Sunday, July 10, 2011

Misi siapkan Kerja Sekolah

Assalamualaikum semua,


Selamat Hari Ahad walaupun dah lewat petang. Saya masih di UIA, menyiapkan kerja-kerja yang tak habis-habis berkaitan praktikal. Di kala orang lain dah bersuka ria dengan keluarga, saya masih bergelut menyiapkan kerja-kerja ni. Huhuhu...

Apa-apa pun,  Alhamdulillah presentation case dah selesai hari Isnin lepas. Sekarang hanya tinggal nak siapkan report setiap sesi dengan klien, proposal group counseling, lesson plan class guidance, school need assessment, jurnal dan case write up. Banyak tak kerja yang perlu saya buat? Huhuhu…ni la nasib jadi cikgu kaunseling, banyak dokumentasi kena buat. Jadi, jangan anggap mudah bila jadi cikgu kaunseling, tak adanya  kerja kami ni goyang kaki dan dengar masalah orang je. Kalau ada yang cakap macam tu, ni yang saya nak marah sangat. Huhuhu….


Setiap hari, sejak seminggu yang lalu, kerja saya adalah usung dokumen yang banyak tu ke hulu dan ke hilir mencari tempat untuk buat kerja, berat kot tambah dengan laptop lagi. Duduk dalam bilik memang tak siaplah kerja sebab ada katil yang “memanggil” di sebelah. Port saya adalah surau INSTED. Sekarang kan dah cuti, maka orang dah tak ramai dan bolehlah saya dan Ann “menyemakkan” surau ni macam kami yang punya.  Bila ada tempat yang best nak buat kerja, barulah ada semangat sikit. 

keadaan surau yang dilanda tsunami dengar kerja-kerja kami

Sebenarnya dah tak sabar nak balik rumah ni. Dah boring dok UIA. Makan hari-hari benda yang sama. Asal pi café je, lauk tu jugak sejak tiga hari berturut-turut. Mana larat kot nak makan yang sama ja. Sabar je la. Sekurang-kurangnya kena bersyukur sebab masih boleh makan, kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak ada makanan langsung nak makan. Huhuhu…okey cut the crab crap. Saya ni kalau cakap pasal makan memang emo sikit. Tu belum masuk bab tukang masak yang  masak tak best, tak bersih dll. Lain kali kita cerita pasal tu. Huhuhu…Tapi nak cakap juga pasal makanan. Saya dah rindu nak makan kari atau bahasa glamer dia gulai. Dah nama pun orang Penang, kari @ gulai memang tak dapat dipisahkan walaupun gulai bukanlah makanan feveret pun. Tapi gulai adalah makanan yang wajib dimakan dalam seminggu. Maka tengah hari tadi, dapat juga makan. Alhamdulillah.  

Nasi + gulai ikan + ayam goreng berempah + sayur kobis + papadom + limau ais.


makan sampai lincin pinggan. sedap juga gulai mamak ni masak  ^_^

Lepas dah kenyang makan, maka kenalah sambung buat kerja. Port biasa menjadi tujuan. Hari ini surau panas sikit sebab air-cond tak boleh nak on sebab cuti.  Tak ada air-cond pun tak pa sebab tempat ni dah best.


Okey, sebenarnya tengah banyak kerja ni, dah la nak kena hantar esok, tapi memandangkan otak tengah jam, tak tau nak tulis report macam mana, maka tulis la blog dulu. Ehm…kepala dah tepu ni sebab report klien kena buat dalam bahasa Melayu. Mencabar kot nak mereka ayat kaunseling dalam bahasa Melayu. Selama ni kan dah biasa dengan term English, tapi bila dah masuk sekolah, abis semua benda nak kena terjemah. Maka keluar la ayat kadang-kadang nak tergelak juga nak baca macam teroka masalah klien, klien celik akal, penjelajahan kendiri, dll. 

Bila buat report dalam bahasa Melayu, rasa betapa lemah dan teruk  penggunaan bahasa Melayu saya. Nama je orang Melayu, tapi nak bina ayat pun hampeh. Teruk betul. Maklumlah, dah lama tinggal bahasa Melayu. Dulu masa buat diploma belajar dalam English, bila masuk UIA pun belajar dalam English juga. Lagi yang membuatkan saya rasa teruk adalah bila dalam sesi, tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan klien. Mesti keluar juga term English yang dah terbiasa. Jenuh jugak nak fahamkan klien apa maksud kita. Kesian kat klien dapat cikgu kaunseling macam saya. Huhuhu…. 

Tu baru bab kaunseling, belum bab kena buat kertas kerja dan surat rasmi. Kalau kertas kerja, saya banyak guna Pak Cik Google je, ambil balik idea-idea yang telah dibuat oleh orang-orang lain sebelum ini. Kalau nak buat surat rasmi, terpaksa perah otak , guna ayat sendiri. Ada sekali tu kena buat memo. Hah, gelabah kot tak ingat dah nak buat macam mana. Apa lagi, Pak Cik Google je la. Bila hantar untuk pengesahan, kena gelak sebab memo tu dah macam surat rasmi sebab kami letak logo sekolah, patutnya tak perlu pun logo tu. Hehehe…mana cheq tau. 

Apa-apa pun, pengalaman praktikal ni banyak mengajar saya untuk perbaiki mutu bahasa Melayu. Mungkin sebab dah lama tinggal, sebab tu jadi macam tu. Lepas ni, kena banyak membuat bacaan tentang kaunseling dalam bahasa Melayu. Persediaan untuk masa depan jugak. Lepas ni, tak la terkena kejutan budaya bila jumpa term kaunseling yang telah dialih bahasa dll. Malu kot orang Melayu tak pandai bahasa ibunda sendiri. Pernah kena tau ada cikgu ni kata, "Macam mana jadi cikgu ni, tatabahasa banyak salah". aiyak...terkena kat batang hidung sendiri ^_^


Okeylah, sekian untuk hari ini. Jumpa lagi di lain hari.
Wassalam.

No comments: