Assalamualaikum semua,
lama sudah menghilangkan? Biasa la, sekarang di rumah kat Penang. Menghabiskan cuti semester yang dah nak habis ni. Sekejap je kan, dah nak balik UIA ni. Ehm...dok umah ni tak ada la aktiviti yang manarik pun yang boleh di buat. Aktiviti biasa la, makan, tidor, online, membaca, usik adik, amik adik kat sek, memasak, membasuh etc...
Oh ya, semalam rasanya ada membuat sesuatu yg menarik kot. Semalam saya bersama keluarga pergi ke Alor Star untuk mengambil barang-barang adik saya yg belajar di KUIN, Kedah. Kata adik saya, dia nak bawak balik semua barang-barang dia. Dia akan balik ke Penang untuk praktikal selama 3 bulan. Barang-barang adik saya hanya satu beg plastik dia letak semua baju dia pi kelas kot, meja belajar, 1 beg sling, dan kotak laptop. Tu je. Huhuhu...budak lelaki memang gini eh? barang sangat sikit . Kata nak bawak balik semua, gaya macam banyak ja. Hehehe...sumpah nak tergelak giler masa tu. Tengok barang dia membuatkan saya tersenyum sendiri. Ishk...ishk...ishk..kalau kakak la, mesti penuh bonet. Ni, alahai suku bonet pun tak sampai.
Saya rasa, ni la perbezaan antara lelaki dan perempuan. Barang-barang lelaki mesti sikit ja. Kalau perempuan, alahai....mesti banyak punya. Macam aritu saya dan rumate berkemas sebelum nak cuti semester. Barang saya semestinya dah banyak, dengan buku & notes, baju kurung yg berbelas pasang, tudung, kasut, etc. Agak banyak, nak dekat 6 atau 7 beg gak la. Tapi, rumate saya lagi banyak. Tudung aja dah satu beg. Barang lain lagi. Hehehe...(sori dear, i terbagi tau plak). Dah terbukti, lelaki sangat ringkas dan tak banyak barang pun. Pakai apa yang ada je. Tak payah susah-susah. Huhuhu...best gak kan jadi lelaki !!!!
Apapun, saya bersyukur menjadi seorang perempuan.
Sekian sahaja cerita saya. Bersambung di lain kali.
Saya nak bercerita tentang bandar Alor Star yg saya telah melawat smlm.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku), maka
sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku), maka
sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)
1 comment:
kalau saya bukan setakat suku bonet kereta tapi penuh 1 kete...buktinya yg latest balik cuti ni...my mum mengomel "tlebih muatan"...ahaks!
Post a Comment