Assalamualaikum semua,
Salam Hari Jumaat. Semoga penghulu segala hari ini membawa keberkatan kepada semua. Bila kita memulakan hari kita dengan berbuat perkara baik, Insyaallah sepanjang hari kita akan lalui dengan baik juga. Bila bagun pagi, cepat-cepat kita berniat nak melakukan kebaikan, berfikir positif dan jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah sebab kita masih hidup untuk hari itu. Niatlah hidup untuk hari itu kerana Allah.
Sebut pasal positif, kita memang perlu positif kepada semua benda yang berlaku. Kalau dalam bahasa Arab kita guna term husnu zhon, iaitu bersangka baik. Ehm, dua-dua mempunyai konsep yang sama bagi saya la. Bukan senang kan nak berfikir positif dalam semua benda. Walau apa pun benda yang buruk berlaku, kita kena tukar jadi nampak benda tu jadi baik. Susah ke senang? Ehm...fikir sendiri la.
Dalam konteks sebagai pelajar, banyak yang saya belajar untuk berfikir positif ni. Maklumla, saya kan belajar kaunseling, jadi kena la ada fikiran positif, baru boleh nak kaunseling orang lain.Apa pun yang berlaku, saya akan cari juga untuk positifkan benda tu. Contohnya saya tak suka dengan lecturer sebab cara dia mengajar tak best ke, dia tak pandai nak terang ke, jawapan yang dia bagi tak make sense bagi saya, dia suka nak provok orang ke, dia suka nak compare antara pelajar ke, dia bagi assigment banyak-banyak ke, dia suka buat lawak bodoh ke, dll saya akan cari juga apa yang positif tentang dia. Setiap orang ada kelemahan dia kan, jadi lecturer juga tak lagi dari melakukan kesilapan. Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni kan. Walaubagaimanapun, dia seorang guru, yang mendidik kita, yang sampaikan ilmu kepada kita, jadi kita kena hormat itu. Barulah dapat keberkatan dalam belajar, ilmu yang kita dapat pun akan berkat.
Saya pernah tanya mama saya, kalau kita tak puas hati atau tak suka dengan lecturer tu macam mana? Mama saya kata, pergi la cakap kat dia. Saya rasa macam tak proper kalau kita nak komplen pasal cikgu kita sendiri. Tapi, hati saya berperang antara nak cakap atau tak. Tambahan pula dia lebih tua dari kita. Walau tak suka macam mana pun kena terima juga kan, kena sabar dan cuba pupuk rasa suka tu. Kena cari apa yang baik tentang dia dan fikir positif je apa jua tindakan dia. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak puas hati. Abes nak buat macam mana, apa yang mampu saya buat? Takat tulis luahan perasaan dalam blog boleh la kot. Huhuhu.... Saya pernah jadi cikgu, dan saya faham bagaimana perasaan seorang guru. Kita memang nak yang terbaik untuk anak murid kita, jadi pada fikiran saya, apa benda yang lecturer saya bagi tu, baik atau buruk, bagi dia memang dah terbaik. Jadi, terimalah dengan hati yang terbuka.
Okey, hari ini marilah kita berfikiran positif dan cuba bersangka baik kepada semua orang dan apa jua yang berlaku dalam hidup kita. Bila kita berfikiran positif, hati kita pun akan senang dan tak beremosi terlebih. Bagus untuk kesihatan mental & fizikal ^_^
Sekian, Wassalam.
2 comments:
i like the third paragrph...yg part contoh tu..ngee~~ sound like someone...i wonder who is that person...hmmmmm...*thinking very hard*
hehehe...it's just an example. Do you feel it sound like someone? actually anyone okey. randomly I give example. not refer exactly the person OKEY ^_^
Post a Comment