Friday, July 5, 2013

Dr. Morsi

Assalamualaikum semua,

Salam Jumaat. Semoga hari Jumaat yang terakhir di bulan Syaaban ni membawa seribu rahmat kepada kita. Marilah sama-sama kita berdoa kepada saudara seislam kita yang ditindas & dianiaya oleh kaum kafir yang durjana. Kita tidak dapat berperang di sana, tetapi senjata kita sebagai Mukmin adalah doa. Jangan henti berdoa untuk mereka di sana. Semoga doa kita dikira sebagai amal di sisi Allah.

Isu yang terbaru adalah pergulingan Presiden Mesir yang telah dipilih secara sah oleh rakyat jelata. Semoga Allah merahmati Dr. Morsi & rakyat Mesir di sana. 
Husni Mubarak digulingkan rakyatnya yang memBENCInya.
Kini, Morsi digulingkan rakyat yang memBANGKANGnya.
Kelak, presiden yang seterusnya akan digulingkan lagi oleh RAKYAT BANGKIT.

Cuma ujian kecil bagi pejuang.
Hasbunallahu Wani'mal Wakiil.
 Rusydee Artz | Lukisan Dakwah
 
 

No comments: