Assalamualaikum… sekarang tengah sibuk sikit dekat rumah ni. Ye la, nak buat kenduri kahwin. Aku sebenarnya masih tak percaya yang abang aku tu bakal kawen. Tapi bila dah tengok kad kawen ada nama abang, aku terpaksa percaya la. Huhuhu…
Ari ni kita orang tolong lipat kad jemputan. Baru je siap. Ada ke patut kenduri 20hb ni, tapi Jumaat lepas baru pi tempah kad. Alhamdulillah, kad dapat disiapkan dalam masa yang cepat la gak. Mula-mula kata siap dalam 10 hari. Tak ke haru tu. Apa-apa jela.
Nak lipat kad tu pun haru sungguh. Kata abang, kena lipat lawa-lawa. Tepi bagi sama. Adoi la, Mr Perfectionist tu sorang. Jahat gak aku. aDa je kad yang aku lipat tak sama.
So, here da kad kawen. Lawa tak? Abg ak la pilih ni. Dah kenduri dia kn.
ni pula kad pihak perempuan.
kami bakal bertolak ke Johor, Insyallah hari khamis ni. doakan segalanya berjalan lancar. moga di permudahkan segala-galanya.
Johor....here we come.
No comments:
Post a Comment