Assalamualaikum semua,
Hari  ini saya pergi sekolah pukul 11 pagi sebab dah bagitau semalam kat  pengetua saya dan Ann jadi nak pergi untuk sesi petang. Maka, pagi tadi  seronok la sebab dapat tidur lebih dan Alhamdulillah dapat la rehat  lebih sikit sebab dah masuk lewat sekolah.walaubagaimanapun, bagun pagi  dengan tak ada perasaan nak pergi sekolah langsung. Serius, kenapa la  tak ada perasaan teruja walau sedikit. Saya tak tahu macam mana nak  hadapi lagi 26 hari yang mendatang kalau macam ni la hari-hari. Huhuhu… 
Sepanjang  pagi dari bagun pagi sampai la saat nak bergerak ke sekolah, dalam  kepala dok berfikir dan susun ayat macam mana nak bagitau kat ketua  kaunselor tu yang jadual kami nanti akan jadi pagi dan petang. Jadual  kami nanti akan jadi hari Isnin dan Rabu akan ke sesi pagi bermula jam  7.20 pagi – 1.15 tengah hari. Kemudian petang jam 2.00 – 5.00 petang  akan ke UIA untuk kelas Moral Teaching 1. Untuk jadual hari Rabu dan  Khamis masa kami akan bermula 7.20 pagi – 6.40 petang. Giler penat la  nanti. Tapi nak buat macam mana, terpaksa la berkorban macam ni. Susah  dulu, senang kemudian. 
Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana.
Macam-macam perasaan, gerun, cuak, berdebar tak tahu nak cakap kat ketua kaunselor tu macam mana. pasal jadual baru kami yang memeningkan ni. Saya bukannya apa, tak best la kan, kita dah pi praktikal tempat orang, lepas tu nak ikut jadual sendiri pulak. Ehm…dalam hati tak henti-henti berdoa. Segala ayat quran dan doa untuk lembut hati dah baca. Bila tengok je muka dia, terus tak jadi. Sebenarnya, masa kami sampai, semua kaunselor ada kat dewan sebab ada pameran dari IPT. Jadi, kami pun lepak kat sana juga la. Bila nampak je dia dalam dewan tadi, semangat berkobar-kobar yang dari rumah tadi terus menurun. Hati yang tadi dah besar, tiba-tiba jadi kecil. Tak tahu nak cakap macam mana.
Dari  pukul 11.15 sampai 12.30 juga la kami dok dalam dewan tu. Dalam jangka  masa tu, apa yang nak cakap belum terluah. Awat tak tau payah sungguh  nak cakap. Saya pandang Ann, Ann pandang saya, kemudian dua-dua  tersengih. Akhirnya, tercakap la juga bila dia dok berkemas-kemas nak  balik. Bila dah mula cakap, terus cerita perancangan kami ni.  Alhamdulillah, dia okey ja. Phew…akhirnya tercakap la juga. Dalam hati  rasa, awat la aku tak cakap awal-awal pasal ni. Hehehe...
Apa  yang saya belajar untuk hari ini? Ehm…mestilah pasal bagaimana nak  memberitahu benda yang penting tu. Ada orang sangat mudah untuk  berkata-kata. Dia rasa apa, terus dia cakap. Ada orang sangat  berhati-hati bila nak menyusun kata. Saya ni selalu suruh siapa-siapa  kalau tak puas hati apa, cakap je terus terang. Tapi, bila datang kat  diri sendiri, tak tahu pula nak meluahkan. Hari ini saya juga belajar  untuk lebih berani bersuara dan pertahankan apa kemahuan kita. Satu  kejayaan untuk diri sendiri ^_^
Ehm…sepanjang  hari di sekolah kami hanya merangka program dan jadual sepanjang  praktikal. Boring la juga sebab belum dapat klien. Tadi sempat juga la  berbual-bual dengan beberapa orang cikgu. Lagi satu masalah adalah, saya  ni tak cukup ramah. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi, tak  tahu macam mana nak tegur cikgu-cikgu kat situ. Tapi, kalau jumpa atau  selisih dengan cikgu-cikgu tu, saya senyum je la. Rasanya, sepanjang  praktikal kena belajar bagi ramah sikit kot. Lagipun, saya tengok  kaunselor kat situ semua macam ramah dan mesra dengan semua cikgu dan  pelajar. 
Oh  ya, hari ini keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar. Sedih dan  berdebar-debar nak tengok keputusan, tapi apa kan daya, masa tu masih  lagi ada di sekolah.  Balik sekolah ja, 6.30 tadi terus on laptop. Tapi,  line UIA pulak jam, tak boleh masuk web UIA. Takut dan berdebar makin  bertambah. Tak sabar-sabar nak tengok. Apa-apa pun, keputusan dah dapat.  Alhamdulillah, keputusan masih lagi boleh di bangga kan. Cuma macam  saya dah jangka, paper pertama saya mesti teruk sebab masa tu saya  kurang sihat. Masa jawab paper tu, saya memang macam dah give up, nak  jadi apa jadi la. Jawab sampai habis tapi sikit tak puas hati la. Sebab  saya rasa mampu buat lebih baik lagi masa tu, tapi saya tak cukup  semangat nak berjuang menjawab paper tu sehabis baik. Tak apa la, rezeki  setakat itu sahaja. Paper yang lain, Alhamdulillah okey. Terima kasih  kepada semua lecturer saya yang bagi markah yang banyak. Apa-apa pun,  cuba lagi semester depan dan kena lebih rajin berusaha ^_^
Sekian coretan untuk hari ini. Terima kasih kepada yang membaca ^_^ 
 
 
No comments:
Post a Comment