Sunday, November 28, 2010

I'm back

Assalamualaikum semua,
dah lama tak moncoret apa-apa kat sini kan. Seperti yang di bagitau oleh anak sedara saya, budak Zaheen tu, saya tengah bercuti semester tapi malas nak up-date blog. Saya lebih suka baca blog orang lain je sekarang ni.

Ehm...sebut pasal Zaheen, dia dah balik pun ke negara tanah tumpah darahnya pagi tadi. Jadi, rumah kami ni dah sunyi sepi macam dilanda garuda. Dah tak ada hilai ketawa dia. Tok Mama & Tok Abah la paling terasa bila Zaheen balik ni. Dari pagi tadi sampai la malam ni, asyik dok sebut-sebut je nama cucu sorang tu. Sayang betul, maklumla, cucu sulung. Mau tak sayang giler.

Thursday, November 25, 2010

Coretan dari Zaheen

Assalamualaikum semua,

Hi!!!  Nama saya Zaheen Az-Zahra, just call me Zaheen. Saya orang Singapore, tapi Baba kata saya ni PADI. PADI tu adalah Pendatang Dengan Izin ya!!! Sekarang ni, Zaheen kat Penang, sebab balik kampung sebelah Baba Zaheen. Mesti semua orang pelik, kenapa Zaheen pula yang tulis kat sini. Sebenarnya, Mak Ngah Zaheen iaitu tuan bunya blog ni agak sibuk. Walaupun dia tengah cuti semester, tapi dia sibuk mengurus rumah tangga. Hehehe...tak lama lagi, Mak Ngah Zaheen dah nak kahwin kot. Yeyeye....nak dapat Pak Ngah.

Wednesday, November 10, 2010

Sekitar Minggu Peperiksaan

Sedikit kisah sekitar minggu exam

Study together
Kenapa study together bukan study group.? Dah memang menjadi amalan saya dan Cik Ann untuk study together bila nak final exam ni. Study together bermakna study sama-sama kat mana-mana sebab kalau lepak kat bilik, mesti tak study punya. Semester kali ni, study together kami tak cukup korum sebab 2 org kwn kami yang selalu dengan kami tak join sama. Ehm...harapnya semester depan kita dapat study sama-sama lagi ye. Oh ya...semester ni study together jadi super meriah sebab ramai plak yang join. Okey lah....kami terima dgn hati yg terbuka sangat2 :)


Takdir

 
Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi

By: Opick Feat Melly Goeslaw


BERSAMA MUHASABAH:
 
tanda hati keras dan lalai-
sukar menangis, ketika melakukan dosa tidak merasakan ianya dosa, tidak segera istighfar ketika melakukan dosa, lupa hakikat mati dan gembira dengan nikmat dunia (plan utk kesenangan dunia melebihi kesenangan di akhirat), tidak merasakan manis iman ketika beribadah, tidak tamak dlm melakukakan ibadat, tidak dpt mnerima nasihat.

Tuesday, November 9, 2010

Adakah "beliau"?????

myMetro | 2 drebar teksi Pakistan ditahan


KUALA LUMPUR: Dua warga Pakistan dikesan menjadi pemandu teksi dengan menyasarkan lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong terutama di Jalan Ampang dan Jalan Pinang untuk mengambil penumpang.
Malah, pemandu teksi berusia 30-an itu dipercayai menjadikan malam hujung minggu sebagai waktu operasi.

Sebelum ini, ada aduan diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mendakwa dikenakan caj tambang teksi mencecah RM150 bagi perjalanan sehala dari Hentian Puduraya ke Bukit Bintang.

Aktiviti kedua-dua lelaki warga asing terbabit tidak bertahan lama apabila ditahan hasil intipan dan penyamaran anggota serta pegawai dari unit khas JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikenali Unit Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA), Jumaat lalu bersama lima lagi pemandu teksi warga tempatan.

Petikan akhbar Metro

Adakah teksi beliau yg kami naik hari tu??? Ehm...hari rabu lepas, saya bersama Ruham & Sa'idah naik 1 teksi ni. Sungguh menakutkan betul teksi ni sebab pemandu dia foreigner. Tak pasti org mana tapi rasanya org Pakistan kot. Lagipun muka dia agak menggerunkan mcm muka mamak yg kt cafe HS tu. Huhuhu....

Kami naik teksi ni dr simpang depan KAED sebab baru balik dr pasar mlm. Dr jauh sy dh nmpk kepelikan teksi ni sebab teksi ni bergerak perlahan depan perhentian bas yg tak jauh dr simpang yg kami tunggu tu la. Saya dh rasa tak sedap hati. Pastu, bila Farah tahan teksi ni, kami semua terkejut tengok pemandu tu. Kami terpaksa naik gk la sebab Ruham tak sihat lagipun dh tertahan teksi tu pun.

Bila kami naik, pemandu tu tanya, "Nak pergi mana? KLCC??" gaya dia cakap mcm mat bangla ckp Melayu. Kami dh naik pun, tak kan nk turun plak. Nasib dlm teksi dia tak ckp byk. Saya pandang je dia, dlm ati tak tahu nk buat apa. Tak teringat langsung nk tengok dia punya ID kat depan teksi tu ke, nk amik no teksi ke, mmg blank tak tahu nk buat apa. Saya pelik, mcm mana boleh plak mamat Pakistan ni bwk teksi, mana dapat teksi, bleh ke dpt permit etc. Memikirkan kami naik dlm UIA dan naik bertiga pula, Insyaallah tak sempat nk jd apa-apa kot. Huhuhu...

Alhamdulillah, selamat sampai kat Marhalah Nusaibah. Dah selesai bayar teksi, kami pun turun. Tetiba Saidah kata "Kak, pemandu teksi tu dr td asyik pandang Kak je. Tadi nk turun pun pandang, masa nak naik td pun dia pandang akak je !!!" 

What???? 

Patut le sy rasa semacam je. Sungguh menakutkan...lepas ni klu nak naik teksi, kena berhati2 la. Bukan sembarang je boleh naik, terutama klu naik sorg.