Assalamualaikum semua,
Belum terlambat rasanya nak ucap selamat
Tahun Baru Hijrah 1433. Mesti semua dah ada list atau azam apa yang nak hijrah
kan. Berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Hijrah yang buruk kepada
yang baik. Terserah masing-masing membuat penilaian pada diri sendiri. Hadis
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan
Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk
berjuang, segeralah menyahutnya.” Jadi, marilah kita membuat perubahan pada
diri sendiri.
Saya juga ada list saya sendiri.
Insyaallah, cuba untuk penuhi. Tiap-tiap tahun ada saja yang mahu hijrah. Tapi,
belum cukup jiddiyah kot. Maka, tak kesampaianlah semua atau sebahagian list tu
^_^. Ehm…ehm…ehm…
Mau berkongsi sikit tentang kelas hari Khamis lepas bersama Dr Norwati
yang memang best. Walapun pagi tu rasa nak je “ponteng” kelas dia sebab rasa tak
siap kerja yang Dr bagi (sungguh mcm budak2 kan, bila tak siap kerja sekolah,
tak mau pi sekolah ^_^). Tapi, petang tu pi jugak la kelas dalam keadaan
separuh sedar sebab baru bangun tidur (hehehe…kantoi). Dalam perkiraan saya,
kelas nanti tak jadi apa-apa kot sebab saya cool je, dan tak ada rasa
berdebar-debar pun. Rupanya, tak sia-sia saya pi kelas tu. Sebabnya, Dr Cuma tanya
perkembangan research masing-masing je. Dr nak tahu up-date. Okey, that sooo cool. Walaupun research yang
di jalankan tak banyak mana kerja dia, tapi dah berjalan dan ada perkembangan
jugak la. So, tak sengan sangat nak present apa yang kami dah buat ^_^
Part paling best dalam kelas khamis tu
adalah sebab dapat balik awal. Suka dapat balik awal tau. Tapi sebelum balik
awal tu, kita orang dapat satu short tazkirah dari Dr. Apa yang Dr
cakap menyedarkan saya sesuatu. Dr cakap pasal kehidupan manusia. Dia ibaratkan
kehidupan kita ni macam satu perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan tu, kita
akan jumpa macam-macam. Ada duri, batu, halangan dll. Ada juga yang manisnya. Kadang-kadang bila kita dah penat berjalan,
kita kena berehat juga. Berehat untuk berfikir tentang perjalanan yang kita dah
lalui, kemudian ambil ikhtibar darinya. Pengalaman itu yang akan membuat kita
hati-hati untuk melangkah selepas ini. Dan saya sangatlah setuju apa yang Dr
cakapkan. Di saat saya tengah kusut memikirkan macam-macam hal, Dr cakap pasal
ni. Terima kasih Dr.
Apa yang Dr cakap pasal kerehatan sangat
saya setuju. Mungkin selama ni saya terlalu bekerja keras sehingga lupa untuk
berehat atau mengambil nafas seketika. Tapi saya rasa saya dah terlalu banyak
berehat dan main-main. Kadang-kadang rasa tak layak pula nak “berehat” lagi. Tapi,
bila di renung kembali apa yang Dr kata tu, saya simpulkan “berehat” di sini
bukanlah berehat yang sembarang. Tapi, “berehat” tersebut adalah muhasabah,
berfikir, dan merenung sejenak. Bermakna, kena muhasabah balik apa yang dah dilakukan.
Berfikir balik, sudah terlaksanakah semuanya tugas atau tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak,
pelajar dll. Dan saya sangat perlukan kerehatan ini.
Ehm… saya harap semua orang dapat
berehat juga dalam erti kata sebenar. Ambil masa untuk berehat. Ambil masa
untuk berfikir. Ambil masa untuk muhasabah. Insyaallah, kita akan sedar balik
di mana kita sepatutnya berada, buat dan bertindak. Selamat Beramal ^_^
p/s: Sebab nak sangat "berehat", maka saya lanjutkan cuti sebab terpengaruh dengan adik-adik yang ada kat rumah. Yang seorang tu cuti semester, yang lagi seorang cuti sekolah. Mana aci kan kalau depa cuti, kakak dia tak cuti. Sebab tu buat cuti sendiri tanpa rasa bersalah. Huhuhu...