Thursday, December 3, 2009

Lahir dalam Disember?


Assalamualaikum semua,kejap je kan, dah masuk bulan December pun. Lepas ni, dah nak masuk tahun baru 2010. Rasa macam baru je lagi kita melangkah ke tahun 2009. Ok, macam biasa, saya nak kongsi rahsia bulan kelahiran bagi warga December. Jom kita intai, apakah personaliti mereka ni.

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

So, ada tak sama dengan orang-orang yang kita kenal yang lahir dalam bulan ni??? Sama tak dengan ciri-ciri yang Dr. Fadhilah Kamsah senaraikan?
Huhuhu...ini hanya untuk panduan je. Ambil yang baik-baik je, kalau ada yang buruk tu, cubalah perbaiki. Tak rugi pun kalau kita berubah ke arah kebaikan kan.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

0 comments: