Friday, April 30, 2010

Menjaga Hati dan Perasaan.

Rajin plak kan menulis malam ni. Mungkin angin rajin dah bertiup dan sampai ke Marhalah Nusaibah ni. Hehehe...Sebenarnya nak membebel pasal  menjaga hati dan perasaan. Ni bukan berkaitan cinta ok. Hal lain.


Tak dapat di nafikan yang kita hidup ni dalam masyarakat. Bukan hidup sorang-sorang. Jadi, kita tak boleh nak buat hal sendiri, nak ikut kepala otak kita ja. Kena la fikir orang lain sama. Saya sangat kasihan kepada orang-orang yang tak ada sifat ni. Tak ada sifat prihatin, tak memahami keadaan orang lain, tak cuba nak meletakan diri kita kepada sesuatu keadaan.  Dah ramai orang yang macam ni yang saya jumpa. Kesian kan. 

Kadang-kadang terfikir gak, kenapa seseorang ni sanggup buat sesuatu yang kalau kita sendiri nak buat pun tak sampai hati. Tapi orang ni sanggup, sampai hati, hati kering je buat. Macam tak ada perasaan ja. Kenapa ya??? Saya ada gak terfikir, mereka yang bersifat macam ni tak reti nak fikir ke, tak tahu nak menilai ke, tak dapat agak ke apa kesan kalau mereka buat macam tu, apa pula pandangan orang pada mereka. Huhuhu....macam-macam persoalan saya fikir. Akhirnya, apa yang boleh saya katakan, rambut manusia ni sama je hitamnya, tapi dalam hati tu, kita tak tahu, sebab kita tak berkongsi hati.


Kita tak boleh pentingkan diri. Nak orang lain, nak orang sekeliling kita ja cuba faham kita, kita nak la juga faham orang lain. Bertolak ansur sangat penting untuk menjamin kebahagian kedua-dua pihak. Kalau satu pihak ja yang beralah, satu pihak lagi seronok la. Suka sebab ada orang akan pujuk kalau ada masalah yang timbul. Suka sebab ada orang yang nak memulakan maaf, walau tak jelas pun sapa benar sapa salah. Sebagai manusia biasa, mana la nak tahan kalau dah selalu sangat di sakiti. Ada satu hari, nak juga meletup. Sabar pun ada hadnya juga. Kalau dah kerap sangat, mana tahan oiii. Kita ni ada hati dan perasaan tau. Ingat hati dan perasaan tu di buat dari plastik ke????


Kita perlu menjaga mulut dan perlakuan kita sebab kalau tersalah tingkah, hati dan perasaan akan terluka. Jangan jadi sangat menjengkilkan @ annoying  yang bleh menyebabkan orang di sekeliling  membenci kita. Kalau dah benci, kita mungkin akan di jauhi. Maka, tak ada kawan la lepas ni. Mana ada yang berani nak dekat kalau dok buat perangai menjengkilkan macam ni. Menjengkilkan yang saya maksudkan adalah, suka sangat nak komplen, membebel tak tentu pasal, mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dll. Perlakuan tersebut akan menyebabkan orang mendengar terluka tau. Kalau hari-hari dok ulang perangai macam tu, bleh ke orang nak tahan. Pikir la sendiri.


Sebab tu dalam islam kita di ajar untuk berakhlak dan beradab. Kan cantik kalau kita selalu menyenangkan orang lain. Hati pun senang, pahala pun dapat. Tak mau lagi ka? 


Perkataan yang baik adalah sedekah kerana ia dapat membuka jiwa, mengembirakan hati, menyembuh luka,menghilangkan kemarahan dan menebarkan kedamaian pada orang yang mendengarnya.

Jadi, marilah sama-sama kita menjaga hati dan perasaan orang sekeliling kita. Tolong jangan guna perkataan yang bleh menyebabkan orang lain sakit hati okey. Sebelum nak berkata-kata, fikir dulu apa yang nak di katakan. 

Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia mengucapkan kata-kata yang baik atau diam” (HR Bukhari Muslim)

 Akhir kalam:

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TAG pertama

Masa tengah dok type N3 tadi, daku di tag. Huhuhu....first time kena tag. Apa lagi, meh kita jawab soklan. Macam mencabar minda ja. Oh ya, saya di tag oleh cikcah

1. Apa yg anda buat klu anda tahu member tikam belakang anda?
Huhuhu...berani ke nak tikam? Saya akan karate dia balik. Jangan main-main sama daku :P

2. 6 org dihati anda??
Mama, abah, abang, affan, hazim, afiq. alamak...tak cukup plak nak letak kak nur. Huhuhu...

3. Anda rasa anda COMEL?
Huhuhu...no komen. Jawapan klise macam artis.

4. Single or taken?
Single & not taken yet. Hehehe...

5. Blog yg anda suka?
www.ilhamnadiah.blogspot.com. of coz i like my own blog walau tak best mana pun.

6. Adakah bilik anda kemas setiap ari?
huhuhu....tak juga. Kalau kemas bermakna saya sangat rajin la. Standart bilik students.

8. Last text mesej?
uiks....Cik Ann yg antar SMS ni : Ok2. xpe.thnx

9. Last fon call?
Dari Cik Ann juga. Call tanya pasal assigment.

10. Hari terakhir anda menangis?
tah la. tak ingat plak. 2 minggu lepas kot kat rumah, masa cuti semester.

11. List 5 warna kegemaran?
biru, hijau, unggu, hitam, cokelat

12. Org terakhir anda ber YM?
tengah berYM ngan Cik Farah Hana

13. Game yg anda paling suka?
spider solitaire. wajib main hari-hari.

14. Adakah anda peminat MCR?
MCR tu My Mechamical Romance ke??? huhuhu...

15. Apa perasaan anda bila jawab TAG ni?
Nervous sbb 1st time kena tag.  Hehehe....

16. Anda rasa TAG ni best?
Boleh la. Soklan agak mencabar minda gak la.

17. Ok TAG lagi 10 org?
10 orang? ramai nya. ok la. 
perhatian anda di tag ya. 
selamat menjawab.

cik ann
en. zul
fairuz
madah fikrah
syahman
sheril aida
kubey
shafiq
dibahadib
budakecit

Random: Di kala Short Sem

Assalamualaikum semua,

saya sekarang berada di UIA, mengambil short sem. Tak sangka kan, short sem ni sangat la membosankan. Tak tahu nak describe macam mana. Patut la ada orang kata, buat apa amik short sem, baik dok umah ja. Rasa macam nak setuju je ngan pendapat tu. Huhuhu...

Permulaan minggu short sem ni ok la kot. Saya amik tiga subject yang bersamaan ngan 8 jam credit. Tu pun ada gak yang terkejut napa amik banyak subject. Huhuhu....terpaksa la. Nak buat macam mana kan. Study plan dah lari. Nak kena fix balik, dan kena cover ngan mengambil short sem ni la. 


Okey, minggu first ni dah ada kena attend meeting. Tak kasi chance langsung la "BOS" tu. Sekali, dah dapat arahan kena buat kerja. Nasib la dapat task yang ok, dan nak run program pun lambat lagi. Program bulan lapan tapi dah mula bincang sekarang. Advance kn???? Oh ya...ada orang cuci mata masa meeting aritu. Sapa eh??? Sambil menyelam minum air nampak !!!! Hehehe


Short sem ni saya amik Special Needs Education, UNGS dan Testing. Semua class ok, tapi kelas Special Needs  je la agak tak best, sebab saya tak ada kawan. Kena kawan ngan "adik-adik". Huhuhu....mana saya bleh masuk ngan depa tu. Tapi, i have to adapt that situation by hook or by crook. Naseb baik hanya 7 minggu. Assingment dah dapat, apa lagi,...masa untuk kerja la. Nasib baik dapat group mate yang ok. Tak banyak songeh dan saya bleh masuk kot ngan dorang ni. Redah je la. Yeah....i can do it.


Kelas UNGS plak dapat ustaz yang sempoi habis. Dalam kelas, saya dan kawan-kawan dok betul-betul depan meja ustaz. Kiranya menghadap ustaz la. Tak ada chance nak terlelap ke apa, tapi saya macam biasa ja. Tetap mengaplikasikan skill yang ada. Dan saya harap berkat ilmu tu sampai la kat kami dulu, yang dok depan ni. UNGS ni dah la subject yang agak-agak susah. Apa-apa pun, Insayallah, harapnya bleh score.


Kelas Testing is cool sebab kelas hari-hari. Lecturer pun Ok sebab dia sangat adorable and sweet. Tapi kan, macam ada orang merajuk ja ngan kami (saya, ann, ....) sebab tak leh join group assigment ngan kami. Dan rasanya sebab tu la bermulanya krisis antara Cik A &  En. B kot. Sampai dah jarang nak bertegur sapa. Apa kes la. Huhuhu...sumtimes kita kena terima la. Bukan tak nak ngan dia tapi kami nak mengelakan sesuatu yang buruk dari terjadi. Pengalaman di semester lepas dah mengajar kami. Bukan tak boleh buat kerja tapi tu la....bila dah berlainan gender, payah sikit la. Asyik nak bertekak je, mana nak tahan. Pastu masing-masing nak emo. Tak bleh blah le jugak. So, this sem kami cuba nak elok perkara tu. Hopefully "dia" paham. 


Ehm...tak sampai seminggu dok kat UIA ni, dah terasa boring yang amat. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Hari khamis lagi dah start sunyi. Kereta pun tak banyak sangat. Mana pi semua orang tah. Huhuhu...
Okey, before I go just wanna share:  


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, April 27, 2010

Kau kawan, teman dan sahabat

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

 
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak kan hadith yang menceritakan tentang sahabat/kawan ni. Tiba-tiba terasa rindu pada kawan-kawan. Saya ada ramai kawan, dari saya tadika, sek. ren, sek. men, kolej sampai la dah masuk UIA. Tapi saya jarang sangat nak hubungi mereka ni. Sebab apa ???? Huhuhu...tak tahu la. Tapi, saya tak pernah lupakan mereka semua. Rindu nak jumpa, nak tahu kisah mereka selama ini dll.... apa-apa pun, saya sentiasa doakan yang terbaik buat mereka. Samada di dunia dan juga akhirat.

Baru-baru ni, saya on balik YM ID saya masa zaman sekolah dulu, yang menggunakan nama tah apa-apa la. Seronok sangat sebab dapat chat ngan beberapa kawan yang dah lama sangat tak jumpa dan sembang. Oh ya, yang paling tak sangka, terchat ngan "seseorang yang pernah dekat di hati, tapi jauh di mata, kerana takdir, maka tak dapat bersama". Hehehe, amboi panjangnya huraiannya....satu kisah lama zaman sekolah la. Zaman dulu di kala zaman Jahiliyyah. Opsss....jangan buat spekulasi apa-apa okey !!!!

Okey, lepas tu, seorang kawan lama drop by kat Friendster saya. Almaklum la, ambo ni mana adanya "muka buku" , maka masih pakai FS la. Rindu kot ngan kawan ni, dia kawan masa sekolah rendah. Dia ni dok Australia. Kami berdua bertukar khabar dan up-date tentang diri masing-masing dan juga kawan-kawan yang lain. Huhuhu...

Pastu, ada lagi sorang kawan masa kat kolej SMS saya masa cuti, dia tanya khabar dll. Terasa macam jejak kasih pun ada. Bagus gak saya bercuti ni, boleh la nak membalas dan melayan kawan-kawan saya ni. Kalau hari biasa, mungkin agak susah kot. Huhuhu...(alasan je ni).

Dan saya tersedar, betapa teruknya la saya ni. Sampai hati tak hubungi atau bertanya khabar kawan-kawan lama. Tapi...tu la. Dah memang jenis macam ni. Kalau kawan-kawan tak tegur atau tanya dulu, jangan harap la saya akan memulakan. Teruk kan????? Huhuhu....

Apa-apa pun.....,

Hargailah kawan-kawan di sekeliling kita. Kawan masa senang mudah di cari, tapi kawan masa susah ....belum tentu ada yang sudi. Cubalah menjadi kawan yang terbaik, seperti yang tersebut dalam hadith.

"BINALAH KASIH SAYANG SESAMA INSAN, 
DEMI KASIH SAYANG ALLAH"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


TO ALL MY FRIENDS,
I REALLY LOVE YOU ALL,
THANK YOU FOR BEING PART OF COLOR IN MY LIFE,
APPEAR IN PART OF MY BOOK'S CHAPTER IN MY LIFE,
MAY ALLAH BLESS YOU ALL.....


reference: Quote HADITH

Tuesday, April 20, 2010

Random aktiviti masa cuti


Assalamualaikum semua,
lama sudah menghilangkan? Biasa la, sekarang di rumah kat Penang. Menghabiskan cuti semester yang dah nak habis ni. Sekejap je kan, dah nak balik UIA ni. Ehm...dok umah ni tak ada la aktiviti yang manarik pun yang boleh di buat. Aktiviti biasa la, makan, tidor, online, membaca, usik adik, amik adik kat sek, memasak, membasuh etc...

Oh ya, semalam rasanya ada membuat sesuatu yg menarik kot. Semalam saya bersama keluarga pergi ke Alor Star untuk mengambil barang-barang adik saya yg belajar di KUIN, Kedah. Kata adik saya, dia nak bawak balik semua barang-barang dia. Dia akan balik ke Penang untuk praktikal selama 3 bulan. Barang-barang adik saya hanya satu beg plastik dia letak semua baju dia pi kelas kot, meja belajar, 1 beg sling, dan kotak laptop. Tu je. Huhuhu...budak lelaki memang gini eh? barang sangat sikit . Kata nak bawak balik semua, gaya macam banyak ja. Hehehe...sumpah nak tergelak giler masa tu. Tengok barang dia membuatkan saya tersenyum sendiri. Ishk...ishk...ishk..kalau kakak la, mesti penuh bonet. Ni, alahai suku bonet pun tak sampai.

Saya rasa, ni la perbezaan antara lelaki dan perempuan. Barang-barang lelaki mesti sikit ja. Kalau perempuan, alahai....mesti banyak punya. Macam aritu saya dan rumate berkemas sebelum nak cuti semester. Barang saya semestinya dah banyak, dengan buku & notes, baju kurung yg berbelas pasang, tudung, kasut, etc. Agak banyak, nak dekat 6 atau 7 beg gak la. Tapi, rumate saya lagi banyak. Tudung aja dah satu beg. Barang lain lagi. Hehehe...(sori dear, i terbagi tau plak). Dah terbukti, lelaki sangat ringkas dan tak banyak barang pun. Pakai apa yang ada je. Tak payah susah-susah. Huhuhu...best gak kan jadi lelaki !!!!

Apapun, saya bersyukur menjadi seorang perempuan.
Sekian sahaja cerita saya. Bersambung di lain kali.
Saya nak bercerita tentang bandar Alor Star yg saya telah melawat smlm.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku), maka
sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)



Thursday, April 15, 2010

Kudamba RedhaMu


 Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....


Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Wednesday, April 14, 2010

Better late than....

Assalamualaikum semua,
dah lama saya tak mencoret apa-apa kat sini. Maklumla, sibuk aja. Hehehe...ok. Layout blog yg baru mcm ni je kot. kalau rajin nanti nak tambah apa-apa lagi. Tak pun nak tukar kaler background kot. Tengok la.

Sebenarnya tak tau nak tulis apa. Tapi rasanya, bulan ni saya tak post lagi tentang Rahsia Bulan Kelahiran kan. Benda wajib tiap-tiap bulan tu. Maaf, dah nak masuk pertengahan bulan April pun. Better late than never. Hehehehe...ok. jom kita tengok:

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


Saturday, April 3, 2010

Under Construction....omputeh kata

Assalamualaikum semua, 
jangan terkejut ya tengok layout blog ni yang agak berserabut dan tonggang-langgang segala warna latar belakang, tulisan dan lain-lain lagi. Sebabnya














Saya nak blog ni berwarna hitam sebab hitam itu menawan. Tapi, malangnya,, beberapa rakan meyarankan menukar warna hitam tu. Nampak tak cantik dan agak tenggelam. Tak nak baca la blog kalau warna macam ni, dan macam-macam kata-kata "yang agak cukup perisa" yang memanaskan telinga dan hati saya. Hehehe....iye ke???? Sapa la tu????? Huhuhu.... Saya rasa macam dah cantik ja. Tapi tak apalah, segala cadangan akan di pertimbangkan. Saya kan rasional orangnya.

Saya akan mencari layout yang lebih menarik dan ceria. Sekarang kan sibuk dengan final exam, jadi tak ada masa sangat nak mencantikan blog ni. Insyallah, lepas dah habis exam, saya akan bersambung kembali.

Blog ini akan berubah wajah dan juga pengisian yang lebih matang dan berinformasi dan pastinya akan memberi manfaat kepada pembacaa. Cewah...ayat...tak bleh blah sungguh :) Apa-apa pun, teruskan membaca blog picisan ni.(wonder; adakah org yg membaca blog saya ni?????)

Akhir kata.......SELAMAT MEMBACA BLOG. Bila dah baca, jangan lupa bagi komen@cadangan@kritikan@kutukan@pujian etc.Tinggalkanlah jejak anda untuk saya jejaki...