Sunday, October 31, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan semua !!!

Assalamualaikum semua,

ehm..ehm...hari yg di tunggu dah tiba. Hari nak periksa final la. Ishk..ishk...tak sangka betul, semester 1 10/11 dah di penghujung. Sebenarnya final exam kat UIA mula 30 Oktober sampai 15 November. Pejam celik, dah habis satu sem pun. Semester ni saya rasa paling teruk kot. Rasa malas dlm diri dah berganda-ganda. Bak kata Cik Ann, dah jadi senior, tanduk tumbuh makin panjang la. Ye le kot :)

Semester ni paling teruk sebab semua assigment hantar bukan on time. Selamber aje, ikut suka nak hantar bila. Memang tak berperasaan pun bila hantar assigment lewat. Teruk kan? Ehm...ada subjek yg kena potong markah sebab hantar lewat. Nasib la, nak buat macam mana kan. Dah salah sendiri. Belajar dari kesilapan ye.

Subjek yg paling susah nk paham adalah Basic statistics. Dah la saya ni mmg tak gemar sgt dgn nombor ni. Nasib la. Dok dlm kelas pun bukan paham apa Dr. Nik ajar. Bila Dr. Nik tny paham, semua kata paham, tak ada soalan nk tny. Bila kena buat assgment, semua pakat tak tau buat. Tapi...nasib group mate sy sgt sporting. Kami ni sama-sama tak paham dan sama-sama belajar. Korang mmg best la. Moral support sgt penting. Apa yg penting...KERJASAMA.

Subjek kegemaran semester ni adalah UNGS 2050: Ethics & Fiqh for everyday life , sbb ust Kabuye yg ajar. Lagi satu, subjek Fiqh ni mmg feveret subjek sejak dr kolej lagi. Dapat plak lecturer yg best, lagi la suka byk2. Lepas ni mesti rindu kat kelas dia sebab cara dia mengajr mmg best.

Subjek lain semua best gak. Best ke tak best ke mmg kena amik kan sebab nak kena complete 144 credit hour. Nasibla, nak buat mcm mana. Lumrah hidup sbg pelajar :)

Okey la, sempena musim exam ni, saya nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat kawan-kawan di UIA dan juga di semua universiti yg periksa juga. Tidak di lupakan juga buat adik-adik saya di KUIN dan PSAS yg nk exam gk. Buat yg terbaik dlm exam ya. Doakan kejayaan kita bersama.

Jadual exam:
1) Social Work For Community Service - 31 Oct 2010
2) Ethics & Fiqh for Everyday Life - 2 Nov 2010
3) Career counseling - 4 Nov 2010
4) Introduction To Statistics - 6 Nov 2010
5) Introduction To Group Counseling - 10 Nov 2010
6) Islamic Approach to Counseling - 11 Nov 2010
7) Individual Appraisal : Counseling Children & Adolescents

Friday, October 29, 2010

Maafkan aku....kawan...

Assalamualaikum semua,

tanggal 29hb Oktober 2010, baru tahu hati seseorang dh jadi kecil sebab saya. Huhuhu...sedih lho bila dpt tau. Sori, saya tak pernah notice pun pasal benda ni. Patut la bila kami berjumpa, dia dh tak seramah seperti selalu. Kalau lalu sebelah pun, mcm org yg tak kenal. Padahal kami pernah rapat. Saya tekankan perkataan "pernah rapat" walau tak la serapat mana pun. Rapat lagi dia dan so-called CF dia tu. Tapi sekarang agak jauh. Sebab.....ehm...ats sebab2 tertentu gak la.Huhuhu....

Sepatutnya hari ini hari gembira dia, tapi ada berita sedih juga menyebabkan dia tak ada dlm mood yg sepatutnya. Muka dia agak keruh tadi, tak tau la sama ada dia terkejut atau terharu dgn kejutan tadi. Rupanya, semalam kwn baik dia meninggal dunia. Sedekah Al-Fatihah buat arwah ye. Ehm...patut la dia mcm tak ada mood nak meraikan hari bahagia dia hari ini. 

Buat dia. Saya dengan rendah hati nk memohon maaf atas kesalahan saya tu ye. Sungguh tak sangka kata-kata dan perbuatan saya tu telah melukan hati awk. Mungkin kata-kata saya ketika itu agak kasar. Tapi, bukan niat saya nk nak sakitkan hati awk pun. Huhuhu...mungkin bagi saya sekadar gurauan tapi bagi awk ia sangat melukakan. Andai waktu dapat di putarkan, saya pasti akan cuba jaga hati awk.Tapi...dah terlajak meluncur kata dari mulut ni kan.

Dulu saya pernah berkata nak jaga percakapan saya agar awk tak terasa lagi. Masih ingat? Tapi....saya langgar kata2 tu. Awk kata, saya belum cukup kenal diri awk. Tapi saya rasa saya dah terlalu kenal kot. Mungkin saya yg silap menilai awk, dan masih belum betul2 kenal awk kot. Tapi saya letakkan high expectation tau kat awk. Mungkin awk tak boleh nk jd apa yg saya expect kan tu. Mungkin betul kata awk. Ehm...segalanya mungkin.

Saya nak awk tahu apa yg sy kata datang dari hati ok. Bukan pada semua org sy kata macam tu. Saya kata pada org yg saya ambil berat dan sayang je. Huhuhu... Bila saya tegur bermakna saya ambil berat sebab awk kwn saya. 

Bila awk luahkan apa yg awk rasa tadi, saya rasa bersalah sangat tapi masih berlagak mcm tak ada apa2. Tapi, dlm hati ni dah bercampur baur tau. Saya tak sangka kisah antara kita begitu serius dan sama serius awk dan CF awk tu. Kalau awk nak tahu, saya simpan lagi SMS awk yg tanya pasal apa yg saya nk dr awk. Masa saya baca tu saya dah rasa tak sedap hati sebab awk mcm terasa ngan saya. Bila saya balas msg tu, awk terus senyap. Dan saya pun senyap la. Tak tahu plak awk berkecil hati dengan saya. Kalaulah masa tu awk bagitau apa yg awk rasa, pasti tak akan ada isu ni. Hati awk tak akan jd kecil. Benda tu dah lama berlakukan?

Ehm...apa2 pun, dlm hal ni, sy yang mulakan, maka saya mintak maaf byk2. Sekali lagi. Saya tak suka tau buat org sedih sebab awk ada hak untuk bergembira. Maaflah, kalau sepanjang sem ni saya dh tak bertegur-sapa dengan awk. Saya tak nak menambah masalah yg sedia ada dan tak selesai tu. 

Kita pun sama-sama dah dewasa dan matang. Masing-masing boleh berfikir dengan rasional kan. Macam awk kata, biarlah hal ni selesai masa ptg td je. Okey, sy terima. Saya harap awk pun tak simpan dlm hati dah ye. Kita kan dah nk exam, tak nak serabut kepala masing2. Oh ya...semester ni kita tak study sama2 kan? Ehm...

Akhir sekali, saya nak bagitau yg saya dah jaga kwn baik awk tu dgn baik. We have great time together. Tapi, kwn baik awk ttp sedih sebab awk tak ada dgn dia. Macam dia kata, kita berdua berbeza. Dia perlukan kita berdua. Saya tahu awk sayang dia. Saya harap lepas ni kamu berdua akan berbaik mcm dulu2. Jangan sakitkan hati masing2 okey!!!. Saya tak nak dua2 sakit hati dan makan hati.

Sekali lagi, maafkan saya....

p/s: kalau awk baca, sila respond ya. Kalau tak baca pun tak apa. Huhuhu....
 

Tuesday, October 26, 2010

Jiwang Mode: Random kisah cinta lagi....

Assalamualaikum semua,
mau kongsi satu cerita.

Cerita: Kisah seorang adik perempuan dan abang yg dlm perjalanan nk balik umah.
Masa : lebih kurang pukul 11 mlm kot.
Tempat: dlm kereta  Honda Accord plat nombor JBA _ _ _ _ yg sedang bergerak


Adik: Abang...nak tny?

Abang: Apa dia?

Adik: Mcm mana kita nak tau sorg lelaki tu serius nak kawen ngan kita

Abang: Awat? Lelaki mana nk kawen ngan hg?

Adik: Tak dak la. Kwn org la. Ada org nak kat dia. Tp dia tak tau lelaki tu serius ke tak.

Abang: Ooooo. Ingat hg.

Adik: Ehm......(mmg la org nk kawen, tp tak dk org nk la - berani jwb dlm ati ja)

Abang: Lelaki ni, kalau dia kata nk kawen ngan sorg perempuan, makna dia dah 50% serius. Kalau dh mai umah, jumpa mak ayah plak, dia dh serius 80%. Bila dh akad nikah tu, maknanya, dah 100% la dia serius.

Adik: Hehehe...mcm tu ka abg. Bleh pkai ka teori ni?
Abang: betui apa.


Ehm....so, dpt tak msg kat sini. Ni pengalaman dr org yg dh kawen ni. Hehehe....Lepas ni, klu nk tau lelaki tu serius ke tak dgn kita, bila dia dh buka mulut kata nk kawen ngan kita. Tp, kalau ckp saja, tak jumpa mak bapak, tak guna gk kn. Sebaiknya, hal2 perkahwinan ni di bincang ngan keluarga. 


Ehm...entry mlm ni berkisar tentang cinta dan perhubungan lagi kan. Ada member tnya, " Awat, dh tak tahan telinga ka nk dengar psl cinta ni? " huhuhu....bukan tak larat nk dengar. Tp dah kerja kita sbg kaunselor menadah telinga mendengar apa saja. 

Cuma....isunya masih sama. Cinta antara lelaki & perempuan yg tak berkesudahan. Bila nk selesai pun tak tau la. Antara isu nya, tak tau nk pilih yg mana satu, tak tahu lelaki tu serius ke tak, dh lma kapel, tp keluarga pak we tak tau pun lagi, cinta yg tak sekufu, perempuan ada ijazah, pasangan dia ada diploma ja, si dara yg terjatuh suka kat seseorg tp tak tahu jejaka tu suka kt dia ke tak. Ada yg lagi best, keluarga nk bakal menantu perempuannya berkulit cerah, kulit mesti lebih cerah dr ank teruna dia. Huhuhu. Masalah...masalah...


Saya??? Mendengar ja la segala masalah ni. Nk ckp lebih2, bukannya ada pengalaman bercinta pun. Bagi nasihat sikit2 boleh la. Nak lebih2, cuba tnya org yg berpengalaman :)



Monday, October 25, 2010

Hatiku dah kau tawan, Hidupku tak keruan

Assalamualaikum semua,

apa khabar hari ini? Bleh tak nak berjiwang mode mlm2 mcm ni. Tak larat nk menghadap statistik ni. Huhuhu....

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Kau tinggalkan diriku
Oh! kekasih mengapakah
Kau sunyikan hidupku
Oh! kekasih mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku di siksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Kepada yg "berkenaan" @ berada dlm situasi ni:
Tolong la...cuba jadi kuat sikit. 
Jgn nk tunjuk diri tu lemah sgt. 
Bunga bukan sekuntum, kumbang juga bukan seekor. 
Byk lagi kuntum bunga yg mekar yg boleh di petik.
Byk lagi kumbang yg bertebangan yg belum berjumpa bunganya.

Benda yg lepas, usah di kenang.
Kalau di kenang buat sakit hati ja.
Teruskan hidup dan cuba sayangkan diri sendiri.
Sebab dirimu begitu berharga.

Sakit bercinta tu, biasalah.
Kan dah jadi adat.
Kalau takut di lambung ombak, jgnlah cuba nk berumah di tepi pantai.
Pegi bina cinta tu jauh sikit dari pantai.
Jangan bina cinta di istana pasir sudah la.
Ada kemungkinan juga nk di bawa ombak. 

Belajarlah untuk bertegas dgn hati.
Tiada alasan untuk itu.
Kalau di turutkan rasa, pasti akan binasa.
Kalau di turutkan hati, matilah kita.

Dalam hidup ni, ada dua pilihan ja.
Terima atau menolak.
Menjadi kuat, atau memilih untuk terus lemah.
Pilihan di tangan kita.


P/s: okey, dah abes berleter. Boring tau ari2 telinga ni di sumbat dgn cerita cinta yg tak berkesudahan. Huhuhu...

"Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan"

 (I really mean this. Oh men...what should I do? Huhuhu...)

 

Saturday, October 16, 2010

(Lau Kana Bainana Habib) لو كان بيننا الحبيب

Assalamualaikum semua...

sekadar berkongsi:

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

 
meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

p/s: ringtone my hp :)



Thursday, October 14, 2010

Berita: Guru sukan ditahan cuba sebar gambar bogel kekasih

BH Online

Guru sukan ditahan cuba sebar gambar bogel kekasih

2010/10/14

BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.


Monday, October 11, 2010

Berita: kemalangan ngeri 10.10.10

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Dah baca ke berita hari ini tentang kemalangan ngeri yg berlaku kat Negeri Sembilan tu? Kemalangan berlaku pada 10.10.10, iaitu tarikh semalam yg cukup cantik. Di sebalik kita mendengar berita yg baik semalam, tak sangka terdapat juga berita yg mendukakan. 

Tak terbayang mcm mana bas tu boleh melambung ke arah bertentangan & kemudian menghempap kereta yg lain. Dalam kemalangan tu, 12 org meninggal di tempat kejadian dan berpuluh-puluh yg lain cedera parah & ringan. 

Apabila berlaku kemalangan macam ni, semua pihak nak salahkan pihak masing-masing. Kita tak tahu apa yg berlaku di tempat kejadian. Tak guna kalau kita nk saling salah-menyalahi. Terimlah takdir Allah ni dgn tenang & fikirkan hikmah di sebalik kejadian ini. Siapalah kita utk menidakkan takdir Allah yg Allah dh tetapkan sebelum kita ada kat dunia ni lagi.

Berita selanjutnya boleh baca di 

Semoga Allah menempatkan mereka yg meninggal dunia itu di kalangan org2 yg beriman. Al-fatihah untuk mereka. Takziah buat keluarga yg terlibat. 

sumber: Metro
sumber: myvitrd
sumber: mstar
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran: 185)

Membuat Tree of Life

Assalamualaikum semua,
entry kali ni tentang The Tree of Life. Pernah dengar tak? Okey, The Tree of Life adalah teknik dlm narrative therapy. Pendekatan ni memberi ilham dan harapan kepada kanak-kanak yg ada kisah silam yg teruk untuk meluahkan perasaan mereka.

Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak untuk bercakap tentang kehidupan mereka dengan cara yang akn membuatkan mereka menjadi lebih kuat. Dalam terapi ni, kanak-kanak akan menggambar 'pohon kehidupan' (the tree of life) mereka sendiri di mana mereka akan bercakap tentang  'akar' (di mana mereka datang dari), kemahiran dan pengetahuan, harapan dan impian, serta orang-orang penting dalam hidup mereka.  

Selain itu The Tree of Life (Pohon Kehidupan) membolehkan kanak-kanak untuk berbicara tentang kehidupan mereka dengan cara yang tidak mengulang trauma yg mereka rasa, malah ia menguatkan hubungan mereka dengan sejarah mereka sendiri, budaya mereka, dan orang-orang yg penting dalam hidup mereka.

Dalam terapi ni, seseorang tu perlu melukis sabatang pokok yg perlu ada akar (roots), tanah (ground), batang (trunk), cabang (branches), daun (leaves), buah (fruits) dan bunga (flowers). Setiap bahagian pokok ini mengambarkan maksud yg berbeza. 

  • Akar (roots): mengambarkan tentang asal-usul, keturunan, nama keluarga, sejarah keluarga.
  • Tanah (ground): mengambarkan apa yg di buat dlm kehidupan sekarang dan juga aktiviti yg di lakukan setiap hari.
  • Batang (trunk): mengambarkan nilai diri, kemahiran dan juga kemampuan diri sendiri. 
  • Cabang (branches): mengambarkan harapan, impian dan juga keinginan yg kita nk dlm hidup ni.
  • Daun (leaves): mengambarkan org yg penting dlm hidup kita
  • Buah (fruits): mengambarkan apa yg org sekeliling bagi kpd kita; apa yg kita dpt dr org lain. Ia tak semestinya benda, termasuk juga kasih-sayang, dorongan dll.
  • Bunga (flowers): mengambarkan apa yg kita nk bagi kepada org lain. Ia juga boleh di katakan apa sumbangan kita kepada org lain dan tak semestinya dlm bentuk benda. 
Pendekatan Tree of Life tak semestinya sesuai untuk kanak-kanak je. Untuk org dewasa pun boleh juga. 

Hari tu berpeluang buat sendiri Tree of life ni. Sebenarya, Kak Aziah bagi ni sbg test yg ke-3 untuk subjek Individual Appraisal. Maka, hari khamis lepas, kami kena buat la dlm kelas. Memang best la. Dah lama kan tak pengang warna pensel, crayon & melukis segala. Tangan pun agak keras nk melakar. Riuh kelas sebab masing-masing tak tahu nk melukis pokok dgn cantik. Tapi, pattern pokok mesti sama semua. Pokok warna hijau, bunga warna merah & buah pun kaler merah. Hehehe...typical pokok kalau kanak-kanak lukis. Ada kwn2 yg lain keluar kelas, melukis bawah pokok sebab nak cari inspirasi kononnya. Hehehe...apa-apa la kwn2, janji siap. 

Sebut pasal siap, sy sendiri pun tak siap sebenarnya. Oleh kerana terlalu teruja nak warna guna crayon, sy pegi warna pokok yg sy lukis tu semua. Bila dh hampir siap, bru perasan tak ada ruang nak tulis plak. Sudahnya, sy buat semula tp sambung kat bilik la. Nasib Kak Aziah mintak hntar hari Isnin. Tapi sy siapkan hari Jumaat tu juga. 

Jom tengok gelagat kwn2 sy dlm kelas ni:

masing-masing kusyuk menyiapkan lukisan

ni lagi la bersemangat. Cik Ann jgn marah ye, sy letak gambar awk kat sini

ni la lukisan yg tak jadi tu. hehehe....

Tree of life Cik ann kita ni. Saya mintak dia lukis akar kat sy tp dia kata lukis la sendiri.Huhuhu...

Ni la Tree of life sy. Tah apa2 la sy lukis ni.

agak kelakar sebab buah, daun & bunga tu mcm tak jadi sgt. Apa2 la, jnji ada semua.

Akar yg sy lukis ni mcm tak lawa sgt. Cik Ann punya lgi cantik kan?

kesemakan meja berlaku dgn segala warna & alat tulis

Terima kasih kat Cik Ann sbb bg pinjam pensel warna & juga crayon utk sy bwk balik siapkan lukisan ni kat bilik.

Rumate sy agak teruja sebab akhir-akhir ni byk plak kerja yg beseni mcm ni. Dia siap kata, sy ni amik kaunseling ke seni lukis. Bilik dah mcm bilik budak KAED je. Terima kasih kat dia gak sebab tolong sy nak siapkan benda ni dan juga kolaj aritu.

Okey, lepas ni boleh la klu nk buat sendiri The Tree of life masing-masing. Kalau tak tahu nak buat boleh tny sy. Saya sedia nk tolong.

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Assalamualaikum semua,
Salam hari Ahad. Cantik tarikh hari ni kan. 10.10.10. Maka, tak hairanlah ramai org yg nak melangsungkan pernikahan, pertunangan dll bagi mengabadikan tarikh yg cantik ni. Ada apa dgn tarikh ini sebenarnya??? 

Sebenarnya, tak ada apa yg best pun. Cuma mudah nak ingat je kan sebab tu org berebut-rebut nak pilih tarikh hari ini. Angkasawan kita Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pun memilih tarikh hari ini untuk melangsungkan hari bahagia dia sebab tarikh ni juga dia naik angkasa kn. Bukan dia je, tapi ramai lagi. Tapi, tak ada plak kwn sy yg pilih tarikh hari ini. Huhuhu....

Kepada yg menikah atau bertunang hari ini, Selamat Pengantin Baru & Selamat bertunang ye. Semoga hubungan yg terbina akn berkekalan hingga akhir hayat. Oh lupa, buat mereka yg menyambut hari lahir hari ini, Selamat Hari Lahir ya.

Di sebalik kegembiraan, mesti ada kesedihan. Mungkin bg sesetengah org hari ini membawa duka kepada mereka. Mungkin mereka di timpa musibah, kehilangan org tersayang dll. Walau apa yg menduga kita, bersabarlah. Kegembiraan dan kedukaan adalah nikmat yg Allah bg kat kita dan juga kedua-duanya juga boleh jadi ujian buat kita. 

Akhir kata, senyum sokmo ye. 








Kerja-kerja membuat kolaj

Assalamualaikum semua,
apa eh nk cerita? Sebenarnya dah lama tak jd org art, bermain dgn warna & menjdi kreatif. Tetiba, sem ni kena buat kolaj untuk subjek Counseling Skill 1. Oh...sungguh excited nak siapkan. Sir Khairul Zain tu nak 5 page kolaj. Tajuk atau tema kolaj tu ikut suka la, sembarang. Masa dapat task tu, rasa nk melompat ja sebab teruja ooo nk buat kolaj ni. Dah lama tak buat kot. Last dulu buat masa mengajar kat tadika masa zaman praktikal la. Tapi, agak tertanya-tanya gak la, apa motif atau sebab dia bagi task ni kat kami. Nak tanya direct kat Sir, rasa segan plak. Huhuhu...buat ja le tanpa byk ckp.

Kami kena hantar kolaj ni sebelum 30hb Oktober ni, kiranya sebelum final exam la. Dengan penuh gigih dan semangat membara, saya buat sikit-sikit  la. Mula-mula saya sketch dulu atas drawing blok gambar apa yg sy nak. Sekali ngan tulisan. Agak susah tapi best. Setakat ni baru siap 1 kolaj. Saya berjaya siapkan kolaj ni dlm masa 1 mlm je. 
ni la hasil kolaj yg pertama berjaya di siapkan. Bangga gak la dpt siap 1 kolaj dlm dok sibuk2 sepanjang minggu lepas.

main hentam letak tangga yg mcm ni ja. Tak tahu nk buat yg lagi cantik. ni pun hasil Google.

perasan tak background yg kaler merah tu dah mcm platelet darah je? mcm sosej ats pizza pepperoni pun ada gk ni. huhuhu....
Ni kolaj kedua yg masih dlm pembikinan. Mula-mula sy dh fedup nk siapkan bnda ni. Masa tu sy skit perut sbb angin. Tensen sy sebab sakit, lagi bertambah sakit sebab tak jadi yg mcm sy nk. Huhuhu...sedih dlm hati, hnya Allah yg tahu. Apa yg sy dah rancang awl2 dh tak jadi. Tapi....apply gak la "positive thinking" on this situation. Saya akn cuba nak mencantikan kolaj ni. Apa susah, kalau tak jadi, buat la lain. Huhuhu...

yg ni background dia, sy nk wat ala2 puzzle. amacam, jd tak?
Proses nak menyiapkan kolaj ni mmg menguji kesabaran. Tambahan pula kalau masa tu kita emosi tak stabil, lagi rasa nak koyak2 je benda ni semua.Huhuhu..sabar je la kan.

Sebenarnya,ART THERAPY adalh salah stu teknik dlm kaunseling juga. Biasanya kita apply teknik ni kat kanak-kanak sebab mereka ni susah nk berckp & meluahkan apa yg mereka rasa. Secara semulajadi, kanak-kanak ni mmg kraetif dan sukakan art. So, dr lukisan atau apa sahaja hasil seni yg mereka buat akan mengambarkan perasaan mereka. Dari situ, sebagai kaunselor kita akan terjemah maksud lukisan atau hasil seni tersebut samada kanak-kanak ni ada masalah atau isu yg menjejaskan hidup dia. 

p/s: Selamat Membuat kolaj buat Cik Ann yg nak kuar "meeting" someone sambil membeli brg2 untuk kolaj ni. Hati2 jln eh. Tapau le kat sy apa2 :)

Saturday, October 9, 2010

Educational Visit to IIUM from SK. Raja Muda

Assalamualaikum semua,
dah lama tak up-date blog ni. Sejak dua menjak ni memang sibuk kot. Banyak kerja nak buat tp tak siap2 pun. Byk benda nak share kat sini tapi malas plak nak tulis. Ehm...penyakit malas ni memang tak pernah nak surut. Hehehe...

Hari khamis yg lepas, INSTED dapat lawatan sambil belajar dr Sek. Keb. Raja Muda, Shah Alam. Antara yg hadir adalah PRS sek tu seramai 78 org murid dan di iringi oleh 8 org guru serta 2 org staf. Kami selaku pelajar kaunseling thn dua kena kendalikan program ni. 

Seronok layan budak-budak ni. Soalan dorang ni mmg kita tak jangka. Maklum la, budak-budak yg dok bandar lain dr yg dok kampung. Dorang agak advance, matang, dan sgt teruja nk berjln kat UIA ni. Dorang sampai pg dlm kul 9. Pgi tu ada slot ngan Kak Aziah , ckp pasl PRS di IPT. Pastu dorang ada group binding/group caunseling dengan kakak2  & abg2 tahun tiga. Petang lak, pas zuhur, jln2 dlm UIA atau campus tour. Budak-budak ni di bawa melawat semua Kuliah, masjid, library dan akhir sekali marhalah. Patutnya, last sekali kat tangga besar, sambil ambil gambar kenang-kenangan kat situ, tapi hujan lebat sangat masa kami kat marhalah Ali. Makanya, tak jadi la.

Walaupun progrm ni agak ad-hoc, tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Masalah sikit2 tu adat la. Yang penting, kami semua dpt bekerjasama buat pertama kali. Tapi kan...budak lelaki mmg menyakitkan hati. Tak bleh harap langsung, dah la yg ada pun tak beberapa ramai, lagi nak bwk masalah. Buat kerja ala kadar ja. tapi ada gak yg bersungguh, bukan semua ya, segelintir ja. Huhuhu...

Harapnya, kita smua dpt bekerjasama lgi utk program akn datang. Mula-mula mmg susah nk bekerjasama sebab kami ni mcm ala-ala ada geng masing2. So, mula-mula tu agak tak selesa, bagi sy la. Dah la masa yg singkat je dpt tuk selesaikan semua kerja. Nk berkomunikasi pun agak janggal. Since, kami ni adalah bakal-bakal kaunselor, tak bleh la nk "judgmental" org kan. Hehehe...so bekerjalah kami dgn perasaan "genuine" dan juga "unconditional positive regards". Sori, termasuk plak term kaunseling :) Sapa yg tak paham tu buat2 paham lah ye.

So, jom layan gambar-gambar masa hari tu:

ni semua commitee yg serba ungu, mendengar taklimat dr PM
tugas sy pd hari tu

sesi memperkenalkan fasi & pembahagian kumpulan

adik2 kena buat sesuatu yg melambangkan diri masing2

bersama fasi dlm kumpulan

antara hasil LDK
rasanya adik2 ni buat paling cantik kot :)

kreatif betul adik2 ni

Selepas solat zuhur di SHAS Mosque, ada campus tour. Campus tour ni di ketuai oleh Mr. President BEDSA merangkap Program Manager tuk school visit ni. Patutnya, adik2 ni di bawa untuk melawat sekitar masjid SHAS ni, tapi terdapat sedikit salah faham, maka tak ada la sesi penerangan oleh pihak masjid. Tak pe, salah sikit je kan??? Pastu, rombongan ni di bawa utk melawat library. Gambar kat library tak ada sbb sy tak ikut. Saya terus tunggu di marhalah Ali sbb nak bawa air mineral utk adik2 ni. 


baru tiba di marhalah Ali

terpaksa terima kenyataan bahawa adik2 ni lebih tinggi:)

sambil tunggu pihak MRC Marhalah Ali nk datang, sempat lg adik2 ni membeli kat cafe
kami melawat blok PG Marhalah Ali. Patut lawa blok ni kn.
adik2 ni tgh dengar short speech dr PhD student yg sukarela nk bercakap. Yg pakai jaket tu wakil MRC.

masa ni nk balik dah. tunggu hujan reda.


gambar candid :)


Tahniah saya nak ucapkan kepada semua commitee sebab kita semua berjaya menjayakan program ni. Terima kasih kat Mr. President sebab bagi peluang kat kami2 ni nak handle program ni. Untuk program seterusnya, jgn lupa ajak la na.