Assalamualaikum semua,
Hari ini cuaca sangat panas. Sampai ke petang panasnya. Dan hati saya turut panas. Panas sebab bengang dengan orang yang tak pedulikan orang lain. Dah la tengah panas terik lagi la bertambah panas sikit lagi je nak berasap. Alkisahnya, saya bengang dengan mak cik pemandu bas bernombor 321 di terminal putra tadi. Ada ke patut dia tak ambil penumpang. Kesian tau kami ni dah la tunggu lama, panas terik lagi, penat segala. Masa mak cik pemandu tu melenggang-lenggang lintas jalan pi kat bas, saya dah suka sebab bas mesti dah nak jalan kan. Pastu bila bas dah bergerak, semua budak-budak UIA ni dah siap-siap nak beratur nak naik. Tiba-tiba, boleh pulak dia jalan terus dan tak berhenti pun kat perhentian yang sepatutnya ambil penumpang. Bas tu jalan menonong je, tinggal asap kat kami. Masing-masing tak faham tindakan mak cik pemandu tu. Semua orang macam terkejut dan tak terkata apa. Ehm…masing-masing dah tarik muka bengang la sekali dengan foreigner-foreigner tu semua.
Dah jadi macam ni, kita nak cakap apa lagi. Nak bersangka-baik macam mana. Dah terang-terang dia memang tak ambil penumpang. Dalam otak saya ni dah ligat berfikir kemungkinan-kemungkinan kenapa dia tak mau ambil penumpang. Pertama sebab dia malas nk tekan tiket bas banyak-banyak sebab yang nak naik mesti ramai, jadi dia malas nak tunggu lama-lama, dia jalan je. tapi serius, tak make sense langsung kenapa dia tak berhenti ambil kami tadi. Dah memang kerja dia kot, pastu dah memang dia bawak bas bernombor 231 yang menghala ke UIA dan terminal putra sahaja. Kalau dia tak ambil kami, dia nak ambil sapa lagi. Okey, mungkin bas tu dia nak bawak pi perbaiki ke apa. Masalahnya sekarang, tunggu satu jam lepas tu baru bas yang lain datang. Rasanya bas yang mak cik tu bawak memang masuk UIA. Ehm, dah alang-alang pi UIA tu, ambil je la kami ni kan. Ishk…ishk…ishk… saya tak dapat terima tau bila dia tak ambil kami. Macam tak ada alasan yang logik. Sampai hati mak cik tu kan.
Kemudian saya teringat buku yang di baca dalam LRT tadi. Kisah Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya menawan kota Konstantinopel sebab dia sebaik-baik pemimpin, dia ada sebaik-baik tentera dan rakyat dia adalah sebaik-baik rakyat. Kalau nak di bandingkan dengan keadaan negara kita dan bila kejadian yang berlaku tengah hari tadi, memang la rakyat kat negara kita ni tak ada ciri-ciri sebaik-baik rakyat. Argh…tetiba emosi lebih sebab bengang dan tension. Okey, abaikan.
Kepada mak cik tadi, saya nak sangat tau kenapa mak cik buat begitu kat kami. Kalaulah orang yang terdesak nak balik tadi, ada benda penting ke nak buat, masa tunggu sejam lebih tadi bukan apa-apa bagi mak cik tapi bagi kami sangat berharga okey. Tadi saya sempat fikir yang mak cik tu ada pakat dengan pak cik teksi kat Putra tu. Ye la, bila dia tak ambil kami, mesti kami akan naik teksi je. Kot-kot dia dapat bahagian dari pak cik teksi tu ke. Huhuhu…idea jahat giler kan. Tapi betul tau, ada gak dua tiga orang dan rasanya lebih yang buat keputusan naik teksi ja sebab dah tunggu lama sangat. Sapa nak tahan kalau dah tunggu hampir 2 jam kot. Ehm….pasal tadi saya memang tak boleh terima. Mak cik tu hutang penjelasan dengan saya.
Okey, sekian untuk hari ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment