"Mak
jumpa Firdaus dekat kedai tadi, tengok keretanya jenama dari oversea,
baru lagi. Katanya dia buat business sekarang, dulu kerja dekat Tanjung
Malim." Ujar emak saya.
Teh yang masih berwap panas itu saya hirup sedikit. Berita di
televisyen saya lihat dengan pandangan kosong. Mungkin otak ligat
memahami maksud tersirat di hati emak.
"Mak rasa kejayaan yang sebenar apa dia?" Saya bertanya pula kepada emak.
Emak diam. Berfikir mungkin dengan soalan saya.
"Kita ni selalu pandang kejayaan material je, kereta besar, rumah
besar, jawatan hebat. Tapi kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita
berjaya jadi insan yang beragama, itu kejayaan maknawi. Mana yang mak
nak? Anak berjaya rumah besar, kaya tapi malas solat, tak hormat ibu
bapa, cucu pula tak reti solat semua atau mak nak anak yang ada rumah
biasa, tak mewah macam kita sekarang tapi isi rumahnya beragama?" Saya bersoal lagi.
"Ish, mestilah mak nak yang hormat mak ayah, beragama semua. Tak nak anak yang kaya rupa tu."
"Nah, mak sendiri dah tahu pilihan mak apa dia, tapi orang masih memandang yang rupa dari isi."
Mak diam lagi. Pandangannya mungkin tembus ke televisyen.
Ini adalah pemikiran masyarakat yang saya rata-rata berfikiran
sedemikian rupa. Mengukur kejayaan dari harta dan kekayaan yang
diperolehi. Entah, saya sendiri tidak tahu di mana silapnya. Jika ada
anak yang punya akhlak baik, beragama walau kurang berjaya dalam
akademik, tidak pula mahu dipandang dan dikatakan berjaya.
Jika ditanya kepada saya, apakah erti kejayaan yang sebenar?
Maka wajib bagi saya menjawab bahawa kejayaan itu adalah apabila kita
mampu menjadi manusia rabbani, yang beragama. Apabila kita merasakan
segala perbuatan itu bermatlamatkan Allah, maka automatik segala suis
akan dihidupkan untuk memacu diri mencapai kejayaan dari pelbagai sudut
dunia dan akhirat.
Sahabat sekalian,
Mungkin bagi pelajar, masih berada di 'mood' mendapat
keputusan peperiksaan, ada yang gembira tidak terkata, kecewa tidak
terhingga, tersenyum puas, atau memandang bersahaja.
Tidak terkecuali juga saya. Alhamdulillah, diberi kecemerlangan tidak
disangka. Namun dalam pada masa yang sama, saya takut andai ujian ini
membuatkan saya jauh dari Allah malah mengundang pula kemurkaan-Nya.
Maka saya bermuhasabah.
Saya mahu membawa anda bermuhasabah bersama. Ayuh kita, buat para penerima anugerah dekan ini pesanan khusus untuk anda.
Sering saya melihat dan mendengar cerita dari rakan-rakan. Berbaur nada tidak puas hati, cemburu atau apa- apa sahaja.
"Harap je dapat anugerah dekan, tapi meniru juga, bawa toyol masa test."
Mungkin anda juga pernah mendengarnya, bahkan mungkin juga sebenarnya itu adalah diri anda!
Inilah yang saya katakan, kejayaan yang bukan maknawi. Kita berjaya tapi kita tidak mampu menjadi orang beragama.
Kita berjaya tapi kita masih lagi sombong dengan Allah.
Malas untuk solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, mulut masih
tidak reti dijaga, pentingkan diri sendiri, dengan ibu bapa tidak pula
kita hormat dan meninggi diri, masih lagi meniru dan banyak lagi.
Ini cuma sebahagian sahaja.
Muhasabah sahabat.
Muhasabah para pemegang dekan sekalian.
Ini bukan artikel bernada cemburu! Tetapi ini peringatan untuk diri saya dan anda.
Jika diri masih tidak sedar, maka awaslah bahawa hati anda sudah mula ada penyakit.
Berdoalah wahai diri, mintalah kepada Allah agar kejayaan atau
kegagalan yang diperolehi ini mampu membawa kita dekat dengan Allah,
mampu memberikan kita tenaga untuk menjadi penegak kalimah Allah.
Jalan Allah untuk mentarbiyah hambanya cukup cantik dan sempurna.
" Kak Suhana, tiba-tiba mahu kata-kata motivasi untuk diri ini, rasa down sikit dengan result exam."
Saya mendapat kiriman di facebook.
" Adikku, tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk
meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa
Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat,
kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa!
Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT.
Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."
Saya membalas kiriman tersebut.
"Alhamdulillah, terima kasih Kak Suhana atas kata motivasi,
bermakna sangat buat saya. Hampir saya terlupa bahawa Allah beri ni ada
sebabnya, kena tampal lubang-lubang usaha yang bocor."
Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, maka ada kejayaan besar yang menanti.
Berjaya atau gagal, kembalilah kepada Allah setiap saat dan detik,
kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang
ada di bumi.
SUMBER: Artikel iluvislam.com
p/s: artikel ni hasil perkongsian seorang kawan kepada saya. Tulisan di atas adalah hasil perkongsian Norsuhana Samsudin, Pelajar tahun akhir di UiTM Shah
Alam, mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Prinsip
hidupnya hanya ada dua pilihan, sama ada mati sebagai syahid atau menang
sebagai mujahid. http://ayam-jihad.blogspot.com. [tolong promote ^_^]
Selepas membacanya, saya rasa macam ada refleksi pada diri sendiri. Ketika perasaan bangga dan riak ada dalam diri, ada orang yang tolong memberi peringatan. Alhamdulillah.
Menghampiri tahun terakhir dan semester terakhir menyebabkan kerisauan tentang CGPA sendiri sangat tinggi. Terasa dalam diri ada penyesalan tak sudah, bimbang tentang sesuatu yang tak wujud dll. Saya hampir lupa yang segala kejayaan itu milik Allah. Kalau Dia nak bagi, dengan mudah juga Dia akan izinkan.
Tentang artikel tersebut, bagi saya rezeki mendapat Dean's List bukanlah sepenuhnya hasil usaha sendiri, tapi dengan pertolongan Allah juga. Jadi, tak perlu kot nak sedih kalau tak dapat capai target. Kalau dapat, kita bersyukur. Kalau sebaliknya pun kita kena bersyukur juga. Tak kan nak jadi hamba Allah yang kufur kan? Semoga Allah menjauhkan sifat riak dalam diri. Tidak semua manusia sempurna, tapi kita boleh usaha untuk mencapai kesempurnaan itu.
Semoga yang dikejar bukanlah Dean's List tapi DEEN List ^_^
Peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya.
Semoga yang dikejar bukanlah Dean's List tapi DEEN List ^_^
Peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya.
2 comments:
Jazakallah untuk entri ni.Penuh makna. Saya selalu berdoa agar Allah lindungi diri dari sifat riak. Saya takut sangat jadi lupa diri. Huhu.
Bimbinglah aku andai kau lihat aku tersasar. Insya Allah
Insyaallah, sama-sama kit ambil pengajaran dr penulisan tersebut. kadang-kadang kita tak sedar kekhilafan diri sendiri.
Post a Comment