Wednesday, April 3, 2013

Hari ini pulak....

Assalamualaikum semua,

hari ini masa nak keluar rumah nak ke sekolah, mama tanya "Hari ni nak kena pi mana plak?"
Saya jawab, tak tahu la. Dalam kepala dok nak sambung buat kerja yang tak dapat buat semalam. Tak bercadang nak kemana-mana atau tak terfikir akan ke mana-mana.

Sampai sekolah, buat rutin biasa. Hari ini rasa terlebih rajin, jadi pagi-pagi dah mula menyapu. Kemudian datang seorang guru bersama surat. Hah...apakah kandungan surat tu?

"Nadia, boleh dak nak mintak tolong bawa budak ke pertandingan pidato. Sepatutnya...bla...bla...bla..bla.."

Jawapan saya: "Okey. Nadia pi"

Dalam hati,owh...once again. Ad-hoc punya kerja. Calm down, take a deep breath and smile ^_^

Maka, hari ini, saya jadi guru pengiring bidan terjun membawa seorang pelajar ke pertandingan pidato. Ada cikgu yang sukarela nak menghantar kami sebab saya tak berkenderaan. Alhamdulillah ada orang nak tolong kan.

Bestnya, tadi masa dekat sekolah tempat pertandingan tu, jumpa cikgu yang saya kenal masa kursus pertandingan sahiba semalam. Bila dia tengok saya, dia kata "Eh, kena datang ke?" sambil tersenyum.
Saya senyum dan mengangguk je :) Semalam dia ada bagitau yang pertandingan mula pukul 8, jadi mintak datang awal. Saya iya kan sebab tak pasti siapa yang akan bawa. Sebab tu bila tengok saya yang datang hari ini, dia terkejut, tapi dia faham kenapa saya yang datang. Sebab tadi, sebelum balik dia datang jumpa dan salam peluk cium dan kata " Kaunselor serba boleh ni" Masa tu rasa best sangat. Baru jumpa semalam dah mesra. Insyaallah, harap jumpa lagi cikgu tu :)

Sepanjang pertandingan pidato berlangsung, saya banyak memerhati setiap peserta. Bagi saya, mereka yang masuk pidato memang hebat dan berani. Bukan senang nak berdiri di hadapan dan bercakap dan orang boleh bagi perhatian apa yang kita cakapkan.

Pelajar sekolah saya memang hebat. Semua dalam dewan terpaku mendengar pidato dia. Semua orang kusyuk mendengar. Saya yang dengar pun rasa sejuk hati dan rasa ada harapan nak menang ni. Tadi masa makan, ada cikgu tanya saya, dari sekolah mana. Bila sebut nama sekolah, dia kata "Oh, sekolah yang hebat tadi." Saya senyum ja la. Tapi dalam hati, memang hebat pun pemidato sekolah saya tadi :) Hebat sebab dia siap baca ayat Quran dengan suara yang merdu, dan semua orang terpaku.

Tadi masa bertanding, ada pelajar yang dapat buat dengan baik, ada yang tidak. Ada yang lupa teks, stuck, tersasul dll. Yang mana lupa, cuba ingat tapi ada yang quite terus. Belum berjuang dah berhenti. Sayang kan. Tapi ya la. Bila dok depan tu, apa yang hafal mesti la ada yang lupa. Ada macam-macam gaya. Ada yang pi, macam menari-nari, bergerak ke kiri dan ke kanan, ada yang tengok bawah, ada dengan gaya mengoda, ada yang macam bagi khutbah, ada yang bagi pidato dengan penuh confident dll. Seronok pula tengok gaya setiap peserta :)

Bila masuk pusingan kedua iaitu pidato spontan, lagi la macam-macam gaya. Ada yang bagi pembukaan, bagi tajuk, terus ucap terima kasih. Tak sempat bagi isi pun. Ada yang hebat berhujah. Yang hebat ni sebab depa dah tahu tajuk spontan awal. Jadi ada masa nak buat persiapan kan.

Bila keputusan di umumkan, sekolah saya tak menang pun. Kelemahan dia masa pidato spontan tadi. Pembukaan dah okey, isi dah mantap, cuma huraian ja kurang. Masa tengah bagi hujah, memang dia lantang bersuara, dan macam awal tadi, semua orang kusyuk mendengar, tiba-tiba boleh dia stuck dekat tengah. Lama juga berhenti. Tapi dia tetap cuba sehingga habis masa. Well done girl. Dia agak kecewa la tak menang sebab dia dah usaha bersungguh-sungguh. Nampak kekecewaan tu. Tapi budak sekolah agama ni, cepat saja nak relief. Insyaallah, nanti boleh cuba lagi kan.

Owh...best juga jadi guru pengiring ni. Tadi jumpa ramai cikgu dari sekolah lain. Tambah kenalan lagi. Tak sia-sia saya keluar lagi hari ini. Tadi masa dok bersama geng cikgu-cikgu, macam-macam yang di sembangkan. Pasal cuaca, pasal kuih kegemaran, pasal sekolah, pasal GPS dll. Gaya saya sembang macam lama dah kenal. I'm proud of my self sebab dah improve in term of communication skill. Well done Nadia :)

Untuk esok, tak tau nak dapat kerja ad-hoc apa pula. Nak keluar lagi boleh, tapi jangan program luar alam la. But I wish not go anywhere for tomorrow. Nak dok bilik sendiri ja esok. Macam dah lama ja tinggal :)

Hidup ni memang full of surprise. Sentiasalah berdoa supaya setiap detik masa di manfaatkan ke arah kebaikan. Saya sendiri suka denga kerja saya, suka dengan apa yang saya buat. Dan saya berharap saya akan terus bersemangat untuk bekerja sampai bila-bila walau pun dah kahwin nanti. Erk... ^_^

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"  Surah Al-'Asr: 1-3



p/s: Time fly so fast. Hari ni dah Rabu, esok Khamis kemudian Jumaat. Kerja banyak lagi tak siap. Huhuhu...







3 comments:

Ruzanna Rahman ~♥ said...

I rindu nak gi sekolah balik ^^

nadia said...

I wish you were here, become my partner in crime :)
Dh biasa keja in team dlm unit kaunseling. skrg, sorg2 nk uruskn smua bnda dr kecil2 keja smpai la besar2 keja. huhuhu...

Cik Ann said...

awwww~ i knw u miss me~ hehe
i wish i can help u too~!! dh tu everythng awk buat sbb awk kn sorang je kaunselor...
but whatever it is, i knw u r capable to do it~!! ^^