Masih ingatkah sahabat pada tanggal 27 Rejab??? Tarikh keramat di mana pada tarikh inilah kita menerima satu anugerah tak ternilai yang tidak dianugerahkan pada umat yang lain. Beruntunglah kita semua umat Nabi Muhammad SAW. Pastinya ada di antara kita yang sedang mencantum-cantumakan kembali memori mencari apakah titik penting dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dan saya yakin ada yang sudah yakin dan puas dengan pemahamannya tentang peristiwa ini. Malangnya, ada juga segelintir dari kita yang langsung tidak mempunyai sebarang rekod memori dalam otaknya tentang tarikh tersebut.
Sahabat sekalian, peristiwa Israk Mikraj bukan sahaja dikurniakan Allah SWT buat Nabi Muhammad SAW untuk menghiburkan baginda yang pada ketika itu sedang bersedih atas kematian datuk dan isterinya, tetapi peristiwa ini tersirat satu hakikat pensyariatan solat yang diberi oleh Allah SWT secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW… Dan penerimaan 50 waktu solat sehari semalam, dengan nasihat Nabi Musa A.S, Nabi Muhammad SAW berjaya meringankan angka solat sehingga ke 5 waktu sehari semalam. Tampak senang dan ringkas ya.
Namun begitu, ketahuilah sahabat sekalain, 5 waktu kadarnya sama dengan 50 waktu… Sungguh dasyat hakikat solat ini rupanya. Tapi begitu ramai umat manusia yang meremehkan momentum solat ini. Dan lebih teruk lagi dengan sengaja mengabaikannya. Di manakah kemuliaan dan kepentingan solat itu? Mujur juga Nabi Muhammad SAW minta kurangkan, jika tidak, pastinya terlalu sedikit di antara kita yang solat bahkan lebih teruk, tidak ada langsung mengerjakannya. Na’udzubillahi mindzalik.
Sahabat yang dihormati, pensyariatan solat ini sangatlah mulia, diberikan oleh Yang Maha Mulia kepada insan yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Tapi, apakah kita telah memuliakan ibadah ini sepenuhnya? Dimanakah kedudukan solat di hati kita? Muhasabahlah kembali bagaimanakah layanan kita terhadap ibadah solat ini. Bersamalah kita menyegarkan kembali ibadah solat kita yang kian lesu. Sempena Israk Mikraj ini, marilah kita mengambil dan memetik hikmah dari peristiwa ini.
“Maha Suci Allah, yang telah memperkenalkan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Al-Israa’ : 1)
Kredit to: Risalah Al-Fahmu atas artikel ini.
No comments:
Post a Comment