Tuesday, August 30, 2011

Sunday, August 21, 2011

Nak ucap:

Assalamualaikum semua,

Nak ucap:


Kepada:
Dia 
dan 
sesiapa juga 
yang turut menyambut hari kelahiran pada hari ini

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

 
tak lupa nak ucapkan:
 
 
Salam Hari Al-Quds


sempena mengingati peristiwa 21 Ogos 1969


Friday, August 19, 2011

SILENT is not a crime

Assalamualaikum semua,


Selamat berpuasa untuk hari yang ke-19. Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru ja mula berpuasa kelmarin. Pantas sungguh masa bergerak kan. Okey, dah lama tak menulis kat sini kan. Sebenarnya, hari-hari online, hari-hari buka blog, hari-hari mengadap laptop, TAPI tak tahu nak menulis apa. Ada idea tapi…ehm…ehm...ehm....... tak yah cakap. Seribu alasan nanti keluar kan ^_^

Sebenarnya, tengah siapkan laporan Program PRS. Program ni dibuat masa praktikal haritu la. Dah berkurun baru nak buat kan. Buat pun sebab Cik Ann suruh la. Kalau tak, entah tahun bila nak siap. Dah alang-alang menulis laporan tu, terus nak up-date blog kesayangan ramai ni. 


Terkial-kial juga nak siapkan laporan ni. Walaupun tak perlu panjang-panjang, tapi nak mencari perkataan yang sesuia susah juga ya. Maklumlah, dah lama tak pi sekolah. Kosa kata yang dasyat-dasyat dulu dah lupa. Jenuh berperah otak, siap Google translate lagi sebab tak tahu nak letak perkataan apa. Ya Allah, baru sebulan lebih, rasa kepala otak dah beku. Jangan jem sudah, nak pakai lama ni. Huhuhu…


Ehm…nak cerita apa eh kat sini. Ehm…tengok, jem sudah ^_^ 


Okey…saya nak cakap saya sangat bersyukur sebab bercuti panjang di rumah. Bersyukur juga sebab cuti ni berada dalam bulan Ramadhan, maka saya dapat berpuasa sebulan di rumah. Bersyukur juga sebab dapat solat terawikh kat masjid. Bersyukur juga sebab sepanjang saya cuti dapat berbakti kepada keluarga, menbanting tulang empat kerat menguruskan rumah-tangga sebab mama saya sibuk menjahit baju. Bersyukur juga sebab dapat makan yang best-best masa berbuka. bersyukur sebab hari-hari tak terlepas bersahur lagi. Dan yang paling bersyukur sebab Allah masih menemukan saya dengan Ramadhan kali ini, Allah masih panjangkan usia, memberi kesihatan yang baik untuk meneruskan beribadat dalam bulan Ramadhan. Subhanallah, Maha Suci Allah.


Bulan Ramadhan adalah pesta bulan beribadat, bukan pesta bulan makan. Semua orang berlumba-lumba mengemukan amalan mereka dalam bulan ini, bukan hanya menggemukan perut kala berbuka puasa. Ramadhan hanya datang setahun sekali. Kita sendiri belum pasti samada kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang atau tidak. Entah-entah, Ramadhan kali ni pun  kita tak sempat habiskan hingga ke penghujung pun. 


Insyaallah, lagi 1 hari kita akan ke fasa terakhir Ramadhan iaitu menjelang 10 hari dan malam terakhir dibulan yang mulia ni. Malam ni dah malam yang ke-20 kot. Mari kita gandakan ibadah kita, mari kita melajukan langkah kita untuk menuju ke hari-hari terakhir ini.  Akhir kalam, SELAMAT BERIBADAH. Walaupun tidur dalam bulan Ramadhan dikira ibadah, tapi tak kan nak tidur sahaja sepanjang hari bukan. Sayang masa dibiarkan berlalu tanpa memberi manfaat kepada kita. 

Eh...apa kena mengena dengan tajuk ya? Ehm...nak cakap berdiam diri tu lebih baik. Berdiam diri dan berfikir lagi baik. Sebab tu orang kata, diam-diam ubi berisi. Dalam kita berdiam tu, banyakan cari ilmu. Bukan diam dan tidur.

Sebelum saya mengundurkan diri, nak kongsi sebuah Hadith.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: ” Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah
kamu melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok
daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang
mencerca atau hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah
mengatakan: ”Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku
berpuasa!”
.


 RAMADHAN peluang mengukuhkan IBADAH, mengurangkan MAKSIAT....

Thursday, August 4, 2011

Wherever You Are

My best times
Were when I felt close to you
But everything fell apart
The moment I strayed from you
 
In each smile
In every single sigh
Every minute detail
Traces of you are found there
 
Wherever you are I’ll find you
Cause you’re the one I turn to
Wherever you be I’ll be with you
Cause you’re the one my heart is to 
I need you
 
To see your smile
I would pass every trial
Desperately I await
For the day when I’m by your side
 
Wherever you are I’ll find you
Cause you’re the one I turn to
Wherever you are I’ll follow you
Cause you’re the one I turn to
Wherever you be I’ll be with you
Cause you’re the one my love is to
 
My love is to
Wherever you may be
I’ll follow till I see
In my heart you will be
Your love is all I need
 
In every single smile
Every single sigh
Every minute detail
Traces of you are there
Wherever you may be
I will search till we meet
In my heart you will be
Your love is all I need
Wherever you may be

Monday, August 1, 2011

Rindu Ramadhan








Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti

Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran