KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin tidak dapat bercuti sempena sambutan Aidilfitri jika keadaan keselamatan negara tidak mengizinkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pemberian cuti hari raya kepada anggota PDRM hanya bergantung kepada tahap keselamatan negara.
“Pada pandangan saya, keadaan sekarang tidak berapa baik. Oleh itu, anggota polis perlu bekerja dengan kuat lagi,” katanya.
(Hohoho…nak kerja dgn kuat mcm mana lagi Tan Sri??? Sekarang dah tak cukup kuat ke???)
Assalamualaikum semua,
Ini merupakan petikan akhbar Metro hari ini. Teruk sangat ke keadaan negara kita sekarang ni. Dah tak aman ke? Kesian anggota polis tak dapat nak beraya. Kesian kat anak dan isteri mereka sebab tak dapat sambut raya dengan suami dan ayah mereka. Tengok, betapa besarnya pengorbanan anggota polis. Tu pun masih ramai masyarakat yg tak puas hati dgn polis.
Bila gaji polis di naikan, ramai yang persoalkan. Padan la gaji ngan tugas polis yang tak pernah rehat tu. Kalau kita tengok balik, polis yg byk kerja dari anggota uniform lain. Kalau kemalangan berlaku, polis ada sebab kena jaga lalu-lintas, kalau kebakaran berlaku, polis pun ada, sebab nak kawal orang ramai kat tempat kejadian, kalau kes gaduh, kes ugut, kes kehilangan, semua tu kena report kat polis. Sampai, kalau suami isteri bergaduh pun nak report polis gak. Huhuhu….semua cari polis kan.
Tapi yang sedihnya, kalau polis buat salah sikit, satu Malaysia nak heboh, nak salahkan polis tu juga. Macam kes Allahyarham Amirul Rashid tu, kita tak tahu salah siapa, sebab kita tak ada pun kat tempat kejadian tu. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa polis tu lepaskan tembakan? Mungkin keadaan masa tu wajar dia lepaskan tembakan. Mana kita tahu.
Terdetik di hati ketika di waktu tengah malam dan awal pagi kegelapan di kala itu jualah mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan negara, menjaga keamanan kita semua yang ketika itu diulit mimpi-mimpi indah. Pernah tak kita fikir tu semua????
Bila ada anggota polis yang cedera atau meninggal masa bertugas, tak ada siapa pun yg bela. Tahu tak, anggota polis tak boleh ambil insurans diri sebab kerjaya polis mmg berisiko untuk berlaku perkara yg tak di ingini. Kalau kes begini, tak ada siapa pun nak peduli. Tapi kalau keluar cerita polis ambil rasuah ke, polis bunuh orang ke, cepat je semua org nak melenting. Ya, saya akui, ada polis yg baik dan ada polis yg tak baik. Macam tu juga dengan pekerjaan yg lain, ada yg baik dan ada juga yg tak baiknya. Jadi, jgn anggap semua polis jahat.
Apasal saya emo sangat bercerita pasal polis ni???
Sebabnya….abah saya seorang anggota polis. Dari kecil sampai dah besar ni saya tengok mcm mana kerja polis ni. Saya dah tengok macam mana seksanya tak dapat cuti walau cuti tu dah di sahkan. Saya dah tengok macam mana walaupun tengah bercuti dah berehat kat rumah, dapat call suruh kerja. Saya dah tengok mcm mana teruknya anggota polis kena buat rondaan tak kira siang atau malam sampai kadang-kadang solat pun boleh terlepas. Ingat senang ke jadi Polis ni. Sebab tu saya tak suka orang hina polis ok. Huhuhu.
Kalau abah saya tak dapat cuti, makanya tak dapat la kami nak balik kampung tahun ni. Sedih la mcm ni :(
Nak balik beraya kat kampung gak. Tan Sri Musa Hasan, tolonglah bagi abah saya cuti raya. Kesian kat kami nnt. Huhuhu.....
No comments:
Post a Comment