Sunday, June 13, 2010

RANDOM: Penghujung Short Semester

Assalamualaikum semua,

di petang yg damai, tak ada apa yg sy nak coretkan. Sekadar mengisi masa lapang dan juga banyak sambil study untuk final xm. Yeah, 6 minggu telah berlalu di UIA, mengambil 3 subject utk short sem ni. Banyak perkara yg berlaku dalam short sem ni. Ada yg manis, ada yg pahit, ada yg tawar, dan pelbagai rasa lagi la. Secukup rasa. Alhamdulillah, saya dapat mengharungi segala rasa itu dgn jayanya. Hehehe....

Dulu masa mula-mula nak belajar masa short sem, byk yg saya bebelkan. Kesian rumate & coursemate sy sbb ari-ari dengar sy bebel. Huhuhu...sori guys!!!Rasa tak sanggup nak teruskan. Saya pernah mengadu kat Abang saya betapa sengsaranya amik short sem ni. Dia jwb "Tak pe la. Amik short sem, nnt habes awl belajar." bleh kawen cepat, mcm Abang. Hehehe...opss...ayat ni sy yg menambah. Okey, saya suka ayat pujuk dr Abang sy ni. Mama saya plak kata "Hah, baru tahu rasa amik short sem mcm mana. Dulu org amik short sem, dia bercuti. skrg Rasa la plak" Ok2, mama, dah rasa pun betapa "BESTNYA" short sem ni. 

Tapi, Alhamdulillah, saya rasa best je buat short sem ni. Bukan la teruk yg di sangka. Cuma, lepas ni dah tak mau amik short sem dah, sbb lepas ni mmg dah tak kena amik short sem pun. Hehehe...heaven!!! 

Okey2, saya dah nampak kenapa Allah pilih saya untuk buat short sem ni sedangkan saya bleh je nak bercuti 3 bulan, bersenang-lenang, goyang kaki kat umah. Huhuhu...sesungguhnya, byk benda yg sy dapat dan juga belajar. Semua ni menambahkan pengalaman dan juga mematangkan saya. Alhamdulillah. Dalam masa 6 minggu ni, byk benda yg saya lalui, belajar dan rasa. 

Saya buat sesuatu yg sy rasa selama ni sy tak mampu. Tp sy boleh buat je sebenarnya. Tapi yg paling saya suka, pengetahuan saya tentang isu Palestine makin bertambah. Selama ni saya tahu sikit sahaja, tapi Alhamdulillah, masa short sem ni, sy bnyk ikut program tentang Palestine ni. Insyallah, saya akan berkongsi di sini nnt. 

Ehm...lagi saya juga dpt offer jd cikgu tuisyen. Insyallah, kalau tak ada aral melintang, sem depan saya akan serius mengajar. Wah...tak sabar nak kembali ke profesyen perguruan. Dah lama tak mengajar ni. Sebenarnya, dah lama saya cari peluang mengajar. Sebagai pelajar universiti, ini adalah antara sumbangan yg boleh kita buat untuk masyarakat. Kongsi ilmu yg kita pelajari dan ada dengan org lain. Insyallah, saya akan cuba guna peluang ni dgn baik. Semoga Allah terus permudahkan urusan saya dan bagi kesihatan yg baik untuk meneruskan tugas ni. 

Dalam short sem ni gak saya belajar untuk berinteraksi dgn masyarakat. Ehm....dah lama sebenarnya tak wat benda ni. Rasa macam kekok plak pada mulanya. Program Kemasyarakatan yg saya sertai banyak mengajar saya yg masyarakat kita sekarang sangat perlukan mahasiswa dan mahasiswi untuk perbetulkan keadaan. Maksudnya, banyak lagi yg pincang dalam masyarakat yg perlukan penawar. Kitalah, pelajar mahasiswa dan mahasiswi terutamanya pelajar UIA yg perlu membantu dalam merawatnya. Mungkin selama ni saya banyak belajar teori je, tp praktikal dan realiti mmg tak sama. Ehm...masih banyak yg perlu saya belajar ni. 

Itulah, antara pengalaman saya masa short sem ni. Sebenarnya, byk lagi. Tp cukup la dulu setakat ni. Sesungguhnya, Setiap sesuatu yg Allah tetapkan, pasti ada hikmahnya kn. Ok. Got to Go. Nak pi makan, pastu nnt nak sambung study. 

"Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Hud :47)

0 comments: