang tarikh tersebut.

Sahabat sekalian, peristiwa Israk Mikraj bukan sahaja dikurniakan Allah SWT buat Nabi Muhammad SAW untuk menghiburkan baginda yang pada ketika itu sedang bersedih atas kematian datuk dan isterinya, tetapi peristiwa ini tersirat satu hakikat pensyariatan solat yang diberi oleh Allah SWT secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW… Dan penerimaan 50 waktu solat sehari semalam, dengan nasihat Nabi Musa A.S, Nabi Muhammad SAW berjaya meringankan angka solat sehingga ke 5 waktu sehari semalam. Tampak senang dan ringkas ya.

Namun begitu, ketahuilah sahabat sekalain, 5 waktu kadarnya sama dengan 50 waktu… Sungguh dasyat hakikat solat ini rupanya. Tapi begitu ramai umat manusia yang meremehkan momentum solat ini. Dan lebih teruk lagi dengan sengaja mengabaikannya. Di manakah kemuliaan dan kepentingan solat itu? Mujur juga Nabi Muhammad SAW minta kurangkan, jika tidak, pastinya terlalu sedikit di antara kita yang solat bahkan lebih teruk, tidak ada langsung mengerjakannya. Na’udzubillahi mindzalik.

Sahabat yang dihormati, pensyariatan solat ini sangatlah mulia, diberikan oleh Yang Maha Mulia kepada insan yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Tapi, apakah kita telah memuliakan ibadah ini sepenuhnya? Dimanakah kedudukan solat di hati kita? Muhasabahlah kembali bagaimanakah layanan kita terhadap ibadah solat ini. Bersamalah kita menyegarkan kembali ibadah solat kita yang kian lesu. Sempena Israk Mikraj ini, marilah kita mengambil dan memetik hikmah dari peristiwa ini.

“Maha Suci Allah, yang telah memperkenalkan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Al-Israa’ : 1)

Kredit to: Risalah Al-Fahmu atas artikel ini.

Friday, July 17, 2009

siapakah kita ya?

Assalamualaikum,

siapakah kita ya?
mungkin selepas membaca artikel di bawah ini, kita akan tahu siapa kita. Hanya diri sendiri mengetahui siapa diri sendiri. Takutkan bila kita ada sikap-sikap mazmumah tanpa kita sedarinya. Tapi tak terlambat lagi untuk kita mengubahnya. InsyaAllah.

Mulakan!!!



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam.. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...
Moga peroleh manfaat bersama.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, June 18, 2009

Dari Anas bin Malik ra berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,

”Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepada-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga."
(HR. At-Tirmizy)