Assalamualaikum semua,
Keadaan sekrang adalah tengah
menghitung detik nak bertolak balik ke negeriku yang tercinta. Tak sabarnya nak
balik. Malam ni balik ke Penang beramai-ramai dengan budak-budak UIA yang bakal
pulang ke utara. Jadi rasa teruja itu lebih. Mana tak best kalau semua dok
cakap utara, meriah bas nanti.
Insyaallah malam ni saya balik
dengan bas PMIK (Persatuan Mahasiswa Islam Kedah). Awat cheq tersesat naik bas
budak-budak Kedah ni? Sebabnya saya ni mix antara Penang dg Kedah, jd tak ada masalah
nak naik bas budak-budak kedah kan? Lagi satu, bas ni ja yang sesuai yang boleh
naik, tak kan nak naik bas PERMATA atau PERDANA pulak. Cheq nak balik utara,
bukan pantai timur ^_^ Walaupun bas PMIK ke Kedah, tapi nanti dia lalu juga kat
Sg. Dua tu kan, jadi saya akan turun di situ. Kiranya separuh jalan la “tumpang”
bas depa. Bas budak-budak Penang iaitu GEMADA, ada ja. Tapi yang tak bestnya,
nanti kena turun kat tol Juru sebab bas tu akan terus ke pulau. Samalah juga,
kena turun separuh jalan. Setelah di timbal balik, baik naik bas Kedah.
Lagipun, ada sentimental value sikit kalau naik bas Kedah. Orang yang dah pernah naik ja
tau apa rasanya ^_^
Okeylah…kalau cakap pasal nak
balik memang tak habis. Sebenarnya, baju pun tak kemas habis lagi, tapi kalut
dok up-date blog. Hehehe… tak tau nak bawa balik apa sebenarnya. Cuti seminggu
ja kan. Raya pun 3 hari ja. Tapi mama dah pesan suruh bawa balik baju banyak
sikit. Nak pi jalan-jalan katanya. Ehm…kedengaran sungguh menarik. Cuti
seminggu bermakna banyak aktiviti yang boleh dibuat. Kalau dapat mandi ayaq
panas kat Baling best juga ni. Nak pi makan nasi kandaq, tengok laut, nak pi
sana, nak pi sini, nak makan tu, nak makan ni…ehm…banyak agenda dalam kepala
ni. Tapikan, tak sedaq diri kerja sekolah banyak ni nak kena buat.
Waaaaaaaaaaaaa….
Apa-apa pun, Selamat bercuti
sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Doakan perjalanan saya selamat pergi
dan juga selamat kembali ke bumi UIA. Kepada kawan-kawan yang tak balik, jangan
sedih-sedih di hari raya. Anggaplah ini pengorbanan anda dalam jihad menuntut
ilmu….
Wassalam.
P/s: Mama…abah…nantikan
kepulangan anakmu yang paling ______. Sesungguhnya ketahuilah anakmu ini sangat
merinduimu ^_^
No comments:
Post a Comment