Monday, January 1, 2018

Salam Kerinduan 2018

Assalamualaikum semua,

Ya Allah....rindunya nak menulis, mencoret luahan rasa di blog sendiri. Tiba-tiba rindu nak buat benda yang dulu suka buat. Rindu zaman muda, rindu zaman blog walking, baca blog orang. Kalau kembali menulis blog ni, agak-agak Ada orang nak baca ka???

Setelah sekian lama menyepi, cuba-cuba menulis kembali. Kalau tengok entry yang lepas last update adalah pada akhir tahun 2014. Dan harini 1/1/2018, hampir 4 tahun kan. Banyak yang saya lalui dalam jangkamasa ni. Berkerja tetap, berkahwin, beranak dll.

Kehidupan sekarang Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Sentiasa untuk menjadi hamba yang bersyukur.

Kerjaya: Alhamdulillah, setelah berhempas pulas belajar Selama 4 tahun di UIA tercinta, saya dapat posting di sekolah agama di Pulau Pinang pada tahun 2013. Sesuatu di luar jangkaan saya. Impian saya nak berkhidmat di sekolah agama iaitu SMKA di PuLau Pinang. Dan Allah bagi rezeki untuk saya dapat sekolah agama, SABK yang jaraknya dekat dengan rumah saya. Alhamdulillah.

Hidup: Kerja dah dapat, fikir pasal kahwin pula kan 😬. Bertemu jodoh dengan orang Pulau Pinang jugak. Tu impian kan. Senang nk balik raya. Memang dekat sangat la. Jodoh ni Allah yang hantar dengan restu kedua keluarga. Kami tak pernah kenal. Kawan mama yang kenalkan. Keluarga dia mai menengok, kemudian kedua2 setuju. Bertunang 4 bulan kemudian nikah. Simple and easy. Kira bercinta dan kenal lepas kahwin la. Ni pun salah satu impian dalam perkahwinan iaitu nak kahwin orang dekat dan bercinta lepas kahwin. Oh ya, Suamiku ustaz 😘😘😘 macam tajuk novel kan.
Lepas kahwin Allah kurniakan seorang anak. Alhamdulillah.

Sekian Coretan untuk kali ini. Kalau rajin nak tulis lagi. Siapa kawan2 yang baca Mohon komen. Nak tau jugak Ada ka orang baca saya tulis ni 😊😊😊


DOAKU UNTUK SEMUA:

Ya Allah , Muliakanlah orang yang membaca doa ini , Lindungi la dia , Lapangkanlah hatinya , Bahagiakan keluarganya dan Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan .  Mudahkanlah segala urusannya , kabulkanlah cita-citanya , jauhkan dia dari segala penyakit , fitnah , prasangka keji , berkata kasar dan jauhkanlah dia dari segala musibah , serta terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu . Ψ’َΩ…ِΩŠΩ€ٍΩ€ِΩ€Ω†ْ ... Ψ’َΩ…ِΩŠΩ€ٍΩ€ِΩ€Ω†ْ ... Ψ’َΩ…ِΩŠΩ€ٍΩ€ِΩ€Ω†ْ يَΨ’Ψ±َΨ¨ْ Ψ’Ω„ٌΨΉَΨ’Ω„َΩ…ِِيِΩ†ْ



Wednesday, December 31, 2014

Salam Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semua,

Apa khabar pembaca blog? Masih ada yang sudi singgah? 

Rindu saya?

Ni namanya entry penutup tahun, pembuat syarat. 


Tahun 2014 bakal melabuh tirainya. Berganti dengan tahun baru 2015. 

Bermakna bertambahlah umur. Harapnya seiring dengan bertambahnya iman dan amal.


Tahun 2014 sangat bermakna kepada saya sebab saya dah bertemu jodoh. 

Alhamdulillah, jodoh yang tak disangka-sangka. 

Ada masa, kisah ni akan diceritakan :)


Untuk tahun 2015 ni, tidak banyak yang diharapkan.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini dalam segenap sudut. 

Seiring dengan bertambahnya usia, maka, bertambahnya tanggungjawab.

Ya Allah, moga segala amanah terpikul terlaksana dengan sebaiknya. 




Monday, February 3, 2014

Tiada Tajuk Khusus

Assalamualaikum semua,

apa khabar pembaca blog sekalian. Miss me??? Hehehehe....bila dah lama tak menulis dari hati macam ni, rasa janggal la pulak. Rasa macam dah lupa bagaimana nak menulis.
  
Lately, dalam blog saya ni banyak post lagu-lagu. Lah....lagu ka tu??? Ingat puisi tulis sendiri. Eh...eh...eh...memang tak la. Kalau siapa yang kenal saya, bila saya post lagu-lagu kat blog, saya memang tengah & akan ulang lagu-lagu tu. Dan lagu-lagu tu saya suka sebab memang ada kena mengena dengan diri & juga keadaan time tu. Saya kan seorang emosional, mesti banyak rasa nak luah. Nak tulis lagu sendiri tak pandai, jadi kita pinjam sat lagu orang lain. Saya pandai merapu macam ni ja.
 
Okey, mintak diri dulu. Ada masa tulis lagi ^_^

Friday, January 31, 2014

Jodoh Dunia Akhirat

Ku merayu pada Allah yang tahu isi hatiku
Di malam hening aku selalu mengadu
Tunjukan padaku....

Ku aktifkan radarku mencari susuk yang dinanti
Ku ikhlaskan pengharapan ku dihati
Siapa dirimu

Dalam kesabaran ku melangkah menjemputmu
Cinta dalam hati akan aku jaga hingga
Allah persatukan kita

Jodoh dunia akhirat
Namamu rahsia
Tapi kau ada dimasa depanku

Ku sebut dalam doa
Ku ikhlaskan rinduku
Kita bersama melangkah ke syurga abadi

"Bukan cinta yang memilihmu. Tapi Allah yang memilihmu untuk kucintai"

Friday, December 27, 2013

Cinta Selepas Kahwin.. Bagaimana?

Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

Bagaimana tu?

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan di adakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.



Salam Jumaat yang terakhir untuk tahun 2013....

Saturday, November 30, 2013

Bukan Aku

Kamu dan aku jalani
Hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari ku tangisi
Segala memori
Janjiku mungkiri

Kau masih aku rindu
Walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku
Moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi
Bukan kerana aku benci
Tapi kerana ku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku
Nikmati dulu usia mu
Nanti kau temu cintamu bukan aku


P/S: Semoga Berbahagia....

Sunday, October 27, 2013

GALAU

Katakan saja jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hatimu
Mesti sekadar mengukir hatimu

Sepi hatiku galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu




 p/s: Tiada kena mengena antara hidup dan mati. Cuma, kalau GALAU, ingatlah ALLAH. Kerana Dia selalu mendengar dan mengerti. 

Tuesday, October 1, 2013

Wake Me Up When September End 2.0

Assalamualaikum semua,


AND



No entry for August and September.
August and September flies so fast.
Waiting for October for something important.
And also November.


p/s: Kesian blog terabai. Waiting new entry, kalau rajin ^_^ Between, masih ada ka yg nak baca blog picisan ni? 


Wednesday, July 31, 2013

Berani GAGAL


Kegagalan

Bukanlah bererti anda seorang yang gagal

Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi.

Kegagalan

Bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa

Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu. 

Kegagalan

Bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba

Ia beerti

Anda berani

Anda berhati teguh

Bersemangat waja!!!

Berbanggalah dengan diri anda.
Kegagalan

Bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda

Ia hanyalah bermakna dia mempunyai rancangan yang lebih baik.

Jadi!!!

Benarlah kegagalan itu tidak pernah muktamad.

Dr. Robert Schuller





Tuesday, July 30, 2013

Setahun lagi

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, dah masuk 21 hari kita berpuasa. Terasa cepat masa yang berlalu. Kita pun dah masuk fasa 10 hari & malam terakhir Ramadhan. Tahun ni agak perlahan sikit bagi saya untuk menghayati bulan Ramadhan. Mungkin sebab lemak yang banyak di badan, maklum lah sekarang kan tinggal bersama mama & abah. Dok kat rumah ni, terasa seperti anak tunggal walau adik-adik ada ja. Walaupun umur dah banyak, tapi masih di manjakan. Untung kan saya :)

Memang rasa nak duduk selamanya dengan mama & abah. Tapi mama kata, dia nak seseorang yang boleh jaga saya. Memang la abah ada, tapi sampai bila kan??? Huhuhu....
Masalahnya, tak jumpa lagi calon yang sesuai :)

Hari ini merupakan hari pertambahan umur saya lagi setahun. Waaa....like a serious????
Yeah...dah masuk geng kawan-kawan yang matang. Pada umur sekarang ramai kawan-kawan yang dah kukuh dengan pekerjaan, kewangan & keluarga masing-masing. Bagus betul. Tapi saya kan mula lambat sikit. Umur sekarang baru nak bermula dengan kerjaya. But I'm OK. I'm Cool ^_^
Sebab setiap orang ni, Allah bagi rezeki masing-masing. Apa yang Allah bagi, kita terima dan bersyukur. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur untuk terus beribadat kepada-Nya. Rasanya terlalu banyak nikmat yang diberi. Pada umur sekarang, tiada apa yang saya nak rungutkan. Allah dah bagi keluarga yang baik, kehidupan yang baik, pekerjaan yang baik, dan segalanya lah yang baik-baik belaka. Dari saya kecil hingga saat sekarang, terasa Allah permudahkan segala urusan. Dalam hidup saya, belum jumpa waktu yang benar-benar sukar. Tapi nikmat lapang yang Allah bagi pun ujian juga kan. Apa pun, Alhamdulillah. Saya rasa hidup saya dan hampir sempurna. Saya dapat apa yang saya nak dan impikan. Cuma Allah belum izinkan untuk saya berpasangan :) Insyaallah soon may be.


Kek Birthday untuk tahun ni




Terima kasih yang wish, Terima kasih yang mendoakan saya perkara yang baik-baik. Kebanyakan doa saya mendapat jodoh yang baik. Wah...terharu. Terima kasih semua. Saya juga sentiasa mendoakan yang baik-baik juga untuk kalian. Kalian adalah sebahagian yang mewarnai dunia saya.

p/s: Tiada yang istimewa hari ini. Bekerja seperti biasa, cuma hari ini agak penat sebab kerja tiba-tiba banyak pula. Nak kena selesaikan data, buat surat, jaga peperiksaan, buat kertas kerja, selesaikan hal PIBG, waaa...terasa mau pengsan ja.

Monday, July 8, 2013

Saturday, July 6, 2013

Kehidupan

Assalamualaikum semua,


Dulu masa tadika, kita belajar ABC, 123
Naik sekolah rendah belajar membaca, mengeja & mengira
Naik sekolah menengah banyak mata pelajaran yang kita tahu
Masuk kolej, lagi banyak yang kita belajar
Masuk universiti banyak pengalaman yang kita dapat

Begitu juga hidup
masa kecik, kita bebas buat apa saja
bila dewasa, semua keputusan kena buat sendiri

Kehidupan mula sukar bila bertambahnya umur kita
gagal atau berjaya menghadapinya ada di tangan kita
kita yang pilih

"To Live Hell or Live Well"

YOU CHOOSE

Friday, July 5, 2013

Dr. Morsi

Assalamualaikum semua,

Salam Jumaat. Semoga hari Jumaat yang terakhir di bulan Syaaban ni membawa seribu rahmat kepada kita. Marilah sama-sama kita berdoa kepada saudara seislam kita yang ditindas & dianiaya oleh kaum kafir yang durjana. Kita tidak dapat berperang di sana, tetapi senjata kita sebagai Mukmin adalah doa. Jangan henti berdoa untuk mereka di sana. Semoga doa kita dikira sebagai amal di sisi Allah.

Isu yang terbaru adalah pergulingan Presiden Mesir yang telah dipilih secara sah oleh rakyat jelata. Semoga Allah merahmati Dr. Morsi & rakyat Mesir di sana. 
Husni Mubarak digulingkan rakyatnya yang memBENCInya.
Kini, Morsi digulingkan rakyat yang memBANGKANGnya.
Kelak, presiden yang seterusnya akan digulingkan lagi oleh RAKYAT BANGKIT.

Cuma ujian kecil bagi pejuang.
Hasbunallahu Wani'mal Wakiil.
 Rusydee Artz | Lukisan Dakwah
 
 

Thursday, July 4, 2013

Nobody is perfect

Assalamualaikum semua,


Kalau kita cuba faham orang lain, Insyaallah, hidup kita pun akan senang. Kita tak sakit hati, kita tak pening kepala. Bukan semua orang seperti yang kita sangka. Kadang-kadang kita nampak seseorang ni hebat, tetapi dalam hati dia tiada siapa yang tahu. Cuba faham apabila sesuatu itu tak mencapai apa yang kita harapkan kerana semua orang ada sebab tersendiri. 

p/s: Ni adalah sebahagian kerja kaunselor. Menerima individu tanpa syarat :)

Wednesday, July 3, 2013

Sampaikan Rindu


Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih…



p/s: Mood Jiwang sat. NO offense okey ^_^