Saturday, October 24, 2009

Tentang CINTA....

Jangan kerana cinta kita gugur.
Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut dan cair.

Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

Kesetiaan akan mengikat cinta.
Kecurangan akan meranapkan cinta.

Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta dibajai dan disuburkan melalui kaedah-kaedah yang di restui, di berkati dan diredhai Allah.


Ehm...tetiba masuk topic cinta. Dalam beberapa hari ini, telinga saya ni asyik berkisar tentang kisah cinta je. Kisah sedih pasal cinta, kisah gembira, kisah cinta tak berbalas, kisah kecurangan kekasih dia, macam-macam lagi. Pening juga la kita yang dengar ni. Very complicated. Rasa macam unsolved je. Huhuhu.....

Kalau tanya saya, apa saya nak cakap. Ni soal hati dan perasaan. Saya pun tak ada pengalaman bab-bab mcm ni. Dengar boleh, tapi nak tolong, rasanya dorang kena pikir sendiri la. Huhuhu...tu la sapa suruh bercinta kan???? hehehe

Ok. Istilah cinta atau hubb dalam bahasa arab, atau love dalam bahasa inggeris adalah satu fitrah kurniaan Allah yang murni. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). -surah Ali Imran: 14)

Ayat ini menunjukkan bahawa perasaan suka, sayang dan cinta kepada manusia, harta dan kekayaan adalah fitrah semulajadi manusia. Namum fitrah memerlukan kepada panduan bagaimana untuk mengendalikannya. Sudah tentu sebaik-baik panduan adalah berpandukan Al-Quran Dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, cinta Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan panduan bagaimana untuk menyalurkan fitrah ini adalah sebaik-baik cinta.

Perasaan cinta adalah anugerah paling suci. Cinta itu harapan, cinta itu keindahan, cinta itu kekuatan dan cinta itu keajaiban. Tuhan menganugerahkan cinta sebagai wadah bagi manusia menjalinkan ukhwah dan menjalani kehidupan berlandaskkan syariat dan hukum, bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.

Kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta manusia.Dalam mencintai Allah, seseorang hamba tidak akan kecewa. Cinta Allah akan sentiasa terbalas, malah Allah s.w.t. memang sentiasa menunggu-nunggu hamba-Nya yang setia dengan menjanjikan syurga yang abadi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


credit: hasil dr bacaan buku Cinta IPT by Ust. Maszlee Malik & Ustz Hamidah Mat.

No comments: