Sunday, July 4, 2010
Sila Beri Komen
Salam Petang Ahad....
petang-petang Ahad macam ni memang tak ada kerja. Sambil dok tengok Imam Muda, tangan ni gatai plak nak buat header blog. Dah lama nak buat header yg best, tapi tak ada masa dan mood lagi. Maka, hari ni, godek2 video toturial yg lama simpan dalam folder untuk lihat cara nak buat simple header blog. Macam mana header baru? Sila beri komen ya.
Senang saja nak buat sebenarnya. Dulu dah pernah belajar masa subject Instructional Technology, tapi ye la, dulu belajar main-main sebab tak rasa penting pun nak tau dan belajar. Tapi, sekarang...baru tau banyak manfaatnya. Tapi tak mengapa, kita Google dan Youtube je untuk belajar secara toturial. Senang kan sekarang? Klik aje dah dapat apa yg kita nak.
Saya buat header ni guna Adobe Photoshop je. Tool dalam Adobe sangat cool dan banyak lagi saya tak tahu aplikasinya. Ishk...ishk....sangat teruja untuk explore dan belajar. Tool yg ada sgt membantu. Kalau nak header kita cantik, kena pandai dan kreatif nak match color dan segala aplikasi tool dlm ni. Senang saja kalau kita tahu apa kegunaan setiap tool.
Meh nak share kat mana saya belajar. Boleh klik sini. Banyak lagi sebenarnya, bleh cari sendiri ye. Usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.
Sekian untuk hari ini. Terima Kasih. Wassalam.
Sunday, July 19, 2009
Yang Kita Mahu...
1:wajah yang cantik
2 duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak-anak yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan...
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
Kata Nabi SAW: “Siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat Zuhur tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”
Wednesday, August 20, 2008
Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13
info yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan.
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah,
shalat, berdzikir dan berdo'a.
Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkonsultasilah
pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah
senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',
"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin
Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula
akhlaqku). (hari Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat
Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang
lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur
dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan
Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah
makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,
dan air putih(susu)
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan
sapaan. Dengan demikian kita akan banyak
dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi
yang dah tahu atau panduan bagi yang baru
tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari
dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan
tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam kubur.
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam
kubur.
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-
kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam
kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang
Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam
kubur.
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr . A., Rasulullah S.
A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab
mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan
angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab
mengapa mereka mencipta cerita yang begitu
seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.