Thursday, January 6, 2011

TAhun 2011...

Assalamualaikum semua,
dah beberapa hari melangkah ke tahun baru, tapi masih belum sempat nak up-date di blog. Alhamdulillah, hingga saat ini Allah masih lagi memberi kepada diri ini nikmat iman dan Islam dan Allah masih lagi tidak mengambil nyawa. Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah.

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru kali ini sangat berbeza. Allah memilih untuk "meraikan" dengan cara yang baik sekali. Berada di tempat yang baik dan bersama-sama dengan orang yang baik-baik juga. Melangkah ke detik 12 malam, perasaan rasa sayu sangat.  Di saat kami tunduk memuji Allah, terdengar detuman bunga api dan mercun yang gilang-gemilang terpancar dari KLCC yang berada tidak jauh. Terasa bala Allah yang bakal turun, terasa murka Allah bersama detuman yang sangat dasyat itu. Yang pasti akan ada maksiat yang bakal berlaku, akan ada orang yang berzina, akan lahir lagi bayi yang tak berdosa akibat kelalaian ibu bapanya, akan ada yang mabuk, akan ada orang yang alpa, akan ada...ya pelbagai maksiat dan keseronokan yang terjadi. Sungguh, itu yang saya rasa apabila mendengar dentuman bunga api malam tahun baru 2011. Kesian pada mereka yang Allah pilih untuk berada dalam keadaan begitu.

Sebenarnya, sedih juga la bila melihat anak-anak muda sekarang memilih untuk berseronok ketika menyambut tahun baru. Sambutan tahun baru ni bukannya wajib pun di sambut. Tengok, tahun baru Islam di sambut dengan membaca doa memohon keampunan untuk dosa yang di lakukan tahun lepas dan memohon doa untuk kebaikan untuk tahun yang baru. Sepatutnya, itu juga yang patut kita lakukan. Bukan di raikan dengan cara yang tah apa-apa tu. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka.

Berkongsi pengalaman rakan yang menyertai operasi pencegahan maksiat malam tahun baru. Tujuan operasi ini di adakan untuk membanteras gejala maksiat yang di lakukan pada malam tahun baru. Kata rakan saya ni, ramai yang berjaya di berkas. Pelbagai peringkat umur di tangkap dan pasti pelbagai karenah juga di hadapi. Rakan saya kata, nyawa pun jadi taruhan. Mereka akan buat apa saja untuk melarikan diri, dia sendiri hampir di langgar oleh kereta yang nak melepaskan diri dari di tangkap. Mereka yang di tangkap, nama mereka akan di rekod dan nanti akan di panggil ke sesi kaunseling. Persoalannya, cukupkah sekadar di beri sesi kaunseling? Berkesan ke? Wallahu a'lam.


Semoga kedatangan tahun 2011 menjadikan saya lebih matang dan lebih bertanggungjawab. Banyak perancangan untuk tahun ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya juga nak cepat-cepat habis belajar  sebab saya tak sabar nak memberi khidmat kepada orang yang memerlukan di luar sana. Insyaallah, tahun ni saya bakal pergi prkatikal kat sekolah. Risau juga la sebab dah lama meninggalkan bidang perguruan. Pelajar sekarang makin mencabar dan sukar nak di uruskan. Sudah pasti banyak cabaran yang bakal saya tempuhi. Apa-apa pun, semoga saya dapat buat dengar terbaik. 

Sekian, Wassalam.

No comments: