Rasulullah bersabda: Sakitnya sakratul maut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang. (Riwayat Abi Dunya)
Justeru, apabila terkenang sakaratul maut, ada di kalangan sahabat Rasulullah SAW pengsan dan sentiasa menangis.
Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar bermaksud: Kematian itu apabila dikenangkan, seseorang itu lebih banyak menangis daripada ketawa.
Ehm...semasa kita menyambut Hari Raya Aidil Adha, saya telah mendapat beberapa khabar kematian. Semasa saya dan keluarga berada di kampung, di Kedah, mak long saya SMS mak saya. Dia bagitau dua khabar kematian; jiran saya dan suami ustazah yang mengajar mengaji adik saya.
Saya tak sangka dan terkejut. Rasanya, dua orang yang meninggal tu nampak macam sihat je. Bukan sakit teruk pun. Yang jiran saya tu, beberapa hari sebelum hari raya, dia ada lalu depan rumah saya, bertegur sapa dengan tok saya. Tapi...tu la...Allah lebih sayangkan dia. Dia meninggal pun secara mengejut. Keluarga dia tak sedar pun. Mereka ingat dia tidur. Bila dah pagi tu, baru masing-masing sedar.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Di mana saja kamu berada, kematian akan menjemputmu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kokoh
(An-Nisa:78)
Dan bila saya balik rumah malam Ahad tu, saya dapat satu SMS dari seorang sahabat.
Salah seorang rakan kelas kaunseling kami meninggal dunia dalam satu kemalangan.
Berita ni sangat mengejutkan saya. Siapa sangka Dia akan pergi dulu. Masih jelas tingkahnya di mata saya, kecomelan dia, tutur bicara dia, semuanya buat saya sangat sedih. Walaupun kami tak rapat, dia tetap salah seorang rakan yang sama-sama mengharungi semester ni bersama saya. Seorang yang tahu dan yakin dengan cita-cita dia yang nak jadi kaunselor, walaupun sebelum ni dia dari kos lain. Dia seorang yang baik, yang berhati lembut. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia.
“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan akan pergi ke alam baqa dengan membawa muliaan dunia serta kemulian akhirat”(Diriwayat oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abidunnya)
Semoga Allah mengampunkan segala dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.
“Cukuplah kematian itu sebagai penasihat”
(Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi)
wallahualam.