Monday, October 31, 2011

Pasrah Segalanya


Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

  p/s: Mengharungi liku-liku kehidupan, dari hari ke hari memang memenatkan. Semua perkara nak fikir. Beginilah jadinya kalau masalah orang menjadi masalah kita. Bukannya tak mahu menolong, tapi diri sendiri pun serba kekurangan. Bagaimana mahu menyalurkan kekuatan sedangkan diri masih terkapai-kapai. Bagaimana mahu memimpin kalau diri sendiri pun jalannya masih pincang.


2 comments:

Suria Hana said...

semoga kak nadiah cekal menempuh segala dugaan. farah selalu pinjam kekuatan kak nadiah dlm senyap. andai aku bisa meminjamkan mu kekuatan dan ketabahan ku, pasti ku beri secara gratis.. love ya

nadia said...

terima kasih farah syg. Cuma doakan k.nadia terus tabah ^_^

p/s: terharu dgn kata-kata kamu. Luv u too