Assalamualaikum semua,
malam yang damai lagi tenang. Penuh bintang dan ada juga bulan. Walau bulan tak penuh, tapi tetap cantik :) Subhanallah. Ditambah juga angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Saya ni, sambil makan benjo, sambil buat slide powerpoint untuk present pagi besok, sambil dengar lagu kat laptop ni,sambil up-date blog. Hehehehe...
Saya ni sebenarnya baru balik dari meeting. Meeting untuk program kelas Dr. Johdi Salleh, subjek Philosophy of Moral. Untuk kelas moral ni, kami kena buat program kat sekolah. Tugasan akan di ambil markah untuk mid-term exam. Dengar macam senang kan? Tapi nak merealisasikan satu program bukannya mudah. Nak kena tubuh komuniti la, kena buat kertas kerja la, nak dapat bajet dan paling susah nak dapat pengesahan dari pihak atasan. Alhamdulillah, AJK yang terlibat dapat harungi semua kepayahan tu. Dan insyallah, hari rabu ni kami semua akan menjalankan program tersebut di Sek. Men. Sg. Kertas.
Meeting habis pukul 10.30 mlm. Lepas meeting, Cik eril ajak pi lepak kat cafe HS. Nak makan katanya. Kesian dia tak makan lagi. Cik Eril ni memang sentiasa sibuk.Cik Angah dan En. Nurul juga ikut. Sambil makan dan minum, kami bincang banyak topik. Dari masalah rakan sekuliah, masalah politik, masalah isu pahaman agama yang berbeza, isu semasa, termasuk sekali sejarah dunia, sejarah islam, cerita pasal parlimen juga ada. Wah...hebat betul. Masing-masing bila dah bercakap, kalah orang bijak pandai di luar sana. Saya macam biasa la, menjadi pendengar setia. Menyampuk bila perlu, mengiakan je la apa yang mereka katakan :)
Sebenarnya, dari pelbagai isu yang kami bincangkan tadi, banyak isu yang membuka mata saya. Banyak lagi yang saya tak tahu dan mungkin saja-saja buat tak tahu. Dan saya rasa perbincangan ilmiah yang tak di sengajakan ni betul-betul buat saya berfikir panjang.
Dunia sekarang dah semakin sakit. Itulah yang saya dapat simpulkan dari perbincangan "kedai kopi" kami tadi. Rasa macam dah tahu nak buat apa tentang keadaan sekarang. Apa ya yang perlu kita buat untuk betulkan keadaan dunia sekarang??? Tak di nafikan, dunia dah semakin tua, dan banyak juga fitnah-fitnahnya. Tak tahan rasanya nak hadapi. Nak senyap tak boleh sebab kita hidup dalam dunia yang macam ni. Nak tak nak kena hadapi yang realiti ni. Huhuhu....
Kalau nak fikir memang banyak masalah dalam dunia ni. Hal bekaitan politiknya, agama, perpecahan antara umat islam, kekejaman israel, dll. Tugas kita apa pula???
Rasanya cukuplah kita sekurang-kurangnya ambil tahu isu-isu begini, terutama isu umat Islam. Jadilah umat Islam yang celik mata dan juga hatinya. Jangan tak tahu langsung. Bila orang tanya, tak la tergagap-gagap nak terangkan. Apabila kita tahu segala masalah, dan berfikirlah dengan waras. Gunakanlah akal fikiran yang Allah bagi dengan sebaik mungkin. Jangan turut hati sangat. Selidik dan pelajarilah ilmu yang benar sahaja.
Ingatlah pesanan seorang sarjana:"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Surah al-Baqarah: 120)
1 comment:
butterfly ada lg ka?hehe
Post a Comment