Alhamdulillah, progran CONVEST pun dah selesai. Semuanya berjalan lancar walau ada gak la yang kurang. Biasa la tu, dah menjadi adatkan. Tak semua yang di harapkan akan sempurna segalanya.
Program kami ni bermula hari Jumaat sampai la Ahad. Bertempat di KAED Gallery, kami buka booth tuk jualan dan juga pameran gambar. Ada juga di letakan gambar untuk dijual. Selain dr itu, kami turut pamerkan gambar peserta photography competition.
Ehm...hari Jumaat lagi, semua committee member masih bekerja keras. Turun semua committee yang tak pernah kenal pun. Hehehe...majoritinya adalah Budak-budak KAED. Segan gak la ngan dorang, tapi dorang sangat cool and sporting. Bleh je masuk ngan kami ni budak-budak EDUCATION, yang beberapa kerat tersesat di kalangan budak-budak KAED tu.
Sepanjang pameran berlangsung, banyak benda yang saya belajar. Best tengok orang artistik ni bekerja. Sangat la cool. Then, jumpa ramai orang yang minat art. Paling tak sangka, awal-awal pagi ari Jumaat lagi, dah ada orang minat gambar yang kami jual tu. Pembeli tu kata, bila tengok gambar tu rasa nak tido sama. Huhuhu...
Dia berminat dengan haiwan berbulu. Sebab tu la dia nak beli gambar ni. Take a look
Ehm...paling saya suka adalah pameran gambar la. Dorang budak-budak KAED ni sangat la kreatif. Dorang arrange tempat tu jadi galeri yang sangat cantik. Saya tak tau la benda tu biasa bagi dorang tapi saya sangat teruja. Cantik sangat and i'm so impress. Pastu, dah la ramai yang datang melawat. Ada gak yang tumpang ambil gambar dalam tu. Take a look suasana dalam ruang pameran tu.
Sepanjang 3 hari bekerja di galeri tu, eceh tetiba ja, huhuhu, saya rasa orang art ni sangat cool. Saya sangat kagum dengan kurniaan dan bakat yang Allah bagi kat dorang. Dorang punya view and saya punya view sangat berbeza. Kalau saya tengok gambar, saya rasa biasa je. Tapi kalau budak-budak artistik ni, dorang boleh nampak cerita di sebalik gambar tu. Huhuhu...dasyat la. Saya kagum lagi.
Hari Sabtu, ada di buka khidmat studio gambar, ambil gambar pelajar-pelajar yang graduate. Committee sendiri yang ambil. Maklumlah, dorang ada kamera DSLR D90 yg canggih. Huhuhu...jeles tengok kamera dorang. Walau banyak gak photograper luar dan studio yang lebih canggih, tapi studio kami ni ada gak la orang yang datang. Ok la tu.
Hari Ahad lagi sibuk. Studio dah berpindah ke tempat yang lebih ramai orang. Saya and da geng just in-charge galeri gambar je. Dengar kata sampai nak patah pinggang gak la dorang amik gambar. Hehehehe....tahniah la. Korang memang best.
Pukul 5 ptg, ari Ahad tu di adakan penyampaian hadiah untuk pemenang photography , competition. Saya sangat risau sebenarnya. Bayangkan, prize giving pukul 5 ptg, tapi pemenang tak tahu lagi. Judge datang dalam kul 4 kot. Huhuhu dasyat tak dasyat la. Alhamdulillah la, judge tu datang walaupun pada mulanya dia terlupa. Terpaksa dia patah balik plak. Hehehe....ok. Settle bab pemenang. Kami invite EXCO dari sentral bagi hadiah. Actually idea ni adalah on the spot. Tak rancang pun. Mulanya nak pakai VIP dari prize giving Book Fair je, sebab dah bagitau dorang awal-awal lagi pastu tah la. Book Fair pun macam senyap je. Huhuhu...salah saya ke tak pi bincang awal-awal. But, pagi tu saya dah call PM Book Fair, tanya pasal prize giving ni. Dia kata OK ja. Dia kata dorang tak pakai pentas pun kul 5 nnt. Then, dia SMS plak kata, kita share pentas ptg tu sebab dorang pun nak bagi hadiah pada masa tu. I said OK.
Then petang tu, dalam kul 5, En. Mukhlis as VIP kami dah sampai. Dia nak bagi hadiah la. Huhuhu...VIP dah sampai, sedangakn kami ni dok kalut lagi. Nama pemenang tak tulis lagi, pastu adala beberapa perkara berbangkit. Then, out of blue, HEAD Program Coordinator central jadi kami punya MC. OH My God. Saya tak terkata apa la. Huhuhu...tapi dia nampak ok ja. Hehehe..dalam ati saya, Hanya Allah je yang tahu perasaan ni. But, petang tu sangat la cool. Hehehe....smooth je sebenarnya. Rasa macam berjaya gak la program petang tu. Walau....Huhuhu....
Dan pastu, everything is finish. Tamat la sudah event kami ni. Tapi...tetiba Afiq, our PM program cakap, central suruh kita buka lagi booth besok. Huhuhu...what????
no...penat dah ni. Tapi, dorang akan settle kan la. Lgipun dorang dah ada kat KAED tu. Hehehe....Alhamdulillah.
Overall, saya sangat gembira dapat jadi sebahagian dari committee photography competition ni. Banyak benda yang saya belajar dan saya jumpa. Saya belajar macam mana nak berinteraksi ngan orang, macam mana nak call orang, macam mana nak adapt situasi yang kita tak pernah jangka kita akan lalui. Sebelum program berlangsung, ada dalam 2 kali saya jadi wakil photo comp meeting ngan central, kena bentang progress and etc. Allah je tahu perasaan saya masa tu. Ketaq sungguh. Ye la, nak kena bentang tu depan semua Program manager dari program-program lain, pastu exco-exco dari central, dah la ramai orang, yang bukan calang-calang hebatnya. Tapi, alhamdulillah, i manage it. Tu pengalaman paling bermakna la. Dan sampai sekarang saya masih tak percaya saya dapat lakukanya. Hehehehe....
Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala kelancaran program tersebut.
3 comments:
Alhamdulillah, sudah slsai sgla'y.
Yeah, bdk2 KAED mmg t'sgt lah COOL.
Especially our .......
Be +ve, think +ve & blablabla
(+ve taw)...huhuhu
yeah....+ve thinking is gud but....depend on the situation la.
Exactly, stuju sgt.
Bkn smua bleh main redah je kan??
huhuhu
Post a Comment