Tuesday, March 16, 2010

Cerita Minggu Lepas


Assalamualaikum semua,
rasa macam dah lama tak up-date blog ni. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Rasa macam malu pula bila baca entry yang lepas yang agak emosional sikit. Waaaa....memang emo pun masa tu. Tapi lepas tu dah okey sikit.

Minggu lepas adalah
minggu yang penuh tekanan bagi saya. Tekanan dari sudut fizikal, mental dan juga emosi. Tekanan emosi la yang paling tak tahan. Nasib le orang yang berada di sekeling saya sepanjang minggu lepas dengar saya membebel pasal yang bukan-bukan. Bukan senang untuk saya melakukan sesuatu yang bukan kehendak saya dan bukan dalam perancangan lagi untuk melakukan itu dalam masa terdekat.Saya tak suka di paksa untuk melakukan sesuatu. Kalau nak melakukan sesuatu, biarlah ikhlas dari hati, bukan paksaan. Cewah...ayat mukadimah pun dah panjang....hehehe....

Okey la...minggu lepas, saya suka + rela + paksa = kena pergi kursus pra-perkahwinan. Ustaz untuk subject parenting yang suruh pergi. Huhuhu...bila dengar je berita tersebut, saya bertambah emo, dah la malam sebelum tu memang dah emo tahap apa tah. Saya rasa macam kena hempap batu kat kepala je masa tu. Muka jangan kata, dah berubah giler. Sebenarnya, ustaz tak paksa pun tapi menggalakan kami semua pi kursus tu. Dia bagi pilihan untuk final assesment untuk subject parenting ni, sama ada pergi kursus kahwin akan dapat 30 markah (full mark) atau buat assingment 25 muka surat lengkap dengan footnote atau buat kuiz. Ustaz ni memang la. Huhuhu...

Balik dari kelas tu, saya berfikir pasal tu. Saya fikir dengan akal bukan dengan hati. Kalau ikut hati, memang tak mau pi pun. Saya cakap dengan semua orang, mintak pendapat, mintak restu, mintak sponsor. Akhirnya, keputusan di buat selepas 4 hari dok berfikir. Saya memilih untuk pergi kursus tu dengan tajaan abang saya. Hehehe...best ooo dapat sponsor. Saya rasa banyak gak faedahnya kalau saya pi kursus ni. Sapa yang tak nak markah penuh kan. Tak payah susah-susah, free je dapat markah. Tapi, kena bayar la. Bagi saya, kursus tu ok la. Tak rugi pun pergi. Dapat sijil seumur hidup tu. Kalau nak kahwin, bila-bila masa je :)

Dalam kursus tu, banyak benda yang saya belajar. Oh realiti perkahwinan memang tak seperti masa bercinta. Pendek kata, jangan bercinta awal. Bercintalah lepas kahwin, ternyata lebih indah :)

Okey, nanti saya akan kongsikan input yang saya dapat masa kursus tu nanti. Bolehlah di jadikan panduan untuk mereka yang bakal berkahwin atau nak mencari bakal-bakal suami@isteri :)

Akhir kalam, Tahniah kepada kawan saya masa kat sekolah menengah dulu di atas perkahwinan beliau. Wa....bila turn saya plak ni ????


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s: Minggu ini akan lebih emo, sebab minggu terakhir sebelum final xm kat UIA. Banyak benda nak di siapkan dan kena hantar. Wahai hati, sabarlah, jangan emo-emo lagi. Ishk...ishk...sejak bila tah pandai nak emo-emo ni :)
okey...i'll calm & cool

1 comment: