Wednesday, April 17, 2013

Fakta Anak Ke-2 Dalam Keluarga

Assalamualaikum semua,

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

1. ANAK MANJA EMAK ?
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
-Yup. My mama is everything 4 me

2. ANAK DEGIL

Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.
-Eh...mcm betul ja. Rasanya bukan degil kot, tapi kuat tekad & berprinsip :)

3. TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)
-Apa barang pujuk pakwe/makwe kan? Sebab belum jadi yang halal :)
-Tapi betul la, sebelum ni saya memang tak suka dengan orang yang merajuk sebab tak suka nak pujuk-pujuk ni. Penat kot, perkara kecil pun nak merajuk. Lagi buruk kalau lelaki yang merajuk. Tak kuasa den nak pujuk. Huhuhu....Tapi selepas bergelar kauselor ni, saya cuma boleh consider dengan orang yang suka merajuk ni, sebab saya faham setiap orang berbeza personalitinya. Dah hobi orang tu suka merajuk, saya nak buat macam mana kan???

4. BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
-Wah...untung la bakal suami saya :)

5. HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.
-Ye la kot. Sekali lagi, orang yang berprinsip memang degil sikit. Ye dak?

6. HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
-Kalau kena cara, lembut juga hati.  Bagi saya,  kalau nak tegur, jangan marah-marah tanpa sebab, tegur elok-elok, cakap baik-baik okey !!!

7. BERDIKARI

Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.
-Ni agak betul. Sebab dah biasa independent dari kecil, kadang-kadang rasa semua benda nak buat sendiri, sebab rasa mampu. Tapi kadang-kadang, sedar la juga yang sesetengah benda kena buat bersama orang lain. Tapi prinsip saya, selagi boleh buat, saya akan buat sendiri. Mintak tolong bila betul-betul tak mampu :)

8. ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
-Eh boleh sebenarnya bekerja dengan orang, cuma sebab saya dah biasa berdikari, jadi rasa semua benda  boleh buat sendiri. Payah nak terima arahan? Setuju...ehm...tapi kadang-kadang la.

9. PEMAAF & CARING

tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
-Ni betul dengan diri. Senang sungguh nak maafkan orang dan mudah tersentuh bila ada orang dalam kesusahan. Kadang-kadang tengok muka pun dah tau seseorang tu ada masalah atau tidak. Dah lama tak marah yang sebenar-benarnya sebab saya akan elakkan untuk marah. Marah ni buat kita tak cool. Waktu marah la muka kita paling buruk. Saya kalau marah, paling-paling saya akan cakap tanpa henti dalam beberapa minit. Siapa yang dok ada depan mata masa tu, memang kena tahan telinga. Dah "bebel2" tu, saya tak akan ungkit lagi dah. Lets bygone be bygone :)

10. PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
- Dalam berpakaian mesti la nak ikut peredaran zaman, tapi masih menutup aurat dan ikut syariat. Sentiasa kemas untuk menjadikan diri lebih yakin :)

 Sesungguhnya Allah dah cipta setiap orang tu berbeza-beza personalitinya. Tak kisah la anak nombor berapa pun dalam keluarga, setiap orang ada kebaikan dan keburukannya. Bila dah tahu personaliti diri macam mana, yang baik, teruskan, tapi kalau yang buruk tu, cuba-cubalah berubah ^_^

p/s: Anak nombor 2 dalam keluarga ni cool kan? ^_^

Sunday, April 14, 2013

Situasi Cepu Cemas

Assalamualaikum semua,

Situasi 1

Pelajar        : Cikgu memang belajar untuk jadi cikgu kaunseling ka?
Guru           : Ya. Ijazah cikgu dalam bidang kaunseling
Pelajar        : Mesti cikgu suka budak-budak kan?
Guru           : Sebelum ni cikgu buat diploma dalam bidang Pendidikan Awal 
                     Kanak-Kanak
Pelajar        : Comfirm. Cikgu memang suka budak-budak. (Sambil tersenyum)

Komen: Motif bagitau ada diploma???? Nak  kata minat budak-budak kot, but seriously unintentionally nak cakap macam tu pun... ^_^ 

Situasi 2

Sesi kaunseling sedang di jalankan. Guru cuba meneroka permasalahan klien. 
Guru           : Kamu percaya cikgu dak?
Pelajar        : Ehm.....(sambil senyum simpul)
Guru           : Okey boleh bagi tau ............
Pelajar        : Ehm....saya nak.....(masih refuse untuk menyatakan 
                    perkara sebenar)
Guru           : Okey....tadi kamu kata.....lagi siapa lagi yang kamu rasa......
Pelajar        : Eh...cikgu tulis ka?
Guru           : Eh mana ada. tengok ni. ( sambil tunjuk bukti) 
                     Kamu tak percaya cikgu ka?
Pelajar        : Saya percaya. Tengok muka suci ja.
Guru           : Erk.....

Komen: Muka suci???? Hahahah...lawak. Sungguh tulus komen klien ni. Lepas sesi, tengok cermin, sambil dalam hati kata"Oh macam ni rupanya muka suci" ^_^

Situasi 3
Pelajar         : Cikgu cuba tengok siapa pelajar yang bermasalah
                      (Sambil tunjuk pelajar lelaki yang baru balik solat Jumaat)
Guru            : Dekat sekolah ni tak ada masalah yang teruk-teruk. Dulu masa
                      praktikal, cikgu dah jumpa dengan remaja yang bermasalah.
                      Apa yang kamu tengok dekat TV, realitinya cikgu pernah jumpa.
Pelajar         : Biar betul cikgu. Tak kan cikgu jumpa sendiri remaja yang ada
                      masalah teruk macam tu?
Guru            : Dalam fikiran kamu, masalah yang teruk tu  macam mana?
                      (Nak uji, apa justifikasi kepada "masalah yang teruk" tu)
Pelajar         : Orang yang buat benda tu, lepas tu mengandung,lepas tu
                       lahirkan anak. Tak kan cikgu pernah jumpa?
Guru            : Ya, pernah jumpa. Pelajar tingkatan 5, dia datang selepas
                       habis pantang. Tapi dia dah nikah la dengan lelaki tu.

Komen: Sungguh naif pelajar ni. Tu baru cerita tentang pelajar mengandung, belum cerita kes dadah,zina, dll yang lagi extreme kisahnya :)

Situasi 4

Pelajar  1     : Cikgu saya minat nak masuk USIM. Macam mana ?
Guru            : Ok. Macam ni. (menerangkan requirement nak masuk USIM)
Pelajar 1      : Oh macam tu ka. Tapi susah la.......(menyatakan kerisauan)
Guru            : Insyaallah, masih ada masa untuk kamu usaha. (Memberi semangat)
Seorang pelajar menyampuk
Pelajar 2      : Cikgu, kalau saya minat ....... macam mana plak?
Guru            : Okey, macam ni......(menjawab persoalan yang ingin pelajar tu tahu)
Pelajar 2      : Oh.....tapi kan cikgu......(menyatakan kerisauan)
Guru            : Insyaallah. Kamu boleh. Sekarang ni tumpu dulu pada SPM. 
                      Belajar rajin-rajin. Jangan pilih subjek yang kamu suka saja.
Seorang lagi pelajar bertanya
Pelajar 3      : Cikgu, kalau saya nak masuk ni.....tapi....
Guru            : Okey. Sat cikgu tengok apa requrement nak masuk sana. 
                      (Bagun dan ambil brosur maklumat yang diminta.
                      Kemudian menerangkan kepada pelajar tersebut)
Seorang lagi pelajar yang dok perhati dari tadi berkata
Pelajar 4      : Ishk...hampa ni. Tadi kan cikgu dah cerita. Tak faham lagi ka.
                      Kesian cikgu nak terang balik.
Guru            : Eh tak pa. Memang kerja cikgu pun bagi maklumat dan
                      terangkan semua ni.
Pelajar 4      : Banyak la pahala cikgu.

Komen: Ehm...speechless bila pelajar tu kata dapat banyak pahala. Dah memang tugas & tanggungjawab. Jadi tak kisah kalau kena ulang beratus kali benda yang sama ^_^


p/s: Hampir sebulan bertugas sebagai Guru Kaunseling di sekolah.Setiap hari pelbagai ragam pelajar yang di jumpa. Sungguh seronok melayan mereka. Kadang-kadang luar alam pun ada. Tapi dah tugas, layan ja la ^_^
Tapi depa ni sungguh tulus & ikhlas dalam berkata-kata & bagi pendapat. Apa depa rasa, depa cakap. Tak dak nak tapis-tapis dah, tapi buat cikgu depa ni sering terkedu.

Thursday, April 11, 2013

.........

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk memikirkannya

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah

Wednesday, April 3, 2013

Hari ini pulak....

Assalamualaikum semua,

hari ini masa nak keluar rumah nak ke sekolah, mama tanya "Hari ni nak kena pi mana plak?"
Saya jawab, tak tahu la. Dalam kepala dok nak sambung buat kerja yang tak dapat buat semalam. Tak bercadang nak kemana-mana atau tak terfikir akan ke mana-mana.

Sampai sekolah, buat rutin biasa. Hari ini rasa terlebih rajin, jadi pagi-pagi dah mula menyapu. Kemudian datang seorang guru bersama surat. Hah...apakah kandungan surat tu?

"Nadia, boleh dak nak mintak tolong bawa budak ke pertandingan pidato. Sepatutnya...bla...bla...bla..bla.."

Jawapan saya: "Okey. Nadia pi"

Dalam hati,owh...once again. Ad-hoc punya kerja. Calm down, take a deep breath and smile ^_^

Maka, hari ini, saya jadi guru pengiring bidan terjun membawa seorang pelajar ke pertandingan pidato. Ada cikgu yang sukarela nak menghantar kami sebab saya tak berkenderaan. Alhamdulillah ada orang nak tolong kan.

Bestnya, tadi masa dekat sekolah tempat pertandingan tu, jumpa cikgu yang saya kenal masa kursus pertandingan sahiba semalam. Bila dia tengok saya, dia kata "Eh, kena datang ke?" sambil tersenyum.
Saya senyum dan mengangguk je :) Semalam dia ada bagitau yang pertandingan mula pukul 8, jadi mintak datang awal. Saya iya kan sebab tak pasti siapa yang akan bawa. Sebab tu bila tengok saya yang datang hari ini, dia terkejut, tapi dia faham kenapa saya yang datang. Sebab tadi, sebelum balik dia datang jumpa dan salam peluk cium dan kata " Kaunselor serba boleh ni" Masa tu rasa best sangat. Baru jumpa semalam dah mesra. Insyaallah, harap jumpa lagi cikgu tu :)

Sepanjang pertandingan pidato berlangsung, saya banyak memerhati setiap peserta. Bagi saya, mereka yang masuk pidato memang hebat dan berani. Bukan senang nak berdiri di hadapan dan bercakap dan orang boleh bagi perhatian apa yang kita cakapkan.

Pelajar sekolah saya memang hebat. Semua dalam dewan terpaku mendengar pidato dia. Semua orang kusyuk mendengar. Saya yang dengar pun rasa sejuk hati dan rasa ada harapan nak menang ni. Tadi masa makan, ada cikgu tanya saya, dari sekolah mana. Bila sebut nama sekolah, dia kata "Oh, sekolah yang hebat tadi." Saya senyum ja la. Tapi dalam hati, memang hebat pun pemidato sekolah saya tadi :) Hebat sebab dia siap baca ayat Quran dengan suara yang merdu, dan semua orang terpaku.

Tadi masa bertanding, ada pelajar yang dapat buat dengan baik, ada yang tidak. Ada yang lupa teks, stuck, tersasul dll. Yang mana lupa, cuba ingat tapi ada yang quite terus. Belum berjuang dah berhenti. Sayang kan. Tapi ya la. Bila dok depan tu, apa yang hafal mesti la ada yang lupa. Ada macam-macam gaya. Ada yang pi, macam menari-nari, bergerak ke kiri dan ke kanan, ada yang tengok bawah, ada dengan gaya mengoda, ada yang macam bagi khutbah, ada yang bagi pidato dengan penuh confident dll. Seronok pula tengok gaya setiap peserta :)

Bila masuk pusingan kedua iaitu pidato spontan, lagi la macam-macam gaya. Ada yang bagi pembukaan, bagi tajuk, terus ucap terima kasih. Tak sempat bagi isi pun. Ada yang hebat berhujah. Yang hebat ni sebab depa dah tahu tajuk spontan awal. Jadi ada masa nak buat persiapan kan.

Bila keputusan di umumkan, sekolah saya tak menang pun. Kelemahan dia masa pidato spontan tadi. Pembukaan dah okey, isi dah mantap, cuma huraian ja kurang. Masa tengah bagi hujah, memang dia lantang bersuara, dan macam awal tadi, semua orang kusyuk mendengar, tiba-tiba boleh dia stuck dekat tengah. Lama juga berhenti. Tapi dia tetap cuba sehingga habis masa. Well done girl. Dia agak kecewa la tak menang sebab dia dah usaha bersungguh-sungguh. Nampak kekecewaan tu. Tapi budak sekolah agama ni, cepat saja nak relief. Insyaallah, nanti boleh cuba lagi kan.

Owh...best juga jadi guru pengiring ni. Tadi jumpa ramai cikgu dari sekolah lain. Tambah kenalan lagi. Tak sia-sia saya keluar lagi hari ini. Tadi masa dok bersama geng cikgu-cikgu, macam-macam yang di sembangkan. Pasal cuaca, pasal kuih kegemaran, pasal sekolah, pasal GPS dll. Gaya saya sembang macam lama dah kenal. I'm proud of my self sebab dah improve in term of communication skill. Well done Nadia :)

Untuk esok, tak tau nak dapat kerja ad-hoc apa pula. Nak keluar lagi boleh, tapi jangan program luar alam la. But I wish not go anywhere for tomorrow. Nak dok bilik sendiri ja esok. Macam dah lama ja tinggal :)

Hidup ni memang full of surprise. Sentiasalah berdoa supaya setiap detik masa di manfaatkan ke arah kebaikan. Saya sendiri suka denga kerja saya, suka dengan apa yang saya buat. Dan saya berharap saya akan terus bersemangat untuk bekerja sampai bila-bila walau pun dah kahwin nanti. Erk... ^_^

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"  Surah Al-'Asr: 1-3



p/s: Time fly so fast. Hari ni dah Rabu, esok Khamis kemudian Jumaat. Kerja banyak lagi tak siap. Huhuhu...







Tuesday, April 2, 2013

Hari ini...

Assalamualaikum semua,

expect the unexpected !!!

yeah, hari ni dekat sekolah tiba-tiba dapat kerja ad-hoc. Macam biasa, bila sampai sekolah, punch card, panjat tingkat 3 untuk ke bilik kaunseling, buka lampu & kipas, kemas meja, buka tingkap, susun buku; ni semua kerja rutin setiap hari kalau rajin.

Ambil kertas, nak tulis perancangan kerja untuk hari ini. Nak kena fax surat jemputan program, nak selesaikan ujian psikometrik, mungkin nak panggil pelajar untuk sesi kaunseling dll. Masa tengah kusyuk menulis, Ustaz Penolong Kanan datang. Kesian dia, tercungap-cungap tahan nafas. Penat kot, macam berlari ke bilik saya ni. Kemudian dia bagi surat. Dalam hati, ni mesti surat program kaunseling ni.

"Ustazah, boleh dak nak mintak tolong pi kursus . Cikgu yang patut pi bla...bla...bla..bla...bla..."

Saya pun tengok surat jemputan ke Kursus Pengenalan Pertandingan Sahibba. Tengok tarikh, eh hari ni la. Mula pukul 8 pg hingga 4 ptg. Tengok jam, eh dah pukul 7.45 pg dh. Kursus mula pukul 8. Macam mana ni????

Jawapan saya: "Okey ustaz, saya pi"

"Terima kasih na"

Lepas Ustaz Penolong Kanan turun, saya blur. Eh macam mana aku pi ni. Boleh dak tak mau pi? Tapi tadi kata boleh kan???

Sebenarnya, kepala ni masih dok proses this unexpected things. Tetiba kan. Ni la namanya kerja ad-hod.

Rupanya, bila dah masuk alam pekerjaan yang betul, kerja ad-hoc macam ni mesti akan ada. Dulu masa mula-mula dekat UIA, memang selalu ada kerja ad-hoc. Awal tu, agak tak suka dan tak senang. Sebab saya ni jenis, kalau rancang sesuatu, mesti kena ikut. Kalau yang kita dah rancang, tiba-tiba kena block, mesti la nak hangin kan.

Tapi tu dulu, sepanjang 4 tahun belajar di UIA, saya belajar satu term iaitu expect the unexpected secara tidak formal. Sebab term ni bukan salah satu teori kaunseling pun, cuma sekadar term yang kerap di gunakan oleh saya dan my partner in crime, Cik Ann. Sebagai pelajar kaunseling kami akan think positive bila ada hal yang kami tak expect terjadi. Dan perkra-perkara ad-hoc macam ni mesti ada jalan penyelesaiannya.

Maka, kepala mula fikir, apa yang patut buat dulu sebelum nak pi kursus ni. Dalam hati dok fikir perkara-perkara yang baik ja. Insyaallah, everything will be fine.

Alhamdulillah, bila pi sana seronok la pulak. Dapat ilmu baru, dapat kawan baru, dapat pengalaman baru. Dekat sana semua cikgu yang agak senior dan kebayakan guru yang mengajar Bahasa Malaysia. Saya ja tersesat sorang-sorang, guru kaunseling, guru interim tapi kalau saya tak  cakap orang bukan tau pun. Mula-mula rasa berdebar gak, nak kawan dengan sapa dalam dewan nanti, dah la tak kenal siapa-siapa. Tapi macam biasa, denga muka confident, masuk dalam dewan. Dah la mai lambat kan, orang semua dah tengah makan. Tegur sorang cikgu ni. Tanya tentang pendaftaran. Pastu pi daftar, orang-orang dekat situ semua tegur, jemput makan lepas daftar. They are so freindly & welcoming. I like it :) Dah hilang rasa berdebar & segan.

Masa daftar tu, nampak nama cikgu yang di kenali. Pusing kepala cari dia, kot-kot nampak. Elok dia dok melambai sambil tersenyum dekat saya. Alhamdulillah, ada geng, yeay. Pi dekat dia, salam dan tegur cikgu-cikgu lain dekat situ gak. Sejak jadi kaunselor semula, saya rasa, saya makin peramah, bleh dok tegur orang dan bersembang macam kenal lama dah. Ehm...good improvement right. Well done Nadia ^_^

Kursus ni sangat best. Rasa tak rugi mai. Yang bagi ceramah tadi, pegawai dari DBP. Mula-mula cerita apa itu permainan Sahibba. Sahibba ni dalam bahasa Melayu, kalau bahasa Inggeris di panggil Scrabble.  Dia bagi penerangan cara nak main, macam mana nak dapat markah, dll. Tadi banyak tentang macam mana pertandingan Sahibba di jalankan di peringkat sekolah. Kalau nak main for fun tu senang ja. Turut di terangkan, macam mana nak jadi hakim untuk pertandingan ni. Lepas semua dah pandai, masa untuk bermain. Yeay dapat main. Rasa release & happy macam buat play therapy ja :)

Baru sedar, rupanya Sahibba ni permainan yang sangat menarik. Kami main 3 orang. Masa main tu, terserlah kekurangan kosa kata saya. Lawan dengan cikgu yang mengajar BM, mesti la depa lagi hebat. Saya banyak buat perkataan yang ada 3 huruf, depa buat perkataan yang lebih dari 5 huruf. Masa dok fikir nak bina perkataan apa, mesti perkataan dalam bahasa Inggeris yang terkeluar. Masa tu rasa, Ya Allah, kenapa tak pandai nak bina perkataan ni !!!. Sabar, baru warm up kan :) Bila dah lama-lama sikit, ada la improvement sikit.

 Ilmu dapat, main dapat, makan dapat, sijil dapat; mesti la best kan. Pengalaman yang sungguh bermakna untuk hari ini. Tak apalah kalau apa yang saya nak buat hari ni tak menjadi, tapi Allah ganti yang lebih baik. Saya pun tak sangka hari ni dapat belajar tentang Sahibba. Satu ilmu baru untuk saya. Rasanya, lepas ni memang nak beli 1 set Sahibba untuk diri sendiri.

Begitulah, dalam hidup ni kita memang tak akan jangka apa yang akan jadi. Apa yang di rancang lain yang jadi. Yang dulu sihat, tiba-tiba jatuh sakit. Sekarang gembira, esok lusa mungkin berduka. Begitulah sebaliknya. Sebagai Muslim, bersangka baiklah dengan Allah. Insyaallah, Allah akan bagi kebaikan kepada kita. Sesuatu yang kita tak suka, akan jadi baik bila kita bersangka baik :)
Segala yang baik, datang dari Allah. Segala yang buruk itu, kelemahan dari diri manusia itu sendiri.