Thursday, December 3, 2009

Keputusan exam.....

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, result semester lepas dah keluar. Rasanya, macam baru semalam saya menjawab peperiksaan, study group bersama kawan-kawan baru dan lama, dok lepak depan RC ari-ari, berjaga malam semata-mata wat preparation tuk exam ni la. Ehm...tak sangka eh, result dah keluar.

Sebenarnya, saya tak tahu pun. Terima kasih Cik Ann bagitau. Nasib ada dia yang tolong ingatkan. Kalau tak saya pun tak tau yang result exam dah keluar. Dia gak yang susah payah SMS saya malam tu, cakap dah bleh tengok result. Cian awk kan, tunggu dari kul 4pm nak tengok, tapi tak leh. Saya rasa serve down la.

Newey, kalau kita tak ambil tahu bila exam keluar, adakah kita ni umpama dok dalam gua. Huhuhu....gitu la pandangan seorang "rakan" yang telah melabel salah seorang rakan saya yang tak tahu pun result dah keluar ni. Abes tu, saya pun termasuk dalam kategori dok dalam gua ke???? Huhuhu...saya tak terasa pasal statement dia tu pun, just "rakan" saya ni tak patut la kata macam tu. Awak tu dah macam bangga diri tau. Kita sebagai bakal kaunselor tak leh la nak melabel orang macam tu. Dia kan baru, kita yang senior ni patut tolong dan bagi info. Kita juga dapat pahalanya nanti. Huhuhu...apa-apa je la. Malas nak layan pak cik ooiii. Opss...Hehehehe.....

Ok, nak citer pasal result saya. Alhamdulillah, ada peningkatan sikit. Saya pun tak expect pun nak dapat macam ni. Saya tahu, saya ni study pun main-main, malas baca buku, suka wat assigment last minit, suka terlelap dalam kelas, banyak lagi la. Huhuhu...pi kelas pun selalu lambat. Hehehe....tapi, saya tahu apa yang saya buat. Insyallah, study still my priority walau apa pun saya buat kan. Dan, result kali ni saya agak puas hati la. Huhuhu....saya tak tamak eh, tak letak high expectation. Huhuhu...Saya tahu, banyak mana saya usaha, banyak tu la saya akan dapat. Kalau main banyak, result pun macam tu la. Padan la dengan orang yang suka main-main ni. Untuk pengetahuan semua, semester ni, saya ambil 9 subject ye, dengan 20.5 credit hour. Huhuhu...dasyat gak saya ni.

Tapi, saya rasa, semester ni saya betul-betul rasa saya belajar kaunseling. Saya sangat exited nak buat semua assigment walaupun last minit siapkan. Tak sia-sia usaha saya siapkan assigment dalam masa 8 jam, kerja yang patutnya di siapkan dalam masa berminggu-minggu gak la. Huhuhu...dasyat tak dasyat la saya buat kerja. Tapi, saya tahu apa saya buat. Semester ni banyak sangat yang saya belajar, terutama subjek kaunseling la. Dapat pula lecturer yang hebat dan taiko dalam kaunseling ni, apa lagi, saya bertambah teruja la.

Terima kasih yang tak terhingga buat Mdm Azmah Ghaus yang banyak membentuk saya dan rakan-rakan menjadi kaunselor yang baik, dia ngajar Counseling Lab I dan Theories of Guidance & Counseling. Dr. Haniza Rais ngajar Introduction to School Counseling, yang sangat cool dengan assigment dia yang berlambak-lambak tu. Assignment yang Dr. Haniza bagi tu, semuanya useful, tuk kami gak, even agak tertekan gak la nak siapkan. Huhuhu...tapi, sangat enjoy buat segala assignment tu. Besides, Dato' Mansor ajar subject Counseling Skills for Teachers. Beliau lagi la sangat best dan cool sebab bagi soalan dan jawapan tuk exam. Alangkah bahagianya kalau semua lecturer macam ni. Tp...impossible la kan. Kalau ada pun, satu dalam sejuta kot.

Lecturer yang lain pun sangat cool gak . Banyak yang saya pelajari dari mereka ni. Dr. Nik Suryani Rahman, yang ngajar Educational Psychology dan saya tak sangka result saya tuk Edu. Psyc ni macam ni. Tak terlintas pun, apapun, saya bersyukur sangat. Saya dapat apa yang saya usahakan. Enough for me. Ehm... Assoc. Prof. Dr. Syed Alwi ngajar Tools of Thinking. Sangat best masuk kelas dia. Pengalaman yang baru dok dalam kelas dia sebab seumur hidup saya tak pernah lagi saya masuk kelas tuk aerobic mind ni. Huhuhu....sangat mencabar. Tapi, kami sangat cool dok dalam kelas tu. Enjoy je, makan ramai-ramai, pastu dok gelak-gelak, hehehe...sweet sangat. Markah tuk subjt Tools ni pun sweet je la. Saya tak pandai nak fikir eh. So, saya dah expect nak dapat markah cam ni. Newey, still bersyukur OK...

Lagi sapa eh???...ehm...Cikgu Rozain pun sangat sporting and cool sentiasa. Wat kelas dan jawab kuiz kat tengah court sangat cool. I like it. Best kelas dia, dia pun banyak pengalaman dan ilmu. Cikgu sangat cool, tapi nampak je kalau saya dan Ann nak ngelat main bola. Bleh lak dia detect kami yang main bola main-main. Alaaa...nama pun kena main bola kan. Apa salahnya kami main-main. Huhuhu...tah apa-apa la ayat saya ni. Ok, untuk subject The Organizational of School Co-Curriculum ni, saya agak kecewa la. Saya tak dapat apa yang saya target pun. Sebab saya banyak main kot kelas ni. Kan ni kelas tuk belajar main-main. So, kena enjoy la. Hehehe...Ok...padan muka saya. Apapun, saya still bersyukur dengan markah yang saya dapat, sebab saya tahu, banyak ni je yang saya layak kan. Kalau nak banyak, jangan main-main OK!!! I got that lesson.

Last but not least, Cikgu Suhaimi Razikin la. Orang seberang...huhuhu...Seberang Prai je. Ceh...saya terkena waktu mula-mula dulu. Dia pun sangat cool and best giler. Proud to be his student. Ok, result tuk Bahasa Melayu Lanjutan ni, ok la. Saya tau, saya tak study sangat, so patut sangatlah dapat markah cam ni. Untuk Leadership and Managment, saya puas ati la. Tu la lubuk nak score with maximun marks kan. Terima kasih tuk Br. Andy Wijaya dan Sr. Wan yang jadi trainer yang best and sporting. Glad to be part of Amplang's group. Bravo girls....

Gitu la, 9 subject saya harung sem ni. Sem depan, tak tahu lagi. Bermula Isnin ni je. Hopefully, saya akan enjoy macam sem ni. Insyallah, semester depan, saya akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan beberapa perubahan perlu di lakukan. Saya akan cuba sehabis baik. Doakan saya ye.

Buat kawan-kawan saya, tahniah saya ucapkan atas result kita sem ni. Tak kira la brapa kita dapat, tu yang kita deserve tuk dapat kan. Bersyukur atas segalanya tu. Insyallah, next sem bleh cuba lagi. Boleh di perbaiki lagi kan. Yeah....kita semua pasti boleh. Jumpa lagi di semester II 09/10.




4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ruzanna Rahman ~♥ said...

haha...ur wlcm...

RAKAN? sape ek?do I knw him?sounds like &%$#@...hahha

anyway just wat yg termampu...kdg2 klu tlalu sgt pn xbgs utk kesihatan..hahah

nienadia said...

HIM??? hehehe dunno may b :)

btul2, wat yg termampu la.

Ruzanna Rahman ~♥ said...

huhu..i think i knw is he..hehe