Assalamualaikum...
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami sekeluarga pulang ke kampung. Seperti yang saya jangkakan, perjalanan yang memenatkan dan juga mengembirakan. Maklumla, dah lama saya tak balik kampung ni. Waaaaaaaaa...betapa ku rindu kampungku ini.
Kami bertolak malam Sabtu, lebih kurang 2 jam sampai la. Malam tu tidur kat rumah mak cik. Kalau pi umah mak cik ni memang best sebab dia masak sedap. Malam tu saya dah simpan perut awal-awal, tak nak makan apa-apa sebab nak makan kat umah dia la. Memang heaven la dia masak. Walau lauk ringkas je, tapi sedap. Sedap sebab ada sambal petai dan bilis. Hahahaha...tu feveret tu. Pas makan nasi, dia jamu pulak buah rambutan, buah durian, etc, memang tak larat nak makan la. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.
Esoknya, bermula la perjalanan kami ke rumah sedara yang lain. Sekarang kan musim buah, pi semua rumah, semua jamu buah durian dan rambutan. Buah lain tak dak lagi, baru dok berbunga dan tak masak lagi. Siap ada pulut durian lagi. Memang tak larat nak makan la. Durian dah la fresh, sedap sangat. Alhamdulillah, rezeki lagi. Sambutan terhadap kami, tak usah cerita la. Layanan 1st class la. Macam yang saya kata la, orang-orang Kedah ni, kalau bab2 layan tetamu memang baik. Mereka ni sangat-sangat la memuliakan tetamu. Apa yang ada semua bawa keluar la, punya la nak menjamu para tetamu. Terharu beb !!!!
Makan tengah hari, ada masak lemak ayam dan rebung. Heaven. Sedap tak terkata. Alhamdulillah, rezeki lagi. Kesian perut kami, aritu macam2 dah sumbat masuk. Ye la, pi semua rumah pakat dok menjamu. Memang tak larat nak makan la. Tapi saya makan secara sederhana ja. Rasa je, bukan makan. Hehehehe...bleh plak cam tu.
Ok, kami zuhur kat umah pak Teh Kob, dia jamu nasi, pulut durian etc. Makan lagi. Tapi, durian dia memang best. Ramai yang suka durian dia sebab sedap. Kalau dia jual, ramai yang beli sebab terkenal dengan kesedapan durian dia tu. Hebat pak cik saya ni. Huhuhu.....Pas kami makan, solat dan rehat, dia ajak kami pi dusun dia. Wa....best tu. Apalagi, suka la kami ni. Dasyat la dusun sekarang, bukan macam dulu-dula dah. Sekarang dah ada jalan tar tau. Percaya tak? Betul la....(tengok gambar kalau tak caya) Ehm...kat dusun tu, kami sempat la kutip beberapa biji durian. Petang dah tak banyak la, kalau mai pagi2 mesti banyak sebab durian luruh waktu malam. Tapi, kira ok la tu. Ada gak buah cempedak yang belum masak, buah langsat yang dok berbunga dan tak kuning lagi, buah petai pun tak nampak buah lagi. Biasanya, dalam bulan 7 atau 8 baru musim langsat, manggis, etc. Pendek kata, kat dusun ari tu best giler. Ada sungai tau, tapi air dah macam teh ais. Kalau jernih, boleh mandi kan. Masa jalan2 dalam dusun, kena kiss ngan pacat. Hehehehe...ceh berani dia kiss aku.
Kami jalan-jalan ziarah sedara mara ni sampai malam gak la. Bukan senang ooo nak atur semua rumah. Tu pun banyak lagi umah tak pi. Kalau pi, alamatnya pecah perut la. Menjamu sakan kat kami ni. Nak buat macam mana kan, adik-berdik abah ni ramai. Sebenarnya, atuk ngan nenek dah tak ada. Jadi, tinggal adik beradik abah ja la. So, setiap umah wajib pi, kalau tak pi tak leh la. Sedih dorang nanti.
Lebih kurang 10 buah rumah la kami ziarah aritu. Alhamdulillah la. Insyallah, nanti balik kampung lagi. Menziarah umah yang tak sempat pergi. Saya suka sangat balik kampung sebab kami ada banyak umah yang boleh pi.Semua dah la baik-baik. Terasa ukhwah tu indah sangat.
Seperti yang saya bagi tahu dalam N3 sebelum ni, kami balik kampung ni sebab nak bawa kakak iparku ni melawat kampung. Dia hepi balik kampung ni. Dapat tengok pokok, dapat jejak tanah, tengok sawah padi, sunset yang sangat cantik, Subhanallah, pendek kata akak saya tu dapat tengok semua benda secara real and live. Hehehe..kelakar gak la. Kemucup yang lekat kat kain dia, dia kata kena duri. Hahaha...akak...akak...
Kesian gak kat akak ni sebab tak beberapa nak faham dialek yang sedara kami gunakan. Sebab dorang ni cakap cepat dan dialek dia pun lain. Susah gak nak paham. Tak pe akak, kho...kho la ye.( perhatian, kho..kho.. tu maksud dia perlahanan; slowly) Hehehe...bahasa ulu ni. Satu pengalaman yang indah untuk akak ye. Maklumla, kat Singapore tu mana ada pokok, nak jejak tanah pun amatlah susah. Umah flat je semua, ari-ari kena naik lif. so akak, enjoy your life here ok !!!
Nak cerita sikit la pasal amalan ziarah menziarahi ni.
Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” (Surah Al Hujuraat ayat 10.)
Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.
Dan sebagai tuan rumah, kita perlulah mengetahui adab-adab layanan terhadap tetamu. Kita disarankan untuk menjamu para tetamu sekadar yang kita mampu.
Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
Apa yang saya tengok, amalan ziarah ni dah semakin berkurang. Kalau ada pun masa hari raya, tu pun anak-anak ni tak ikut. Mak ayah je yang pi. Macam mana nak kenal saudara ni. Kalau mak ayah tu meninggal, kita dah tak kenal la saudara-saudara yang lain. Kalau jumpa tepi jalan pun, tak tegur sebab tak tau pun tu sedara kita. Ehm...Alhamdulillah, Mak dan ayah saya ni suka sangat menziarah sedara-mara. Kalau ada yang sakit, cepat-cepat dorang pi lawat. Kenduri pun rajin pi, sebab tu ramai sedara2 yang kenal mak dan ayah berbanding adik-beradik mak yang lain. Saya pun, secara suka-rela-paksa...hehehehe...ikut teman mak dan ayah pi melawat sedara la. Sebab tu la kot saya lebih kenal semua sedara mara tak kira, sebelah mak dan ayah. Hehehe...advantage tu.
Rasanya, minggu saya ziarah-menziarah dan di ziarahi kot. Hujung minggu aritu balik menziarah di kampung. Hari isnin pula, kawan-kawan masa sekolah menengah datang umah. Maklumla, dah lama tak jumpa. Sempat gak la jamu dorang tu buah-buah yang di bawa balik dari kampung. Insyallah, kalau tak ada apa-apa, hari rabu ni, saya dan kawan-kawan nak pi melawat cikgu-cikgu kesayangan kami kat sekolah menengah dulu pula.
Jadi, jom la kita menghidupkan amalan ziarah ni sebab ia akan mengukuhkan ukhwah. Pi la ziarah sedara-mara, kawan-kawan lama ke, jiran sebelah rumah, jiran sebilik, jiran serumah, jiran satu blok, etc....
Macam biasa, ada la sket slide show gambar-gambar kat kampung aritu. Tengokla ye....
No comments:
Post a Comment