Monday, July 30, 2012

25




Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Hakim,berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.Beratilah ilmu yang Engkau kurniakan kpd kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

p/s: Terima kasih kepada yang sudi mendoakan kesejahteraan saya ^_^ 

Wednesday, July 25, 2012

My Chosen




"Jodoh itu kita dapat rasa dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita merasa lebih tenang, lebih bertambah aman, malah lebih tingkatkan keimanan."


p/s: 
Bila yakin telah tiba, teguh didalam jiwa, kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu, penantian tak bererti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Semoga Penantian Ini Menjadi Permata ^_^

Tuesday, July 24, 2012

Erti Janji

Jikaku diberi peluang
Yang mustahil akan terjadi
Untuk ku ulang ikat kata

Pertemuan yang amat indah
Menjadi rindu tak berhujung
Sesal bertukar menjadi sukar

Erti janji yang dibela
Untuk temukan setia
Erti janji yang dipinta

Perpisahan yang amat perit
Menjadi pengajaran pahit
sesal bertukar menjadi sulit

Masihkah ada peluang kedua
Masihkah ada ruang untuk kembali memberikan
Mentafsirkan

p/s: Kerana sebuah janji... Kata di kota...

Sunday, June 10, 2012

Seri Di Hati

Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada bertandang kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah Ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerana dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih Ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan Tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau selami rahsia keimanan

Saturday, May 26, 2012

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

 p/s: 
 Kita semua nak Bahagia, tapi kita tak faham makna sebenar bahagia. Manusia yang normal akan sentiasa ingin dan mencari bahagia.  Bahagia itu subjektif? Ehm...

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. 

Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Selamat mencari BAHAGIA ......

Sunday, April 22, 2012

New Hero in My Life

Assalamualaikum semua,
banyak benda nak tulis dan kongsi. Tapi...nantilah bila saya ada masa yang panjang ^_^
Memperkenalkan hero yang baru muncul dalam hidup saya. 

  Nama dia Muhammad Zunnur bin Muhammad Asyraf


Lahir pada 20 Febuari 2012


Masa ni umur dia baru 21 hari


Zunnur dah pandai tengok kamera ^_^

Zunnur dalam car seat. Ready untuk pergi berjalan-jalan

Zunnur yang cool ^_^

Kakak Zaheen pun dah besar.

Sapa tah ajar Zaheen buat mulut muncung tu ^_^

p/s: Miss both of them. Rasa nak terbang je pergi Johor melawat dua orang budak ni. Tapi, apa kan daya. Dekat sini banyak sangat komitmen yang kena buat.

Friday, January 6, 2012

Faham...Tak Faham...

Kadang-kadang, apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang kita faham.
Kita rasa benda lain.
Kita faham benda lain.
Tapi, sebenarnya apa yang kita faham dan rasa itu sebenarnya memang salah.

Makin kita nak faham.
Makin membuatkan kita tak faham.
Kita ingat kita faham.
Tapi, sebenarnya kita tak faham apa-apa.