Wednesday, March 31, 2010

Teruskan langkah perjuangan.....

Lumrah hidup adalah:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jadi kita perlulah menjadi lebih optimis

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jangan cepat putus asa

sebab kita perlu menyusun langkah ke arah kejayaan






MAN JADDA WA JADDA.

Tuesday, March 30, 2010

Menghadapi Peperiksaan


Assalamualaikum semua,

sekarang ni UIA tengah demam peperiksaan akhir semester. Saya pun terlibat sama. hehehe....agak sibuk belajar....kononnya la. Semester ni dapat port study group yang baru. dan ada juga orang baru yang join. Sangat seronok sebab tempat tu sangat selesa dari port depan RC :) dan bertambah semangat untuk belajar.

Ada orang suka dan ada orang tak suka nak menjawab peperiksaan ni. Bagi saya, nak tak nak kita memang kena hadapi juga. Tak ada pilihan. Tapi, jangan la nak stress atau emosi sangat nak menjawab tu. Kita perlulah tenang. Kalau kita dah baca buku, Insyaallah, boleh la jawab masa dalam dewan peperiksaan nanti. Kalau tak baca, sudah pasti tak tau nak jawab apa nanti. So, kalau dah sedia, pasti boleh jawab. Relax...sudah.


Kalau dah lepas menjawab satu-satu kertas, jangan la dok fikir lagi kertas tu. Move to others paper. Nanti terganggu untuk menjawab kertas yang lain pula. Lagi satu, jangan nak bising-bising soalan susah la, tak boleh jawab la, jawab sikit la. Jangan la komplen banyak sangat. Bila kita komplen banyak, berkat menjawab exam pun hilang. huhuhu....macam mana tu???? Jangan cepat down. Kita percaya la, kalau kita dah menjawab sehabis baik, Insyaallah, keputusan yang kita dapat nanti macam yang kita jawab dan usaha juga la. 


Lagi satu, jangan dok bandingkan orang lain pandai la, orang lain lagi hebat dari kita la, orang lain dean list semendang la, kenapa orang lain boleh jawab, aku tak boleh jawab. Huhuhu....orang lain tu pun manusia biasa macam kamu juga. Usaha dan tawakal la. Kalau tak usaha macam mana nak berjaya kan????

Okey, selamat menjawab peperiksaan semua. Moga kita semua mendapat Dean List dan DEEN LIST juga. Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA. BUAT SEHABIS BAIK DALAM PEPERIKSAAN NANTI.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Thursday, March 18, 2010

Banyak kerja...
kerja banyak...
banyak kerja tak siap lagi

Semua nak kena hantar dalam minggu ni dan juga minggu depan
Final xm is around the corner
tapi tak ulangkaji apa-apa lagi pun

bila la nak siap semua kerja ni
bila la nak rasa kerja dah abis
bila la nak rasa boleh rehat

ehm....

benarlah.....

Sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


p/s: "kerja" di atas merujuk kepada assingment dari pensyarah :)
awat tah banyak sangat pensyarah ni nak bagi kerja. huhuhu.....

Tuesday, March 16, 2010

Cerita Minggu Lepas


Assalamualaikum semua,
rasa macam dah lama tak up-date blog ni. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Rasa macam malu pula bila baca entry yang lepas yang agak emosional sikit. Waaaa....memang emo pun masa tu. Tapi lepas tu dah okey sikit.

Minggu lepas adalah
minggu yang penuh tekanan bagi saya. Tekanan dari sudut fizikal, mental dan juga emosi. Tekanan emosi la yang paling tak tahan. Nasib le orang yang berada di sekeling saya sepanjang minggu lepas dengar saya membebel pasal yang bukan-bukan. Bukan senang untuk saya melakukan sesuatu yang bukan kehendak saya dan bukan dalam perancangan lagi untuk melakukan itu dalam masa terdekat.Saya tak suka di paksa untuk melakukan sesuatu. Kalau nak melakukan sesuatu, biarlah ikhlas dari hati, bukan paksaan. Cewah...ayat mukadimah pun dah panjang....hehehe....

Okey la...minggu lepas, saya suka + rela + paksa = kena pergi kursus pra-perkahwinan. Ustaz untuk subject parenting yang suruh pergi. Huhuhu...bila dengar je berita tersebut, saya bertambah emo, dah la malam sebelum tu memang dah emo tahap apa tah. Saya rasa macam kena hempap batu kat kepala je masa tu. Muka jangan kata, dah berubah giler. Sebenarnya, ustaz tak paksa pun tapi menggalakan kami semua pi kursus tu. Dia bagi pilihan untuk final assesment untuk subject parenting ni, sama ada pergi kursus kahwin akan dapat 30 markah (full mark) atau buat assingment 25 muka surat lengkap dengan footnote atau buat kuiz. Ustaz ni memang la. Huhuhu...

Balik dari kelas tu, saya berfikir pasal tu. Saya fikir dengan akal bukan dengan hati. Kalau ikut hati, memang tak mau pi pun. Saya cakap dengan semua orang, mintak pendapat, mintak restu, mintak sponsor. Akhirnya, keputusan di buat selepas 4 hari dok berfikir. Saya memilih untuk pergi kursus tu dengan tajaan abang saya. Hehehe...best ooo dapat sponsor. Saya rasa banyak gak faedahnya kalau saya pi kursus ni. Sapa yang tak nak markah penuh kan. Tak payah susah-susah, free je dapat markah. Tapi, kena bayar la. Bagi saya, kursus tu ok la. Tak rugi pun pergi. Dapat sijil seumur hidup tu. Kalau nak kahwin, bila-bila masa je :)

Dalam kursus tu, banyak benda yang saya belajar. Oh realiti perkahwinan memang tak seperti masa bercinta. Pendek kata, jangan bercinta awal. Bercintalah lepas kahwin, ternyata lebih indah :)

Okey, nanti saya akan kongsikan input yang saya dapat masa kursus tu nanti. Bolehlah di jadikan panduan untuk mereka yang bakal berkahwin atau nak mencari bakal-bakal suami@isteri :)

Akhir kalam, Tahniah kepada kawan saya masa kat sekolah menengah dulu di atas perkahwinan beliau. Wa....bila turn saya plak ni ????


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s: Minggu ini akan lebih emo, sebab minggu terakhir sebelum final xm kat UIA. Banyak benda nak di siapkan dan kena hantar. Wahai hati, sabarlah, jangan emo-emo lagi. Ishk...ishk...sejak bila tah pandai nak emo-emo ni :)
okey...i'll calm & cool

Saturday, March 6, 2010

Random malam semalam

Saya tertanya-tanya juga…
Kalau seorang kaunselor ada masalah
Dia nak cakap kat siapa ya??
Siapa yang dapat membantu dia nak menyelesaikan konflik atau isu yang dia hadapi

***********************************************************************************
Kaunselor juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan
Tak terlepas dari belenggu masalah
Mungkin dah terbiasa mendengar masalah orang lain dan

Masalah diri sendiri sering di abaikan dan di letakan di tepi
Mungkin juga mengaplikasikan segala teori helah diri
Konon-konon nak bela diri sendiri la
Seolah-olah tak ada apa-apa, tak rasa apa-apa
Menjadi lut kepada masalah
Kononnya kebal sangatlah
Sedangkan dalam hati tak siapa yang tahu
Tak siapa boleh menduga
Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya
Sekali air di kocak, hah…boleh terbalik dunia
Cuma tunggu dan lihat
************************************************************************************************
Kadang-kadang cemburu dengan orang lain sebab boleh bebas bercerita masalah 

tapi saya….????
Masalah sendiri di simpan dan di pendam
Kadang-kadang rasa nak lepas, nak hembur segala rasa tapi…..
Entah la…
Makin rumit pula ya
Makin lama makin tak paham
Ok…buat-buat je paham
Kalau tak paham juga…
Nasib la
Cubalah paham
Tak kan tak boleh kot !!!!!
Saya perlukan bahu untuk menangis
Saya perlukan telinga untuk saya menjerit
Ada tak??
Ada yang sudi tak???
Ada yang berminat tak???
Ada tak yang rasa dia layak???
Ada tak???
Kepada yang berminat,
Sila isi borang
Ok...

********************************************************************
Kisah tamat


Monday, March 1, 2010

Wajah suci itu...

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina


Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati


Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
















Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan


Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)









Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina 





Beginilah jadinya bila nafsu menguasai diri. Iman tidak lagi di hati. Benar janji Allah dalam surah At-Tin ayat 4-6, maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
- Allah memberi darjat yang paling tinggi kepada manusia berbanding segala makhluk yang lain
-Manusia makhluk yang terbaik dari segi rohaniah dan jasmaniah
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
-tetapi mereka akan dijadikan orang yang amat rendah jika tidak beriman dan beramal saleh
- mereka menjadi lebih rendah dari binatang
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
- sesungguhnya Allah adalah Hakim Yang Maha Adil.

Mac sudah datang

Assalamualaikum semua,
diam tak diam dah masuk bulan Mac kan. Rasa macam sekejap je. Semalam 28 Ferbuari dan hari ni dah masuk 1 Mac dah. Kenapa tak ada 29 Hb atau 30hb atau 31 hb dalam bulan Febuari ye??? Kesian orang yang lahir pada 29 Febuari sebab tak dapat sambut hari lahir mereka. Tak apa lah, anda sangat istimewa. Kalau nak di ikutkan, mereka sambut hari lahir mereka pada 1 Mac. 

Bila mengenangkan tarikh 29 Febuari ni, tetiba teringat pada kisah seorang sahabat saya ni. Kisah in berlaku tiga tahun lepas. Dia ada hantar SMS bagitau dia nak bertunang pada 29 Februari dan menjemput semua kawan-kawan dia la. Kami sangat terkejut sebenarnya, sebab tetiba je kata nak bertunang. Maka, semua rakan-rakan saya pun tanya la dia, serius ke jemputan dia ni. Dia kata betul la. Siap kata jangan lupa datang ke majlis dia. Ok le kami cakap. Pastu, saya dan rakan-rakan pun periksa la tarikh tu, nak tengok hari apa, cuti ke tak, nak pastikan lapang hari tu. Bila saya periksa kalender, tak dak pula tarikh 29hb dalam bulan Febuari tu. Ceh...dia silap bagi tarikh ke. Rupanya...kami dah kena Bang...Bang...Boom ngan dia. Huhuhu. dah tak ada tarikh 29hb, makanya majlis pun tak ada la. Bagus betul kawan ku itu :)

Oh ya, sebenarnya saya nak kongsi rahsia bulan kelahiran untuk mereka yang lahir dalam bulan Mac. Saya ada sahabat yang dekat yang lahir dalam bulan ni. Dari pengamatan saya, hampir 80% la ciri-ciri ni memenuhi personaliti dia. Ada juga ciri-ciri kat bawah ni yang tak mengambarkan langsung tentang diri dia. Tapi mungkin pada orang lain ciri-ciri ni tepat dengan mereka. Jadi, mari kita lihat ciri-ciri tersebut:

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


Selamat Hari Lahir buat semua yang lahir pada bulan Mac ini.