Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menganugerahi nikmat terbesar pada kita iaitu nikmat iman dan islam. Hari tak sangka sungguh. Rezeki datang tiba-tiba. Sebenarnya dah beberapa hari rezeki itu datang. Dalam beberapa hari ini, ia datang berturut-turut. Di saat dah terasa tak mampu nak buat apa-apa dah. Hanya kepada Allah disandar segala harapan.
Sungguh la, kalau Allah dah nak bagi tu, memang la Dia akan bagi. Cuma carannya sahaja mungkin yang kita tak sangka. Alhamdulillah. Tapi tu la, kita perlu yakin dengan Dia. Dia mungkin nak tengok, tahap ketakwaan kita, tahap kesabaran kita. Bersangka baik dengan-Nya itu perlu. Kalau dah tertulis begitu, Insyallah kita akan dapat. Cuma cepat atau lambat. Usaha juga perlu, tapi dengan tahap keyakinan yang tinggi pada-Nya.
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), 3. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (surah At-Taalaq: 2-3)
syukur kepada-Mu Ya Allah. Ya Rahman Ya Rahim.
No comments:
Post a Comment