Friday, September 3, 2010

Selamat balik Kampung

Assalamualaikum semua,


semua org kat UIA dah dlm mood nak balik kampung dan beraya. Malam ni, ramailah rakan-rakan yg dah nak pulang ke kampung halaman masing-masing. Kalau kat UIA ni, nak balik raya tak la risau sangat sebab ada bas carter. Persatuan anak negeri masing-masing akan sediakan bas balik kampung. Selalunya, bas balik Kelantan la yg paling byk. PMIK persatuan anak negeri kedah pun ada bas, GEMADA persataun ank negeri Pulau Pinang pun ada satu bas mlm ni. Dengar kata org2 Singapore dah balik pun naik bas carter mlm smlm. Amboi...awai sungguh depa dah balik ni. Apa-apa pun, sudah pasti malam ni meriah org berkumpul kat port kesukaan ramai untuk tunggu bas masing2. Mana la gi kalau bukan tangga besar @ tangga firaun tu. Macam-macam org panggil tempat ni. Huhuhu...

ni la rupa tangga besar tersebut.



Cik Ann juga sudah selamat sampai umah dia kat Selayang. Rumate saya Irma juga sudah sampai kampung dia kat Pahang tgh hari tadi. Sekejap lagi, lagi 2 org rumate saya pun nak balik dah kampung. Sorang naik bas PMIK balik kedah dan sorg lagi naik bas GEMADA balik Penang. Tinggalah saya sorg2 mlm ni. Sedih betul. Semua org dah nak balik.Huhuhu....


Saya ni nak balik bila pun tak tau lagi. Sampai saat ni, status saya masih pending. Huhuhu...tak tahu bila akan bertolak balik. Dalam hati dah tak sabaq nak balik ni. Tapi, apa kan daya.......Just wait & see; go with the flow. 


Kepada kawan-kawan yg akan balik kampung malam ni, pagi besok dan juga yg dah sampai kat umah tu, saya ucapkan selamat pulang ke kampung. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Selamat bercuti raya. Jangan lupa bawak balik buku utk study & buat assgment. Cuti-cuti juga, jgn lupa balik nnt ada exam yg menanti kita :)



2 comments:

*mAdAh FikrAh* said...

duduk baik2 ya kt bilik..frh balik dlu...raya mai le rumah...jemput2...hehe...

nadia said...

ya..mmg dok baik2 dlm bilik ni. sorg2 ja la. huhuhu...

balik elok2 na. nnt mai la raya png gak. nnt bleh pi beraya umah "S" bukan nama sebenar :P

Insyallah, kalau lalu SP bleh la singgah klu ada masa.