Thursday, January 24, 2013

Kasih PadaMu

Assalamualaikum semua,


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ

Malaikat saja sanggup menghitung jumlah titisan air hujan yang jatuh ke muka bumi...tapi satu tidak sanggup dia hitung iaitu jumlah Pahala orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW

Marilah sama-sama kita banyakkan berselawat pada hari Kelahiran Nabi kesayangan kita Muhammad SAW.




Rasulullah
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah
Engkau tinggalkan semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman
Bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia dan akhirat

Rasulullah
Terlalu Rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasululluh... Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu, mengalir air mataku..


Sumber:
anna-insan
UNIC

Thursday, January 3, 2013

Don't Forget Allah _ Farid Sanullah

Assalamualaikum semua,

Beberapa hari ni ada dengar satu lagu dekat IKIM . Kalau malam-malam, Dj Abang Faiz selalu pasang lagu ni. Sedap juga lagu tu. Lirik pun best. Ingat single terbaru Maher Zain, rupanya bukan. Patut la suara tak sama pun dengan Maher Zain, tapi ada iras-iras sikit. Ada la satu malam ni, masa Dj Abang Faiz putar lagu ni, dia cakap penyanyi kelahiran Malaysia yang nyanyi, tapi tak sempat nak dengar nama penyanyinya. Baru tadi tahu siapa yang nyanyi.

Tajuk lagu tu Don't Forget Allah, nyanyian Farid Sanullah. Rupanya Farid ni lahir dekat Kuala Lumpur. Masa umur dia 3 bulan, dia dan keluarganya berpindah ke Australia sebab ayah dia bekerja sebagai akauntan di sana. Jadi dia tak pandai cakap Melayu macam mak dan ayah dia la. Farid ni berketurunan Pakistan.


Ni la Farid Sanullah tu  ^_^

Ni lirik lagu yang mula dapat tempat di hatiku ^_^

You're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope

On your knees
Begging please
You turn and pray
To find your way

Hey you make Do'a
Allah's there
Whoever you are
'Cos he cares

Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

Lets flashback
Lets backtrack
To a time
Like yours and mind

The story of the three
Who longed to be
To be free
Of their misery

Hey to the one poor
He opened the doors
Gave him plenty
Of his bounty

Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

Can't you see
His promise to you
Can't you see
His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah

If you remember Allah
In prosperity
He'll not forsake you
In adversity

Be mindful of Allah
He'll guide you
To all that is good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget, to say Insha Allah
You forget, to say Subhan Allah
Raise your hands Alhamdulillah!

You're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope

On your knees
Begging please
You turn and pray
To find your way..

Ni pula Official Music Video. Siap ada Fauziah Nawawi berlakon dalam ni. Wonder juga la, macam mana boleh ada Fauziah Nawi dalam video klip ni. Mungkin ayah Farid ni minat lakonan Fauziah Nawi, then invite dia untuk berlakon dalam klip video ni ^_^ Enjoy



Jadi, sebagai Muslim yang beriman, kita wajib ingat Allah setiap hari dan setiap masa kan. 

" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan jangalah kamu ingkar kepada-Ku." (Al-Baqarah: 152)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.ia berkata:

Rasulullah saw. Bersabda: Allah Taala Berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka aku pun akan meningatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.

p/s: Don't forget Allah ^_^

Sumber:



Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

Assalamualaikum semua,

Selamat Tahun Baru 2013 semua. Ada rasa kelainan hari ni? Ke sama ja? Ehm...memetik kata-kata Ustaz Hasrizal di Twitter: 


Malam ini 1 Januari 2013 sebagaimana sebulan lalu 1 Disember 2012 dan tahun depan 1 Januari 2014. Tiada apa yang signifikannya - @saifulislam 

Betul la kan. Setiap hari yang berlaku, sama saja. Tapi sebagai seorang Muslim, hari kita kena berbeza setiap hari. Perlu ada penambahbaikan. Hari ini perlu lebih baik dari semalam, dan esok perlu lebih baik dari hari ini. Kalau tak dapat, paling-paling kekalkan kebaikan yang kita telah buat semalam. Beruntunglah orang yang harinya lebih baik dari semalam, dan celaka bagi mereka yang sebaliknya. 

Bagi saya, hari ini seperti hari biasa cuma tarikh tertera 01.01.2013. Bertambahnya tahun, pasti bertambahnya umur. Dulu tak fikir sangat, tapi bila sekarang ni, itu yang menjadi persoalan pertama. Bila buka facebook, kawan-kawan seusia tulis pasal ni. Apa yang mereka rasa, saya turut rasa. Sebab apa ya? Mungkin sebab pada usia ni dah perlu lebih bertanggungjawab dan berfikir ke arah yang lebih serius. Kalau tengok zaman mak-mak kita dulu, pada usia saya sekarang ni, anak dah berderet-deret. Itu yang menjadi kayu ukur. Dah, nak buat macam mana kan, nasib setiap orang berbeza, saya cuba untuk merasionalkan diri. 

Nasib saya, di usia sekarang baru nak membina segalanya sebab baru habis belajar. Sedangkan kawan-kawan dah kerja bertahun, dah berkahwin, dah berkeluarga, dah ada kerja tetap, kewangan yang kukuh dll. Kadang-kadang rasa rendah diri tu ada bila berjumpa dengan mereka sebab saya tak ada pencapaian yang membanggakan. Saya ni, kerja tetap tak ada, rumah sendiri tak ada, kereta tak ada, pasangan pun tak ada. Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada & lalui selama ni. Saya yakin, pengalaman setiap orang berbeza. Jadi apa yang Allah takdirkan untuk saya pasti yang terbaik. He Knows Best. 

Saya harap, dengan kedatangan tahun baru ni, membawa sinar kebahagiaan buat saya dan orang-orang sekeliling yang saya sayangi. Tahun ni penuh dengan perancangan terutama kerjaya. Sebenarnya masih dalam dilema nak terus sambung Master atau bekerja dulu. Kalau ikut hati (emosi), nak sambung, tapi kalau ikut akal (fikiran), nak kerja dulu. Susah betul nak buat keputusan. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk saya memilih. Ni baru nak pilih nak sambung belajar ke tak, dah stress semacam. Nanti kalau nak buat  keputusan nak pilihan calon suami macam mana la plak keadaanya kan? Eh...apa kes masuk bab ni plak ^_^

Okey lah. Tahun 2013 nak jadi lebih fokus dengan apa yang buat dan pilih. Moga tak ada gangguan yang akan memeningkan kepala dan yang boleh memuntahkan. Saya ni jenis terlalu fikir. Satu-satu tu nak fikir dalam sangat. Tah apa-apa kan. Tu yang stress semacam. Tahun ni juga nak berfikir lebih rasional bukan emotional. Penting untuk jadi matang untuk buat keputusan berdasarkan akal bukan emosi sebab natijahnya berbeza. Saya dah alami semua tu. Rugi betul kalau buat keputusan guna emosi. Nantilah, ada masa saya kongsi pengalaman saya tu. 

Hingga jumpa lagi ^_^

Wassalam