Assalamualaikum semua,
Selamat berpuasa untuk hari yang
ke-19. Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru ja mula berpuasa
kelmarin. Pantas sungguh masa bergerak kan. Okey, dah lama tak menulis kat sini
kan. Sebenarnya, hari-hari online, hari-hari buka blog, hari-hari mengadap
laptop, TAPI tak tahu nak menulis apa. Ada idea tapi…ehm…ehm...ehm....... tak yah cakap. Seribu alasan
nanti keluar kan ^_^
Sebenarnya, tengah siapkan
laporan Program PRS. Program ni dibuat masa praktikal haritu la. Dah berkurun
baru nak buat kan. Buat pun sebab Cik Ann suruh la. Kalau tak, entah tahun bila
nak siap. Dah alang-alang menulis laporan tu, terus nak up-date blog kesayangan
ramai ni.
Terkial-kial juga nak siapkan
laporan ni. Walaupun tak perlu panjang-panjang, tapi nak mencari perkataan yang
sesuia susah juga ya. Maklumlah, dah lama tak pi sekolah. Kosa kata yang
dasyat-dasyat dulu dah lupa. Jenuh berperah otak, siap Google translate lagi sebab
tak tahu nak letak perkataan apa. Ya Allah, baru sebulan lebih, rasa kepala
otak dah beku. Jangan jem sudah, nak pakai lama ni. Huhuhu…
Ehm…nak cerita apa eh kat sini.
Ehm…tengok, jem sudah ^_^
Okey…saya nak cakap saya sangat
bersyukur sebab bercuti panjang di rumah. Bersyukur juga sebab cuti ni berada
dalam bulan Ramadhan, maka saya dapat berpuasa sebulan di rumah. Bersyukur juga
sebab dapat solat terawikh kat masjid. Bersyukur juga sebab sepanjang saya cuti
dapat berbakti kepada keluarga, menbanting tulang empat kerat menguruskan
rumah-tangga sebab mama saya sibuk menjahit baju. Bersyukur juga sebab dapat
makan yang best-best masa berbuka. bersyukur sebab hari-hari tak terlepas
bersahur lagi. Dan yang paling bersyukur sebab Allah masih menemukan saya
dengan Ramadhan kali ini, Allah masih panjangkan usia, memberi kesihatan yang
baik untuk meneruskan beribadat dalam bulan Ramadhan. Subhanallah, Maha Suci
Allah.
Bulan Ramadhan adalah pesta bulan
beribadat, bukan pesta bulan makan. Semua orang berlumba-lumba mengemukan
amalan mereka dalam bulan ini, bukan hanya menggemukan perut kala berbuka
puasa. Ramadhan hanya datang setahun sekali. Kita sendiri belum pasti samada
kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang atau tidak. Entah-entah, Ramadhan
kali ni pun kita tak sempat habiskan
hingga ke penghujung pun.
Insyaallah, lagi 1 hari kita akan
ke fasa terakhir Ramadhan iaitu menjelang 10 hari dan malam terakhir dibulan
yang mulia ni. Malam ni dah malam yang ke-20 kot. Mari kita gandakan ibadah kita, mari kita melajukan langkah kita
untuk menuju ke hari-hari terakhir ini. Akhir
kalam, SELAMAT BERIBADAH. Walaupun tidur dalam bulan Ramadhan dikira ibadah,
tapi tak kan nak tidur sahaja sepanjang hari bukan. Sayang masa dibiarkan
berlalu tanpa memberi manfaat kepada kita.
Eh...apa kena mengena dengan tajuk ya? Ehm...nak cakap berdiam diri tu lebih baik. Berdiam diri dan berfikir lagi baik. Sebab tu orang kata, diam-diam ubi berisi. Dalam kita berdiam tu, banyakan cari ilmu. Bukan diam dan tidur.
Sebelum saya mengundurkan diri, nak kongsi sebuah Hadith.
Sebelum saya mengundurkan diri, nak kongsi sebuah Hadith.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: ” Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah
kamu melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok
daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang
mencerca atau hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah
kamu melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok
daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang
mencerca atau hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah
mengatakan: ”Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku
berpuasa!”.
berpuasa!”.
RAMADHAN peluang mengukuhkan IBADAH, mengurangkan MAKSIAT....
No comments:
Post a Comment