Friday, February 26, 2010

Muhammad SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat


Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, February 25, 2010

Family first




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kepada yang di luar sana, tak kiralah bagaimana sibuknya kita, ibu bapa jangan di lupakan. Kalau tak dapat pulang, sekurang-kurangnya telefon dan bertanya khabar.Antara tanda-tanda kiamat ialah anak-anak menderharkai ibunya dan menjauhi ayahnya dan mereka lebih rapat dengan teman-temannya. Kalau kita tengok dah banyak kes-kes begini berlaku.Anak-anak dah tak hormat dan sayang ibu bapanya lagi. Anak-anak meninggalkan ibu bapa mereka di tepi jalan, di rumah orang-orang tua, kebajikan mereka di abaikan. Masyallah...itulah realiti dunia sekarang.

Janganlah kita menjadi anak-anak yang begitu. Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa doakan ibu dan bapanya...

"Ya Allah, Kau ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, dan uzurkanlah kekurangan-kekurangan mereka. Tempatkan mereka di dunia rahmat-Mu dan akhirat redha-Mu. Amin.  

p/s: Insyallah, hari ini saya akan balik Penang. Doakan saya selamat sampai ya. Tak sabar ni nak balik jumpa mama & abah :)

Monday, February 22, 2010

Kisah malam ini....


Assalamualaikum semua,

malam yang damai lagi tenang. Penuh bintang dan ada juga bulan. Walau bulan tak penuh, tapi tetap cantik :) Subhanallah. Ditambah juga angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tetiba dok berjiwang pulak malam-malam macam ni. Huhuhu...
Saya ni, sambil makan benjo, sambil buat slide powerpoint untuk present pagi besok, sambil dengar lagu kat laptop ni,sambil up-date blog. Hehehehe...sempat lagi tu.

Saya ni sebenarnya baru balik dari meeting. Meeting untuk program kelas Dr. Johdi Salleh, subjek Philosophy of Moral. Untuk kelas moral ni, kami kena buat program kat sekolah. Tugasan akan di ambil markah untuk mid-term exam. Dengar macam senang kan? Tapi nak merealisasikan satu program bukannya mudah. Nak kena tubuh komuniti la, kena buat kertas kerja la, nak dapat bajet dan paling susah nak dapat pengesahan dari pihak atasan. Alhamdulillah, AJK yang terlibat dapat harungi semua kepayahan tu. Dan insyallah, hari rabu ni kami semua akan menjalankan program tersebut di Sek. Men. Sg. Kertas.

Masa meeting tadi, agak kecoh gak la. Kiranya meeting tadi untuk final touch untuk kami semua. Tugasan di beri, modul di bentang dan juga pembahagian tugas masing-masing. Yang pening En.Nurul dan di bantu oleh Cik Eril sebab mereka pegang bahagian modul ni. Mereka berdua agak emo malam ni. Tak tahu kenapa? Huhuhu...tapi mereka berdua masih cool untuk mengawal keadaan. No hard feeling, no heart feeling. Jenuh mereka nak menerangkan apa tugas-tugas kami sebagai fasi dan juga tentang modul yang bakal di buat di sana nanti. Apa-apa pun, meeting tadi berjalan lancar je. Semua kan cerdik pandai, maka segala kekusutan berjaya di atasi. Yeah..kami kan bakal kaunselor :)

Meeting habis pukul 10.30 mlm. Lepas meeting, Cik eril ajak pi lepak kat cafe HS. Nak makan katanya. Kesian dia tak makan lagi. Cik Eril ni memang sentiasa sibuk.Cik Angah dan En. Nurul juga ikut. Sambil makan dan minum, kami bincang banyak topik. Dari masalah rakan sekuliah, masalah politik, masalah isu pahaman agama yang berbeza, isu semasa, termasuk sekali sejarah dunia, sejarah islam, cerita pasal parlimen juga ada. Wah...hebat betul. Masing-masing bila dah bercakap, kalah orang bijak pandai di luar sana. Saya macam biasa la, menjadi pendengar setia. Menyampuk bila perlu, mengiakan je la apa yang mereka katakan :)


Sebenarnya, dari pelbagai isu yang kami bincangkan tadi, banyak isu yang membuka mata saya. Banyak lagi yang saya tak tahu dan mungkin saja-saja buat tak tahu. Dan saya rasa perbincangan ilmiah yang tak di sengajakan ni betul-betul buat saya berfikir panjang.



Dunia sekarang dah semakin sakit. Itulah yang saya dapat simpulkan dari perbincangan "kedai kopi" kami tadi. Rasa macam dah tahu nak buat apa tentang keadaan sekarang. Apa ya yang perlu kita buat untuk betulkan keadaan dunia sekarang??? Tak di nafikan, dunia dah semakin tua, dan banyak juga fitnah-fitnahnya. Tak tahan rasanya nak hadapi. Nak senyap tak boleh sebab kita hidup dalam dunia yang macam ni. Nak tak nak kena hadapi yang realiti ni. Huhuhu....


  

Kalau nak fikir memang banyak masalah dalam dunia ni. Hal bekaitan politiknya, agama, perpecahan antara umat islam, kekejaman israel, dll. Tugas kita apa pula???

 
Rasanya cukuplah kita sekurang-kurangnya ambil tahu isu-isu begini, terutama isu umat Islam. Jadilah umat Islam yang celik mata dan juga hatinya.  Jangan tak tahu langsung. Bila orang tanya, tak la tergagap-gagap nak terangkan. Apabila kita tahu segala masalah, dan berfikirlah dengan waras. Gunakanlah akal fikiran yang Allah bagi dengan sebaik mungkin. Jangan turut hati sangat. Selidik dan pelajarilah ilmu yang benar sahaja.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Surah al-Baqarah: 120)

Sunday, February 21, 2010

Jangan Mudah Putus Asa



"Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap yang kesukaran di sertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan: bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Surah Al-Inshirah: 5-6)


Sebagai seorang muslim, jangalah kita mudah berputus asa. Berpenganglah janji Allah ni dan teruskan usaha. Jadilah seorang yang sabar dan redha atas segala kesusahan yang di terima. Sesungguhnya, sesuatu yang terjadi Allah tidak akan sia-siakannya. Yakin dan pastilah dengan janji dan ganjaran Allah kepada mereka yang bersabar.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, February 14, 2010

CNY break in memory

Assalamualaikum semua,

hari ini tetiba rajin pula nak up-date blog. UIA sunyi dan sepi, macam dilanda garuda aja. Hehehe...boleh ke nak guna peribahasa macam tu? Apa-apa je lah. Semua orang balik bercuti walau UIA cuti 4 hari je. Saya tak balik, sebab kan baru je balik masa cuti pertengahan semester lalu. Kalau balik gak, memang tak jadi kerja la. Assingment bertimbun, sapa nak buat, sapa nak siapakn??? Melainkan diri sendiri. Jadi, saya dan rumate pun membuat keputusan tak balik sempena cuti raya cina ni.
*

Sebenarnya hati meronta-ronta nak balik. Teringat adik-adik yang belajar kat Kedah dan Perak pun balik. Dorang tak pe la cuti, bleh la balik. Rindu kat mama dan abah, rindu nak kacau dan buli & bergaduh manja ngan adik kecik saya. Rasa nak balik sebab nak berkumpul dengan semua orang walau abang yang kat Johor tak de pun. Nak balik sebab nak makan mama masakan mama yang best dan terbaik tu. Huhuhu....nak balik.... :(

Oh ya...Kalau masa perayaan tahun baru cina macam ni, kawasan rumah saya memang meriah. Meriah dengan bunyi-bunyi mercun dan bunga api. Best ooo. Dapat tengok persembahan bunga api secara percuma. Saya rasa polis memang tak membenarkan pembakaran mercun atau bunga api, tapi tah la kenapa jiran-jiran saya tu selamber je bakar gak. Sebenarnya dah lama pun, kalau ada event apa-apa pun dorang bakar gak. Tapi, tak kisah la. Mercun dan bunga api tu yang membuatkan perayaan mereka tu meriah. Kalau tak ada macam tak lengkap plak. Kalau malam perayaan tahun baru cina ni, memang sepanjang pagi dok dengar bunyi orang bakar mercun dan bunga api je la. Sebab tu saya kata sangat meriah kawasan rumah saya ni. Huhuhu...saya teringin nak tengok gak bunga api tu, kat KL tak ada pun.

Bila keadaan sunyi macam ni kat UIA, teringat la kenangan-kenangan yang saya pernah lalui masa cuti perayaan tahun baru cina. Tetiba termasuk dalam mood memory lane. Teringat segala kejadian atau pengalaman yang saya lalui ketika cuti perayaan tahun baru cina sepanjang saya bermastautin di KL ni. Diam tak diam dah hampir 5 tahun saya dok kat KL ni kan. Campur masa belajar kat IIC dan sekarang kat UIA. Agak lama ya. Saya pun tak sedar. Hehehe....banyak kenangan sebenarnya. Ada yang manis macam lolipop, ada yang pahit macam buah binjai, ada yang pedas macam hot & spicy KFC dll. Semua ni membuatkan saya matang dan banyak mempelajari erti kehidupan. Huhuhu...kedengaran seperti serius je. Hehehe...

Tahun pertama di kolej, masa cuti raya cina saya balik kot. Tah la tak ingat sangat, tapi saya rasa saya balik bercuti kat Penang. Balik penang dengan Kown dan Intan. Saya ni, masa zaman kat kolej, mana pernah cuti tak balik. Memanjang je balik sebab ada geng yang suka balik :)

Tahun kedua di kolej, saya ingat lagi kejadian nak balik bercuti sempena tahun baru cina ni. Saya akan ingat sampai bila-bila. Huhuhu....Sebenarnya, saya balik lewat sehari dari Kown dan Intan. Saya balik hari Sabtu, bas pukul 10.30 pg. Sebenarnya bas yang saya nak naik ni bas tambahan dan harga dia pun berganda dari harga hari biasa. Apa-apa je la, asal saya boleh balik sudah. Saya dengan semangatnya awal-awal lagi dah tunggu kat Puduraya, takut kena tinggal bas, dah la saya sorang-sorang masa tu. Menunggu bas tu nak sampai punya la lama. Pukul 10.30 tak de yang panggil lagi. Agak-agak pukul 11 lebih gak la, saya tunggu kat bawat platform tu sampai ada la brader ni panggil pi kat bas. Huhuhu...kena jalan jauh gak la sampai kat Maternity Hospital tu.

Bila tengok bas, saya tak percaya. Huhuhu...kena naik bas sekolah. Tahulah bas tambahan, tapi saya tak sangka kena naik bas sekolah, kalau elok tak apa gak la, ni biasa-biasa aja. Sedih ooo. Ni la pengalam pertama saya naik bas tambahan yang macam ni. Dah la majoriti yang naik adalah warga asing dan lelaki. Perempuan ada beberapa kerat je. Takut tahu tak, dah la dorang ni pandang kami yang perempuan ni semacam je. Tu belum campur bau yang macam-macam dalam bas tu. sabar je la. Alhamdulillah, saya dok sebelah akak ni. Dia pun macam saya gak la, tak nak le lelaki warga asing dok sebelah kami. Azab kot sepanjang nak sampai Penang ni. Maka, lebih kurang pukul 12 gak la baru bas bertolak dari Puduraya tu. Delay hampir 2 jam. Selesai satu perkara.

Masa dalam perjalanan, jalan agak jem. Maklumla, cuti panjang, semua orang nak balik. Pak cik pemandu tu bawak ikut jalan mana tah. Konon-konon jalan pintas la, tak masuk lebuh raya. Saya pun cuba la lelapkan mata, tapi tak leh. Kerusi keras dan sempit. Bas sekolah, luas mana la sangat. Saya rasa bas gerak macam dah lama. Bila saya buka je mata, saya tengok kami kat kawasan Rawang. Ya Allah, dua jam dah tau bas tu gerak baru sampai Rawang. Masyallah, saya tak tahu nak cakap apa. Kalau mengikut perkiraan saya, dalam masa 2 jam tu, dah boleh sampai Ipoh tau. Perut dah la lapar ni. Huhuhu.....saya tak tahu nak buat apa, saya pun sambung la pura-pura pejam mata, melayan perasaan dok teringat mama kat umah. Bila la nak sampai pun tak tahu.

Pak cik pemandu tu ikut bukan jalan lebuhraya, guna jalan kampung. Huhuhu...masuk tah apa-apa jalan la. Pastu dia stop kat perhentian slim river kot untuk berhenti makan & etc. Ni merupakan tempat hentian sebelah, tapi bukan tepi lebuh raya. Saya rasa tempat ni di handle oleh orang bukan melayu. Ada kedai makan cina, ada yang orang indonesia yang berjualan. Eeee...tak lalu saya. Saya tak suka sangat tempat berhenti ni sebab tak tahu tahap kebersihan dia dan halal atau tak makanan tak situ. Tandas pun bleh "tahan wangi". Sabar je la. Saya rasa Saya makan roti gardenia je. Pastu naik bas sambung tidor. Masa tu dah pukul 3 lebih dah. Huhuhu...bila nak sampai tah.

Akhirnya, pak cik pemandu tu masuk gak jalan lebuh raya masa kat Kemunting tu. Bayangkan, dari KL sampai Kemunting guna jalan lama@jalan kampung. Dah naik kematu punggung saya dok atas kerusi keras tu. Sabar je la. Alhamdulillah, akhirnya dalam pukul 5 nak dekat pukul 6 gak la, baru saya sampai. Letih giler dan saya rasa tu la perjalanan saya naik bas paling lama. Perasaan dah bercampur baur sebenarnya, letih, lapar, gembira,geram, marah, tension, semua ada la. Tapi, dah selamat sampai tu, ok la kan.

Bila saya balik dan berfikir, banyak sebenarnya yang saya belajar dalam perjalan tadi. Kesusahan yang saya rasa tu sikit la berbanding dgn orang lain. Orang lain mungkin cabaran atau dugaan yang dia lalui lagi teruk dari saya berbanding saya yang sikit sahaja kesukarannya. Sekurang-kurangnya saya ada tiket nak balik berbanding ornag lain tak dapat balik pun sebab tiket dah abes. Tentang balik ikut jalan lama tu sebenarnya memberi saya pengalaman untuk melihat tempat orang lain. Bukan senang nak lalu jalan tu melainkan kita memang nak pi tempat tu. Lagipun, masa saya nak turun bas, saya ada terdengar pak cik bas tu cakap jalan jem dari KL sampai Ipoh. Kiranya, pak cik tu bijak la guna jalan lama dan awal-awal lagi lari dari kesesakan. Saya rasa kalau pak cik tu tak guna jalan lama ni, lagi lambat la saya sampai. Ok, terima kasih pak cik. Hehehe....Setiap yang Allah tentukan tidak sia-sia. Kita la kena berfikir hikmah dari setiap kejadian. Anda pernah ada pengalaman naik bas tambahan??? Seronok atau ngeri????

Kenangan cerita ni masa saya di tahun ke dua kat kolej. Tahun ketiga saya lagi ngeri bagi sy. Birlah ia menjadi rahsia untuk saya simpan dan menjadi pengajaran yang paling besar buat saya. Kejadian @ peristiwa ni berlaku masa cuti perayaan tahun baru cina. Saya tak balik Kampung sebab cuti pendek sahaja lagipun saya dah ada plan lain dengan rumate saya. Setiap kali cuti tahun baru cina, saya pasti akan teringat kisah ni. Andai waktu dapat di putar kembali saat tu, saya tak akan ulang perkara tu. Saya tak nak ingat pun kisah ni, kalau boleh nak lupa terus. Tapi, tak boleh, mesti teringat punya. Sesungguhnya Allah masih menyayangi saya dan masih memberi peluang kepada saya untuk melihat segala hikmah dan pengajaran perkara tu berlaku.
Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatunya tidak sia-sia.


Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia
Allah tidak main-main dengan ciptaan-Nya
Setiap apa yang dilakukan-Nya
Ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran
Allah Maha Mengetahui
Kita tidak mengetahui


Inilah antara pengalaman dan kenangan saya. Entry yang terpanjang yang pernah saya buat. Hehehe...Ada banyak lagi nak bercerita. Tengok la kalau rajin lagi nak mengarang. Saya akan sambung.

p/s: Selamat Bercuti panjang kepada yang bercuti. Kawan-kawan di universiti lain tengah bercuti pertengahan semester kan??? Gunakanlah masa cuti anda semua dengan bijak. Saya pula di UIA nak siapkan assigment :)

Assalamualaikum.

Thursday, February 11, 2010

Siapa lebih "Jahiliyyah"???

Assalamualaikum semua,

pagi-pagi lagi saya dah menghadap akhbar kat internet. Tengok akhbar utusan. Masyallah, terkejut saya melihat gambar bayi ni. Tega sungguh ibu bapa bayi yang tak berdosa ni. Sanggup dia buat anak dia macam ni. Dah tak ada hati perut ke? Apa salah bayi ni pada mereka. Zalim sungguh.



Ni merupakan gambar bayi perempuan yang di buang tanpa belas kasihan oleh ibu bapanya di sebuah masjid di Permatang Duyong, Melaka. Yang merah-merah kat badan bayi ni adalah semut. Tengok, sampai hatinya ibu bapa dia biarkan bayi ni sampai di hurung semut. Saya tak tahu la, ibu bapa bayi ni manusia ke binatang. Kejam sungguh.

Sedih kan bila ada ibu bapa yang sanggup buat macam ni. Tak meghargai langsung anugerah Allah ni. Bukan semua orang bernasib baik untuk mempunyai anak. Tapi bila dah dapat, tak tahu nak bersyukur.

Baru beberapa hari lepas di Pulau Pinang, seorang bayi perempuan yang tak berdosa di temui tertanam di belakang kilang di Juru. Manakala, di Alor Star juga seorang bayi perempuan di tinggalkan di hadapan rumah seorang anggota polis. Alhamdulillah, nasib baik bayi itu masih hidup. Kejadian pembuangan bayi yang begini bukan baru lagi terjadi, tapi dah lama kita mendengarnya. Kenapa tiada yang mengambil ikhtibar darinya. Kenapa sanggup di buang, ditinggalkan bayi yang tak berdosa tu. Rasanya macam dah kembali ke zaman jahiliyyah. Saya rasa, tiada bezanya zaman kita sekarang ni dengan zaman jahiliyyah yang dah berlaku beribu-ribu tahu dahulu.

Zaman kita dah jadi zaman jahiliyah semula. Cuba kita tengok, bayi-bayi di buang tanpa belas kasihan. Ada juga yang di tanam, di buang dalam tong sampah, di tinggalkan di tepi jalan, tepi semak, depan rumah orang, depan masjid, di tinggalkan dalam tandas dan macam-macam lagi. Kalau zaman jahiliyyah pula, bayi perempuan di tanam hidup-hidup. Zaman kita ada juga bayi yang di tanam, tapi bukan sahaja bayi perempuan malah bayi lelaki juga. Kita lagi hebat dari orang di zaman jahiliyah kan?

Kalau di zaman jahiliyah, bayi hanya di tanam, tapi pada zaman kita bukan sahaja bayi yang tak berdosa itu di tanam malah di buang sesuka hati je
.Kalau di zaman jahiliyah, apabila lahir je bayi perempuan, memang bayi itu akan di tanam hidup-hidup oleh bapa bayi tersebut. Tapi zaman kita sekarang, ada bayi yang belum lahir lagi pun, sanggup dah nak bunuh bayi tu. Bayi yang masih di dalam kandungan pun sanggup nak bunuh. Macam-macam cara di lakukan untuk gugurkan atau membuang kandungan. Kalau kita tengok, ada juga ibu bapa ynag sanggup buang janin yang belum cukup sifat lagipun. Tengok orang di zaman kita lebih bersifat jahiliyah. Siapa lebih jahiliyah ni? Orang di zaman kita atau orang di zaman jahiliyah itu sendiri???



Ketahuilah bahawa anak itu anugerah dan amanah Allah kepada kita. Amanah yang perlu di jaga dan di pelihara sewajarnya. Bukan sesuka hati nak buat apa-apa saja. Kasihan apabila anak kecil, yang tidak tahu apa-apa, yang tiada upaya, yang lemah yang mengharap ibu bapanya menjaganya di biarkan macam tu saja. Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 27-28, bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Anak bukan sahaja Amanat yang Allah tanggungjwabkan untuk kita malah juga merupakan ujian buat kita. Sesungguhnya, di sisi Allah jualah pahala yang besar. Tidak mahukah kita mengejar pahala tersebut???


source: gambar dari UTUSAN ONLINE

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Lahir...Februari


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kepada yang menyambut hari kelahiran dalam bulan Februari ni, saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR.. Owh...adik kecik saya lahir pada 1 hb bersamaan ngan Hari Wilayah :)Dah bertambah matang adik saya ni. Selamat hari lahir le kat dia ni.

Ok la. Macam biasa, saya nak kongsikan di sini rahsia bulan kelahiran dari Dr. Fazilah Kamsah.

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi