Assalamualaikum semua,
Ya Allah....rindunya nak menulis, mencoret luahan rasa di blog sendiri. Tiba-tiba rindu nak buat benda yang dulu suka buat. Rindu zaman muda, rindu zaman blog walking, baca blog orang. Kalau kembali menulis blog ni, agak-agak Ada orang nak baca ka???
Setelah sekian lama menyepi, cuba-cuba menulis kembali. Kalau tengok entry yang lepas last update adalah pada akhir tahun 2014. Dan harini 1/1/2018, hampir 4 tahun kan. Banyak yang saya lalui dalam jangkamasa ni. Berkerja tetap, berkahwin, beranak dll.
Kehidupan sekarang Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Sentiasa untuk menjadi hamba yang bersyukur.
Kerjaya: Alhamdulillah, setelah berhempas pulas belajar Selama 4 tahun di UIA tercinta, saya dapat posting di sekolah agama di Pulau Pinang pada tahun 2013. Sesuatu di luar jangkaan saya. Impian saya nak berkhidmat di sekolah agama iaitu SMKA di PuLau Pinang. Dan Allah bagi rezeki untuk saya dapat sekolah agama, SABK yang jaraknya dekat dengan rumah saya. Alhamdulillah.
Hidup: Kerja dah dapat, fikir pasal kahwin pula kan π¬. Bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang jugak. Tu impian kan. Senang nk balik raya. Memang dekat sangat la. Jodoh ni Allah yang hantar dengan restu kedua keluarga. Kami tak pernah kenal. Kawan mama yang kenalkan. Keluarga dia mai menengok, kemudian kedua2 setuju. Bertunang 4 bulan kemudian nikah. Simple and easy. Kira bercinta dan kenal lepas kahwin la. Ni pun salah satu impian dalam perkahwinan iaitu nak kahwin orang dekat dan bercinta lepas kahwin. Oh ya, Suamiku ustaz πππ macam tajuk novel kan.
Lepas kahwin Allah kurniakan seorang anak. Alhamdulillah.
Sekian Coretan untuk kali ini. Kalau rajin nak tulis lagi. Siapa kawan2 yang baca Mohon komen. Nak tau jugak Ada ka orang baca saya tulis ni πππ
DOAKU UNTUK SEMUA:
Ya Allah , Muliakanlah orang yang membaca doa ini , Lindungi la dia , Lapangkanlah hatinya , Bahagiakan keluarganya dan Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan . Mudahkanlah segala urusannya , kabulkanlah cita-citanya , jauhkan dia dari segala penyakit , fitnah , prasangka keji , berkata kasar dan jauhkanlah dia dari segala musibah , serta terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu . Ψ’َΩ
ِΩΩٍΩِΩΩْ ... Ψ’َΩ
ِΩΩٍΩِΩΩْ ... Ψ’َΩ
ِΩΩٍΩِΩΩْ ΩَΨ’Ψ±َΨ¨ْ Ψ’ΩٌΨΉَΨ’ΩَΩ
ِِΩِΩْ