Monday, June 22, 2009

Sekitar majlis kahwin

assalamualaikum...sekadar nak kongsi cerita masa kenduri kahwin abang.

Alhamdulillah, majlis yang berlangsung pada 20hb Jun 2009 tu berjalan lancar. Memang tak sangka sungguh, ramai sangat orang yang datang. Orang datang bertali arus sampai la petang pun. Mama & abah pun terkejut, mana mai orang yang sangat ramai tu. Ramai tak ramai sampai jalan jam la, tak leh masuk & tak dak parking. Huhuhu...dasyat tak dasyatnya la.

Sebenarnya, ramai sedara mara dari Kuala Nerang yang turun. Maklumla, kenduri pertama. Mesti ramai yang nak datang. Selain sedara mara, kawan-kawan mama, abah, abang, jiran-jiran pun datang meramaikan majlis. Yang bestnya, ramai yang puji makanan dia sedap. Mamak yang masak, mesti la sedap. Rugi sesiapa yang tak datang tu. (nak bagi jeles org yg kat UIA, UTeM & USIM yg tak dpt datang tu)

Masa kenduri ni gak, dapat jumpa balik kawan-kawan abang masa sekolah rendah dulu. Kawan-kawan abang ni merangkap kawan-kawan aku gak sebab aku dulu selalu main ngan dorang ni. Huhuhu...Kiranya terkenang some good days past year back la. Sangat nakal masa tu. Dorang semua pun dah lain. Ada yang dah kerja & ada yang dok belajar lagi. Abang la pecah rekod dulu antara geng-geng dorang ni yang kawen dulu. Ramai yang jeles tau abang kawen dulu.

Aku rasa la kan, buat kenduri kahwin ni sangat penat dan letih. Tambahan pula, kat umah kami ni tak beberapa nak cukup orang nak buat kerja. Terkejar-kejar semua tuan rumah nak buat. Tak ada orang yang boleh di harap nak buat kerja. Tu yang buat aku terfikir, kami ni dok kawasan kampung la gak, tapi orang sekarang dah tak datang tolong masa buat kenduri. Kalau dulu, mesti dah ramai-ramai pakat gotong-royong. Entah la, orang-orang tua mana dah ada kan, tinggal yang muda-muda la. Contoh terdekat la, macam aku sendiri, aku pun tak pernah pi tolong kalau jiran-jiran nak buat kenduri kan. Sebabnya, aku kan sibuk belajar, mana ada masa nak pi tolong-tolong macam tu. Tolong makan bleh la. Agaknya, macam tu juga kenduri kat rumah orang lain pun. so, tak leh nak salahkan sesiapa pun. Sebab tu la orang sekarang pakai katering ja, senang cerita. Tapi, bagi aku la, tak meriah pulak. Tak dak gotong-royong macam tak best. Tak terasa suasana kenduri tu.

Masa kenduri ni la, masa tuk sedara mara tuk berjumpa. Yang jauh, yang dekat semua datang. Terasa ukhwah itu indah sangat. Walaupun kami sekeluarga tak dapat la sangat nak sembang ngan sedara-sedara ni, tapi bila dah tengok dorang datang pun dah gembira. Dah la datang tu bukan dengan tangan kosong, tapi masing-masing bawak macam-macam antaranya kuih-kuih tradisional, ulam; petai, rebung, pucuk yang pelbagai , asam jawa la, asam limau, garam, kunyit, tapai, durian pun ada. Tu la tingginya budi bahasa orang KEDAH yang bagi aku sangat baik dan ramah dan juga mesra. Tak leh lawan negeri lain tau. (idup KEDAH). Walaupun jauh, tapi sanggup datang tu. TERIMA KASIH NA SEBAB MAI.

Bagi aku, da best part is semua tetamu yang datang nak sangat tengok pengatin dari Singapore tu. Tapi, sedia maklumkan, pengantin kan berniqab, jadi tak terkata apa la semua orang. Mungkin kecewa, mungkin terkejut, mungkin tak sangka la. Nasib la, apa nak buat.

Ehm...disebabkan orang yang ramai datang, makanya, token tak beberapa nak cukup. Telur, gula-gula, bag; semua habis. Mintak maaf la kepada sesiapa yang tak dapat.

Pendek kata, banyak gak yang terlebih, yang terkurang masa majlis kenduri ni. Kita kan manusia biasa, memang tak akan dapat nak puaskan hati semua orang. Insyallah, kenduri ni akan di jadikan panduan untuk kenduri akan datang. Ehm...ehm...kenduri sapa lagi kan =)

Setakat ni je kot yang ak nak kongsi. Maaf la, aritu aku sangat sibuk, terkejar kesana-sini, sampai tak sempat nak ambil gambar yang lawa-lawa kan. Gambar-gambar yang kat slide tu je yang mampu dan sempat aku ambil. Insyallah, kalau kawan-kawan nak tengok gambar yang lain tu, bleh contact aku kemudian kan.



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

2 comments:

iffahnazifa said...

Hua..hua..
Sj nk wat org jeles ey?
Smpi'y ht mu..

nadia said...

maaf la. memang sengaja. huhuhu...