Saturday, June 13, 2009

Ingat-Mengingati

Imam Anas bin Malik r.a mengatakan : “Bahawasanya bumi setiap hari menyeru dengan 10 kalimat. Bumi berkata :

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku tetapi tempat kembalimu di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atasku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atasku tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu memakan makanan haram di atasku tetapi semua ulat-ulat akan memakan dagingmu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira riang di atasku tetapi kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. Kamu mengumpulkan barang haram di atasku dan kamu akan hancur di dalam perutku.

7. Kamu sombong di atasku tetapi kamu menjadi hina dan remeh di dalam perutku.

8. Kamu berjalan dengan seronoknya di atasku tetapi kamu akan bersedih di dalam perutku.

9. Kamu berjalan di dalam cahaya di atasku tetapi kamu akan berada di dalam kegelapan yang gelap gelita di dalam perutku.

10. Kamu berjalan beramai-ramai di atasku tetapi kamu akan duduk bersendirian di dalam perutku.




Disebutkan di dalam hadis bahawa kubur itu akan menyeru 3 kali pada setiap hari :

1. Aku adalah rumah terpencil, rumah binatang buas, rumah kala jengking dan rumah ular.

2. Aku adalah rumah yang gelap.

3. Aku adalah rumah ulat-ulat.



Diterangkan di dalam satu riwayat yang lain, bahawa kubur menyeru sebanyak 5 kali setiap hari :

1. Aku adalah rumah yang terpencil, maka hendaklah kamu membaca Al-Quran.

2. Aku adalah rumah yang gelap gelita, maka terangilah aku dengan solat malam (tahajud dsb).

3. Aku adalah rumah debu dan kotor maka bawalah amal soleh.

4. Aku adalah rumah ular berbisa, maka bawalah penawarnya iaitu “BISMILAHIR-RAHMANIR-RAHIM” dan cucuran air mata (kerana takutkan Allah S.W.T).

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan “Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah” di atasku (semasa hidupmu), agar kamu dapat memberikan jawapan kepadanya.

Perlulah diketahui bahawa ingat mengingati kepada hari akhirat itu merupakan satu perkara yang dituntut oleh ISLAM dan amat diperlukan untuk menyucikan dan membersihkan hati manusia. berpandukan ayat : "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman". [azZariyaat:55]

MOga peroleh manfaat bersama.
May Allah Bless

0 comments: